MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Jumaat, 22 April 2011

Nasi lemak sambal udang

Pagi ni untuk sarapan saya masak nasi lemak dengan sambal udang . Resepi yang senang nak disediakan yang penting semua bahan mesti cukup macam serai , daun pandan , santan , halia dan cili kering yang dikisar sekali dengan bawang merah dan bawang putih so bila nak tumis tu senang je . Bila masak udang saya perlu kupas bersih kulit dan buang kepala udang kalau tak anak saya Adlina tak berapa sedap nak makan sebab Adlina yang baru berumur 7 tahun tu masih tak pandai nak kopek kulit udang .

NASI LEMAK

BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras
3 cawan air
1 cawan santan pekat
1 batang serai besar-dititk
2 cm halia - di potong nipis
2 ulas bawang merah - dipotong kecil
10 biji lada hitam
3 helai daun pandan- disimpul & ikat
1/2 sudu kecil garam - secukup rasa

CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan halia serta dipotong nipis-nipis . Basuh beras yang diletak dalam periuk nasi dan masukkan air serta santan , masukkan serai , halia , biji lada hitam , bawang merah dan daun pandan serta garam . Kacau bagi mesra semua bahan dan masak nasi seperti biasa guna periuk letrik .

-----------------------------------------------------------------

SAMBAL TUMIS UDANG

Saya guna anggaran dalam 5 sudu besar minyak masak masa nak menumis , kenapa saya guna minyak banyak sebabnya saya tak mau sambal ni jadi terlalu kering dan tak cukup masak . Rahsia nak masak sambal yang sedap ialah cili kisar perlu ditumis sehingga pecah minyak dan cukup masak . Selain tu belacan yang nak diguna mesti lah di salai atau bakar dulu . Saya guna gula yang agak banyak dalam anggaran 2-3 sudu besar supaya rasa pedas seimbang dengan rasa manis . Selain tu saya lebih suka guna asam keping dari asam jawa supaya kuah sambal tak terlalu berair .

Jika anda baru cuba nak masak sambal tumis dan hasil sambal anda kurang sedap jangan kecewa terus cuba masak lagi . Selalunya semakin kerap anda cuba masak semakin anda mempelajari teknik dan cara yang terbaik untuk masak sambal tumis . Saya sendiri belajar dari try n error dan makin lama makin sodap la sambal yang dimasak . Resepi hanya la panduan tapi kekerapan anda masak yang akan jadikan anda mahir memilih bahan yang sesuai untuk masakkan anda masak itu...

BAHAN-BAHAN:
1 kilo udang sederhana besar
1 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
2 sudu besar gula - boleh ditambah atau kurang
Garam dan air asam jawa secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

BAHAN DIKISAR HALUS:

10biji cili kering - boleh ditambah
5 bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm belacan - dibakar/grill

CARA MEMASAK :

1) Udang di bersihkan kemudian ditos dan ketepikan dulu.

2)Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau , kemudian masukkan gula , asam jawa , garam dan terus kacau sambal sampai masak dan pecah minyak .

3) Masukkan udang , bawang besar dan terus kacau lagi sehingga semua bahan menjadi mesra dan bila sudah masak boleh la tutup api . Udang ni akan keluarkan sedikit air so tak perlu tambah air untuk kuah xtra.

3 ulasan:

  1. to alinac,
    waa boleh join anak-anak akak yg memang cukup suka makan nasi lemak dgn sambal yg pedas

    BalasPadam
  2. Sambal udang tu nampak sungguh menyelerakan :D tak sabar sy nak cuti sem and cuba buat guna resepi akak ni ^^

    BalasPadam