Pages

Rabu, 28 Julai 2010

KACANG BOTOL TUMIS SEMPOI


BAHAN-BAHAN :

200 grm kacang botol
Garam secukup rasa
Sos tiram secukup rasa

BAHAN DITUMBUK HANCUR:

1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis-rendam dulu

* Kalau nak pedas tambahkan sebiji cili merah dan sedikit belacan semasa proses menumbuk bawang tadi . Boleh juga diguna udang kering .

CARA MEMASAK :

-Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk sampai naik wangi kemudian kacau . Masukkan semua sayur dan kacau , masukkan garam , sos tiram dan terus kacau sehingga la sayur masak baru la di tutup api dapur.

SARAPAN SIHAT


Sarapan ni mudah je nak dimasak dan sangat sihat serta sedap selain itu rendah kalori . Dalam gambar ni saya tambah sebiji lagi telur rebus putih .

BAHAN-BAHAN :

1 biji telur
1 biji telur putih saja
1 cawan cendawan tiram
1 cawan sawi kecil-boleh tukar sayur lain juga
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan bawang putih dan bawnag merah yang sudah dimayang halus . Kacau sampai layu dan terus dimasukkan semua sayur sawi yang sudah dipotong kecil serta cendawan yang telah disiat-siat , kacau sekejap bagi sayur layu sikit dan masukkan semua telur serta garam secukup rasa .

Kacau dengan cepat semua bahan-bahan ini menjadi mesra dan bila telur dah masak boleh tutup terus api dapur . Sedap dimakan begitu saja atau boleh di makan dengan roti .

SEDAPNYA KARI...


Seminggu sekali mesti saya masak kari sebab anak saya Adlina suka sangat makan nasi dengan kari tak kira kari ikan atau kari ayam . Kalau Aisyah dan Adam , mereka dua orang ni suka kari ayam dengan ubi kentang sementara saya apa jenis kari pun sedap...


Kari ikan bawal...
Cara masak kari ikan ni sama saja dan dah banyak kali saya bagi resepinya dalam blog masak saya ni . Bahan yang penting sekali untuk kari ikan selain rempah kari ikan semestinya ada halba campur dan daun kari .

Kalau kari ayam tu selain rempah kari ayam bahan penting lain semestinya kena ada halia , bunga lawang+cengkih+kayu manis kalau tak ada rempah 3 sekawan ni memang tak sedap la kari ayam atau kari daging yang kita masak tu . Bahan-bahan lain sama saja bawang merah dan putih serta santan la .

Kari kepala ikan duri yang sedap..

Kadang-kadang je saya masak kari kepala ikan sebab susah juga nak dapat yang fresh kecuali pegi pasar Selayang ikan kat sana memang fresh baru sampai atau saya pegi ke pasar Pasir Penambang kat Kuala Selangor . Selalunya saya suka guna kepala ikan merah , jenahak , tenggiri , senangin atau kepala ikan siakap . Kena pilih kepala ikan yang segar sebab isinya lebih sedap dan manis .

Jumaat, 23 Julai 2010

KACANG KUDA



BAHAN-BAHAN :
4 cawan kacang kuda yang sudah direbus empuk
1 sudu besar rempah kari ayam-blh tambah
1 biji bawang besar dimayang
1 sudu kecil biji sawi
1-2 tangkai daun kari
1 biji cili kering di potong-potong

CARA MEMASAK :
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis semua bawang kacau sehingga layu kemudian masukkan biji sawi dan daun kari kacau kejap dan masukkan rempah kari kacau kejap dan terus masukkan semua kacang dal dan garam secukup rasa kacau lagi bagi mesra semua bahan dan boleh la ditutup api dapur .
p/s. kalau nak sedap tumis la dengan butter atau minyak sapi memang cukup berlemak...

AYAM PANGGANG


Semalam untuk dinner saya grill ayam lagi , mudah dah sedap dimakan dengan salad atau pun dengan nasi .


BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam yang dipotong 12
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 sudu kecil black pepper
1 sudu kecil herba thyme
4 sudu besar tomato sos
3 sudu sos cili Thai
2 sudu besar tiram
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK :
- Mayang nipis-nipis semua bawang merah dan bawang putih .
- Bersihkan ayam dan tos sekejap kemudian masukkan semua ayam ke dalam bekas yang sesuai dan masukkan semua bawang yang dimayang nipis , semua bahan lain dan gaul rata dan peram selama 4 jam atau semalaman dan simpan dalam fridge.
- Pre-heat oven selama 10 minit , susun ayam dalam tray pembakar dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 40 minit atau sampai ayam masak.
- Balik-balikkan ayam supaya semua ayam masak sekata .

Semua ayam yang sudah digaul rata dengan semua bahan dan diperap selama semalam dan simpan ayam didalam peti sejuk .

Selasa, 20 Julai 2010

PAIS IKAN


Dah lama juga saya tak buat n3 baru ya salah satu sebabnya saya banyak masak menu yang sama dan simple saja . Sekarang ni pun saya agak sibuk juga tengah menjahit siapkan tempahan baju raya customer so sekali-sekala je dapat curi-curi masa masukkan n3 baru dalam blog masak saya ni..


BAHAN-BAHAN :
6 ekor ikan kembung atau apa-apa jenis ikan
1 helai daun kunyit
Air asam jawa secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DIBLEND :
4-5 biji cili kering - rendam dalam air panas dahulu
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm kunyit hidup
2 batang serai

CARA MEMASAK :
- Kisar semua bahan sampai lumat . Potong daun kunyit halus-halus.
- Bersihkan ikan dan tos sekejap kemudian gaulkan ikan dengan garam , air asam jawa , gula dan bahan kisar serta daun kunyit . Susun semua ikan diatas aliminium foil dan tuang semua saki-baki rempah yang diblend tadi kemudian bungkus atau tutup ikan ini dengan setu lagi aliminium foil dan lipat semua tepi aliminium foil ni .
- Pre-heat oven selama 10 minit dan bakar ikan ni pada suhu 180 darjah selsius selama 20 minit atau sampai ikan masak atau boleh juga di panggang diatas bara api atau grill di atas kuali leper atau grill pan .

* Kalau ada daun pisang boleh juga dilapik di dalam aliminium foil atau boleh juga diguna daun kunyit .

GULAI AYAM PENCEN


Hari ni saya masak gulai ayam pencen atau ayam tua yang dah pencen tak bertelur dah . En.Husband yang beli ayam ni semalam di pasar malam memang suami saya sekali sekala mesti dia nak makan gulai ayam . Di sebabkan susah nak cari ayam kampung so ayam pencen pun memang dah cukup sedap cuma saya kena rebus dulu ayam ni sampai isinya menjadi lembut baru saya amsukkan santan dan bahan-bahan lain dan saya terus masak sampai la isi ayam sebati dengan kuah santan cili api .

gulai ayam pencen sedapnya..

BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam tua
2 biji kelapa parut ambil santan yg pekat
5 biji ubi kentang - kupas kulit dan belah 4
6 batang serai-dititik
1 keping asam keping yang kecil
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api
5 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

1. Ayam di potong kecil dan dibersihkan kemudian dimasukkan ke dalam periuk yang berisi air. Jumlah air hanya cukup-cukup menenggelamkan ayam saja kira jangan banyak sangat . Rebus ayam ni sampai air rebusan ni jadi sikit sangat dan ayam dah empuk.

2.Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk berisi ayam ini bersama santan pekat , serai , asam keping , ubi kentang dan garam . Gaul semua bahan dan biarkan sampai kuah masak dan ubi kentang menjadi empuk.

* Kalau suka kuah yang banyak tambah la lagi santan .

Cili api yang ditumbuk lumat dengan kunyit hidup...


Gulai ayam yang sedang dimasak bila ubi kentang dah empuk boleh la ditutup api dapur..


Khamis, 15 Julai 2010

IKAN TENGIRI GRILL & SALAD


Menu sihat lagi untuk makan tengahari saya hari ni . Saya panggang 2 ketul ikan tenggiri segar bersama salad dan saya buat yogurt dressing untuk salad . Memang sedap ni sebab ikan tenggirinya fresh dan saladnya saya guna romaine lettuce yang ranggup bersama buah avacado serta sedikit timun.


Favorite salad saya semestinya romaine lettuce lepas tu mesti ada avacado dan sedikit timun .

IKAN PANGGANG

Bahan-bahan :

2-3 ketul fillet ikan tenggiri segar
Sedikit lada hitam
Sedikit yogurt dressing utk salad
Garam secukup rasa

Cara memasak :

- Bersihkan fillet ikan tenggiri ini dan gaulkan yogurt dressing , serbuk lada hitam dan garam . Perap fillet ikan tenggiri selama 1 jam dan kemudian panggang sehingga ikan masak .


YOGURT SALAD DRESSING

Bahan-bahan:

1 cawan yogurt plain (lowfat)
1 sudu kecil mustard
1 sudu kecil herba chive
1 sudu kecil herba pasley
Sedikit jus lemon
Sedikit garam dan gula secukup rasa

-Gaulkan semua bahan dan simpan dalam fridge dan boleh diguna bila nak makan salad.

TUMIS TAUGEH HIJAU



BAHAN-BAHAN :

200 gm taugeh
1oo gm udang
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu sos tiram
Garam secukup rasa
Air secukupnya

CARA MEMASAK :

- Bersihkan taugeh dan kupas semua bawang dan dimayang halus . Udang di bersihkan dan buang ekor dan kepalanya.

- Panaskan sedikit minyak dalam kuali , tumis semua bawang dan kacau biar sampai layu kemudian masukkan udang dan kacau lagi bagi udang masak . Masukkan sos tiram dan terus masukkan semua sayur dan kicap sekali . Kacau lagi dan masukkan garam secukup rasa dan masukkan sedikit air . Bila sayur dah layu boleh la ditutup api dapur.

IKAN CERMIN KUKUS



BAHAN-BAHAN :
2 ekor ikan cermin sederhana besar
4 biji bawang putih
3 cm halia
1 sudu biji lada hitam

SEASONING:
4 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil kicap pekat

CARA MEMASAK :
1) Sediakan periuk kukus , bersihkan ikan cermin dan kelar-kelas badan ikan cermin ini. Potong semua bawang dan halia nipis-nipis kemudian tabur di dalam pinggan dan sekeliling ikan bawal. Masukkan sedikit halia dan bawang ke dalam perut ikan.
2) Satukan semua bahan sesoning dan curahkan ke atas ikan bawal . Kukus ikan cermin selama 30 - 40 minit atau sehingga ikan cukup masak.

Jumaat, 9 Julai 2010

UDANG MASAK LEMAK KUNING



BAHAN-BAHAN :

500 grm udang kertas sederhana besar
2oo grm kacang buncis
3 cawan santan pekat
1 keping asam keping

BAHAN DI TUMBUK LUMAT :

2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup
1 batang serai-dititik


CARA MEMASAK :

-Bersihkan semua udang dan kacang buncis di potong menyerong . Masukkan santan pekat dan bahan ditumbuk lumat ke dalam periuk . Hidupkan api dan biarkan sampai kuah mendidih dan kacau kuah . Masukkan udang dan asam keping bersama garam secukup rasa , kacau semua bahan.

-Masukkan kacang buncis dan terus kacau kuah supaya kuah tidak pecah minyak . Bila sayur buncis dah layu boleh la di tutup api dapur.

Rabu, 7 Julai 2010

ASAM PEDAS IKAN PARANG

Favorite saya semestinya asam pedas ikan terubuk walaupun banyak tulang tapi isi ikan terubuk yang cukup berlemak memyebabkan saya tak peduli pada semua tulang tu . Kalau tak ada ikan terubuk pilihan saya semestinya ikan parang yang isinya sedap lembut cukup lemak .
Isi ikan parang yang lembut dan manis tu memang kena sangat dengan kuah asam pedas tambahan lagi tulang ikan parang pun tak banyak sangat so lagi best la bila nak berjamu selera .

BAHAN-BAHAN:

1 kilo ikan parang segar
2-3 cawan air
2 batang serai
2 bunga kantan- dibelah dua
Asam jawa secukup rasa atau asam keping
Segenggam daun kesum/ 1 ikat
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DI BLEND:

10 biji cili kering - direbus supaya menjadi lembut
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
3 cm belacan

*Jika suka lebih kuah masukkan lebih air dan kalau nak lagi pedas tambah la cili lagi.

CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan diblend sehingga naik bau.Kacau sehingga sambal menjadi masak dan pecah minyak.Kemudian masukkan serai dan kacau lagi.
Seterusnya masukkan air , daun kesum, asam keping dan bunga kantan. Kacau semua bahan dan biarkan kuah hampir mendidih.
Masukkan ikan parang , asam keping , garam dan gula . Kemudian kacau supaya semua bahan menjadi mesra. Jangan kacau terlalu laju dan kuat nanti ikan parang boleh pecah.

Biar kuah mendidih untuk 3-5 minit lagi dan boleh la dimatikan api dapur .Tutup periuk dengan penutup, ini adalah untuk membiarkan ikan parang terus masak di dalam wap panas kuah.

SALAD AYAM & AVACADO


Salad ringkas lagi lebihan ayam panggang yang saya campur dengan romaine lettuce , tomato dan avacado . Saya hanya guna dressing low fat thousand island memang sedap dan mengenyangkan..


PARI PANGGANG


Kalau beli pari segar saya suka panggang kemudian di makan bersama sambal kicap atau air asam lepas tu ada pula ulam macam daun selom atau ulam raja memang sedap..

Isnin, 5 Julai 2010

SANDWICH AVACADO & TELUR


Sarapan pagi tadi serba ringkas tapi sangat sihat dan mengenyangkan...


Sandwich avacoado dan telur bermayonis..

BAHAN-BAHAN :

2 keping roti wholemeal
1 biji telur rebus
4 helai daun salad
separuh buah avacado
sedikit mayonis

CARA MENYEDIAKAN SANDWICH NI :

Telur rebus dihancur-hancur dan digaul denga sedikit mayonis. Kalau nak cukup berlemak dan sedap lagi guna la lebih mayonis .

Semua filling sandwich di susun diatas roti mula dengan daun salad kemudian egg mayo dan avacado yang dah dipotong nipis .Lepas tu boleh la ditutup sandwich ni dengan sekeping lagi roti dah pun siap sandwich yang sanagt sihat dan sedap ni...

* Boleh juga disapu cream cheese dan sedikit butter pada roti .

NASI GORENG CILI API


Ni la menu sarapan kami sekeluarga pagi semalam saya masak nasi goreng cili api ni memang pedas tapi sodap dan saya masukkan sekali ikan sardin tin sebab suamiku itu nak makan nasi goreng cili api bersadin (special request hehe)


BAHAN-BAHAN:

8 cawan nasi
1 biji bawang besar-dimayang
1 tin ikan sardin-ambil isi ikan saja dan hancur kasar-kasar
Sedikit kacang buncis-boleh digunakan sayur jenis lain.
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DITUMBUK HALUS:

3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1-2 genggam ikan bilis
15 biji cili api kampung

* kalau nak pedas boleh ditambah cili api lagi-berasap la hehe

CARA MEMASAK :

1) Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan semua bahan yang ditumbuk tadi sampai terbit bau harum.

2) Masukkan isi ikan sardin dan kacau semua bahan menjadi rata. Seterusnya masukkan nasi serta sayur bucis dan terus kacau kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga semua bahan menjadi mesra dan nasi menjadi agak kering dan boleh la ditutup api dapur.

Bahan-bahan untuk nasi goreng simple ni tapi sodap..


Ahad, 4 Julai 2010

FAMILY GATHERING


Semalam saya buat jamuan family gathering kat rumah saya ni selalunya bila abang saya dari Penang datang KL kami akan berkumpul . Saya saja buat makan-makan untuk meraikan kejayaan anak-anak sedara yang dapat masuk IPTA . Sarah dapat masuk UKM dan Azra dapat masuk UPM so memang semalam suasana happy je la sambil lepak dan makan-makan dapat la kami sembang catch-up bercerita kisah dan aktiviti masing-masing..


Semalam ni la menu yang saya masak untuk dinner ada kari ayam, cencaru belah belakang , sayur campur , ada sambal sotong kering , ikan masin , telur dadar dan drummet & wedges goreng . Best jamuan kat rumah saya semalam lain kali boleh buat lagi...

PULUT & KUAH DURIAN


Kuah durian dan pulut ni adalah menu pencuci mulut atau dessert untuk family gathering kat rumah saya semalam . Menu ni memang kegemaran saya dan kakak-kakak serta abang so setiap kali ada gathering mesti ada menu ni . Nak masak pun senang dan rasanya memang sedap sangat...

Bila dah makan sekali mesti nak tambal lagi dan lagi hehehe..


Kuah durian dan pulut , sedapnya bagi mereka yang mengemarinya..

PULUT


Pulut ni untuk dimakan dengan kuah santan
Rendam pulut selama 2-3 jam kemudian tos dan lalukan air bersih , didihkan air periuk kukus dan masukkan ke dalam loyang pengukus serta boleh juga diletakkan daun pandan bagi wangi pulut ni. Kukus selama 25-30 minit atau sampai pulut masak .
Boleh juga masak pulut ni guna periuk nasi macam nak masak nasi biasa tu , air mesti sama banyak dengan jumlah atau ukuran pulut . Masukkan daun pandan dan masak seperti biasa.

* Pulut direndam dulu supaya kembang dan cepat masak bila dikukus nanti.

KUAH DURIAN


Kuah durian ni sedap dimakan dengan roti jala , roti biasa atau pulut .

BAHAN-BAHAN :

10 ulas durian - boleh tambah lagi ikut selera masing-masing
3 cawan santan pekat -kalau kurang tambah la
2 helai daun pandan -disimpulkan
Gula secukup rasa -ikut selera masing-masing
Secubit dua garam -untuk terbit rasa lemak kuah durian ni

CARA MEMASAK :

Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak sampai kuah durian ni mendidih atau isi durian ini sebati dengan santan . Rasa la gula kalau kurang manis tambah la gula lagi ikut citarasa masing-masing.

SAMBAL SOTONG KERING


Sotong kering ni suami saya beli masa dia ke Labuan , kat sana kan memang banyak hasil laut yang dikeringkan macam sotong ni . Sotong ni bukan dari jenis sotong kering yang perlu direndam dengan kapur supaya jadi kembang warna coklat tu tapi ini adalah sotong biasa yang kita selalu beli kat pasar tu tapi telah dikering so rasa sotongnya sangat sedap berbeza dengan sotong kembang .

BAHAN-BAHAN:

250 grm sotong kering ( rendam selama 3-5 jam seblm masak)
1 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
Garam , gula dan air asam jawa secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS:

10 biji cili kering
4 bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm belacan

CARA MEMASAK :

1) Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau , kemudian masukkan gula, asam jawa , garam dan terus kacau sambal sampai masak dan pecah minyak .

2) Masukkan sotong , bawang besar dan terus mengacau jika terlalu kering masukkan sedikit sahaja air . Kacau lagi sehingga semua bahan menjadi mesra dan bila sudah masak boleh la tutup api.

CENCARU BELAH BELAKANG

Resepi ikan cencaru ni memang menjadi kegemaran saya sebab ada sambal yang disumbat dalam ikan cencaru ni yang telah dibelah dua . Ada juga resepi macam ni tapi menggunakan sambal kelapa . Makan nasi dengan ikan cencaru belah belakang ni pun dah sedap tambahan lagi kalau ada ulam-ulaman...


BAHAN-BAHAN:

8 ekor ikan cencaru - dibersihkan dan belah bahagian belakang.

BAHAN DIBLEND ATAU TUMBUK:

8 biji cili merah
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm belacan

Sambal ni ditumbuk hancur dan jangan sampai terlalu lumat.

CARA MEMASAK :
-Ikan cencaru dibersihkan dan dibelah belakangnya.Ikan dilumur dengan garam dan kunyit , kemudian disumbat cili blend tadi dibahagian belahan belakang ikan. Jangan masuk terlalu banyak cili dibahagian belakang ikan sebabnya bila mengoreng cili tu akan terkeluar.

-Panaskan 2 cawan minyak dan bila minyak sudah panas masukkan ikan seekor demi seekor dengan perlahan-lahan.Gunakan api sederhana semasa mengoreng supaya ikan jangan menjadi hangit.Kulit ikan cencaru yang tebal akan melindungi isinya dari menjadi terlalu garing.
-Bila ikan sudah kelihatan garing boleh la diangkat dan ditos dahulu .

Khamis, 1 Julai 2010

SOSEJ ROLL


Semalam saya buat sosej roll ni dan saya hanya uli guna tangan je alhamdulillah naik elok dohnya tapi kalau ada bread maker mesti lagi mudah kerja nak membuat dan membancuh adunan roti ni kan . Resepi sosej roll ni saya dapat dari blog kak Hanieliza dan rotinya sedap dan mudah juga nak mengadun resepinya . Saya selalu buat sosej roll ni sebab anak-anak memang suka sangat .

BAHAN-BAHAN :

Bahan A :
500 gm tepung tinggi protien
30 gm susu tepung
70 gm gula
1 peket yis (11 grm)
1 sudu kecil pelembut roti
1 biji telur
1/2 sudu kecil garam

Bahan B :
250 ml air
80 grm butter

Bahan C :
Sosej
Kuning telur
Butter
Cheese slice
Dry parlsey-optional

CARA MEMASAK :

-Masukkan semua bahan A dalam bekas yang sesuai dan digaul rata.
-Masukkan air dan digaul rata dan sebati semua bahan-bahan ini dan kemudian masukkan butter pula dan gaul dan uli selama 10 minit sehingga adunan sebati.
-Bahagikan adunan kepada 60 gm setiap satu dan buatkan menjadi bulat dan ketepikan.
-Ambil setiap adunan tapi dan gelekkan sehingga menjadi panjang macam keropok lekor dan lilitkan pada sekeliling sosej.
-Perap sehingga roti naik sekali ganda saiznya. Sapukan kuning telur diatas bun dan letakkan cheese slice serta sedikit serbu parsley.
-Bakar dalam suhu 180' celcius atau sehingga kuning keemasan.
- Keluarkan dan sapukans edikit butter diatas roti ni supaya berkilat dan menarik.