Pages

Khamis, 21 Oktober 2010

SAMBAL IKAN KELI

Resepi ni saya belajar dari mak mertua cara orang Nogori la . Menu ikan sambal ni memang feberet saya dan suami . Sambal ni cukup sedap kalau dimakan dengan sambal tempoyak dan ada pula ulam potai uishhhh sodapnyer....
Mak mertua dah ubah sikit cara masak sambal ikan keli ni sebab habis tulang ikan dan kepala dibuang lepas ikan keli ni siap digoreng garing . Mak mertua saya cakap dia buang tulang ikan keli ni dan ambil isi ikan keli saja sebab nak senang bila makan . Satu lagi sebab ialah isi ikan keli ni menjadi lebih mesra bila digaul dengan sambal cili api masa proses masak nanti , menu ni macam serunding ikan pulakkan tapi memang senang nak makan sebab habis semua tulang dan kepala ikan dah tak ada...lagi satu mertua saya guna banyak bawang besar sebab manis bawang besar tu memang sedap sangat bila digaul bersama kepedasan cili api sambal ni hmmm sedapnya. Mak mertua saya bila tumis sambal ni memang dia guna banyak minyak sebab nak bagi sambal jadi kering so menu ni memang tak leh la di masak selalu atau kita sendiri la kurangkan minyak bila nak menumis .
Bila masak saya memang buang tulang dan kepala ikan keli ni tapi saya ambil bahagian ekor ikan keli sebab saya suka makan ekor ikan keli yang di goreng ranggup , enak sekali...


BAHAN-BAHAN :

8 ekor ikan keli - dibersih lumur dengan garam /kunyit dan digoreng sampai garing
2 biji bawang besar - dimayang nipis-nipis
1 sudu kecil gula-blh tambah ikut selera sendiri
1 keping asam keping
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR atau TUMBUK HALUS :

12 biji cili api - kalau nak pedas tambah la lagi
3 biji bawng merah
1 ulas bawang putih
2cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

Goreng ikan keli sampai garing kemudain angkat dan tos bila ikan dah sejuk keluarkan semua tulang-tulang ikan dan kepala ikan sekali hanya ambil isi yang nak dimakan.

Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar , masukkan asam keping , gula dan biarkan cili masak dan sambal menjadi harum.

Masukkan bawang besar yang dimayang nipis kacau sekejap sampai bawang menjadi sedikit layu dan masukkans emua isi ikan keli goreng tadi . Masukkan garam kemudian kacau semua bahan sampai mesra , bila bawang besar dah layu boleh la ditutup api dapur.

Selasa, 19 Oktober 2010

ASAM PINDANG IKAN KEMBUNG

Dah lama betul saya tak masak asam pindang ikan kembung resepi ni simple saja . Asam pindang ni saya masak ikut resepi dari negeri Kedah dan favorite arwah abah saya ni . Selalunya saya akan masak telur dadar atau ikan goreng sekali untuk dimakan bersama ikan pindang ni hmmm kombinasi yang memang sedap dan kalau ada taugeh goreng kicap serta sambal belacan huuhhh lagi la sodap. Bila makan nasi mesti banjirnyer dengan kuah pindang ni baru best..

BAHAN-BAHAN :

6 ekor ikan kembong yang besar
1 batang serai - dititik
3-4 pokok daun kesum
1 keping asam keping - boleh ditambah ikut selera sendiri
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

1 biji cili merah yang besar - kalu nak tambah pun boleh
2 cm kunyit hidup
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm belacan yang dah dibakar

*Selalunya asam pindang utara ni tak terlalu pedas dan semua rasa masam , pedas adalah seimbang..

CARA MEMASAK :

- Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk , serai , air dan asam keping . Masukkan semua ikan kembong dan garam , kacau . Biarkan kuah memdidih dan ikan masak baru la ditutup api dapur.

TUMIS SAYUR KOBIS


BAHAN-BAHAN :
kobis putih - kuantiti ikut selera sendiri
kobis ungu - kuantiti ikut selera sendiri
1 batang carrot - potong ikut selera sendiri
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit udang
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMASAK :
- Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang sampai menjadi layu , kemudian masukkan semua udang dan kacau sehingga terbit bau wangi seterus boleh la dimasukkan sos tiram dan minyak bijan . Masukkan semua carrot dulu dan kacau biarkan sampai carrot hampir masak baru dimasukkan sayur kobis yang dah dipotong nipis-nipis dan kacau semua bahan . Masukkan sedikit air dan garam secukup rasa. Kacau sayur bila dah masak boleh la ditutup api dapur.

Jumaat, 15 Oktober 2010

AYAM GORENG KARI

Bila saya masak ayam grill bahagian dada ayam memang selalunya kurang digemari oleh anak-anak so selalunya saya akan guna isi dada ayam grill tu untuk dibuat filling sandwich . Kali ni saya guna dada ayam ni untuk digoreng dengan rempah kari .

BAHAN-BAHAN :
2 ketul isi dada ayam - dipotong nipis-nipis
1 biji bunga lawang
1 batang kecil kayu manis
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang merah - dipotong membulat
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
3 sudu besar rempah kari ayam
1 sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

-Isi ayam dipotong kecil-kecil . Panaskan minyak yang secukupnya dan tumis semua bawang serta halia yang dimayang halus , kayu manis+bunga cengkih+bunga lawang dan kacau sampai terbit bau wangi . Masukkan semua rempah kari , bawang besar dan kacau sebentar kemudian masukkan semua isi ayam dan kicap . Kacau semua bahan sehingga rata dan rasa dulu masinnya jika kurang baru la ditambah kicap lagi atau garam .

**Boleh juga diguna isi ayam mentah tapi isi ayam perlu di gaul dengan kunyit dan di goreng agak garing dulu sebelum ditumis dengan bahan-bahan diatas.

TUMIS AIR PUCUK MANIS

Resepi sayur yang simple lagi..
BAHAN-BAHAN :
2 ikat pucuk manis
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis-dibasuh
1 batang serai -dititik
2 peket campuran suun+fucuk
1 sudu besar sos tiram
air secukupnya
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang sampai menjadi layu , kemudian masukkan semua ikan bilis dan kacau sehingga terbit bau wangi , kacau semua bahan seterus boleh la dimasukkan semua air dan serai . Masukkan sos tiram dan semua sayur pucuk manis dan kacau semua bahan bila sayur pucuk manis hampir masak baru la di masukkan suuhun+fucuk .
- Masukkan garam secukup rasa. Kacau sayur pucuk manis ni dan bila fucuk dah masak boleh la ditutup api dapur.

Isnin, 11 Oktober 2010

TAUGEH TUMIS KICAP

BAHAN-BAHAN :

300 gm taugeh
5 ekor sotong sederhana besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
Garam secukup rasa
Air secukupnya

CARA MEMASAK :

- Bersihkan taugeh dan kupas semua bawang dan dimayang halus . Sotong dibersihkan dan dipotong kecil-kecil .

- Panaskan sedikit minyak dalam kuali , tumis semua bawang dan kacau biar sampai layu kemudian masukkan sotong dan kacau lagi serta biarkan sotong masak . Masukkan sos tiram dan terus masukkan semua taugeh dan kicap sekali . Kacau lagi dan jika kurang masin boelh la ditambah sedikit garam . Bila sayur dah layu boleh la ditutup api dapur.

* Boleh ditambah sedikit air jika kurang kuah

SAMBAL PETAI IKAN BILIS


BAHAN-BAHAN :

200 grm ikan bilis - dibersih dan digoreng sampai garing
4 papan petai- kupas ambil petai
2 biji bawang besar - dimayang nipis-nipis
1 sudu kecil gula
1 keping asam keping
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR atau TUMBUK HALUS :

10 biji cili api - kalau nak pedas tambah la lagi
3 biji bawng merah
1 ulas bawang putih

CARA MEMASAK :

Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar , masukkan asam keping , gula dan biarkan cili masak dan sambal menjadi harum.

Masukkan ikan bilis goreng tadi , bawang besar yang dimayang nipis dan garam , kacau. Kemudian masukkan petai dan kacau bagi semua bahan mesra , bila petai dah layu boleh la ditutup api dapur.

KARI SOTONG LAGI

Saya masak kari sotong lagi semalam yum yum..


kari sotong ni special requet dari hubby , dia la yang beli sotong fresh ni masa kami shopping barang dapur masa ke pasar pagi semalam...

BAHAN-BAHAN :
1 kilo sotong
3 cawan santan pekat
1 peket rempah kari udang - cap Adabi
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kayu manis - 1 batang je
3 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
2 tangkai daun kari
Garam dan air asam jawa secukup rasa

CARA MEMASAK :
1) Kupas bawang, halia dan mayang halus semua bawang serta halia ini , panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang bersama kayu manis, daun kari , bunga lawang dan cengkih sehingga terbit bau wangi.

2) bancuhkan rempah kari dengan sedikit air di dalam mangkuk . Bila bawang sudah layu , masukkan rempah kari serta air asam jawa kemudian terus kacau sehingga rempah kari masak dan terbit minyak.

3) Kemudian masukkan semua santan dan kacau supaya semua bahan mesra dan biarkan kuah mendidih kemudian masukkan sotong dan terus kacau . Masukkan garam dan biarkan sotong masak baru la ditutup api dapur .

TUMIS KACANG PANJANG

BAHAN-BAHAN :

1 ikat kacang panjang
1 peket cendawan shitake
1o ekor sotong sederhana besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar kicap
Sedikit air

CARA MEMASAK :

- Bersihkan kacang panjang dan di patah-patahkan , kupas semua bawang dan dimayang halus . Sotong di bersihkan dan dipotong kecil-kecil .

- Panaskan sedikit minyak dalam kuali , tumis semua bawang dan kacau biar sampai layu kemudian masukkan sotong dan kacau lagi bagi sotong separuh masak . Masukkan sos tiram , minyak bijan dan terus masukkan semua kacang panjang dan kicap sekali . Kacau lagi dan masukkan sedikit air . Bila kacang dah masak baru la dimasukkan semua cendawan dan kacau lagi bila cendawan layu baru la ditutup api dapur.

TENGGIRI KUKUS

Menu ikan tengigiri kukus ni simple tapi sangat enak..

Tenggiri kukus

BAHAN-BAHAN :

4-3 ketul isi ikan tenggiri
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
Sedikit serbuk lada hitam
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil sos tiram
Sedikit jus lemon
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

Bersih isi ikan , mayang semua bawang , halia dan taburkan dalam pinggan yang sesuai . Susun semua isi ikan dan taburkan lagi bawang serta halia di atas isi ikan . Masukkans emua minyak bijan , sos tiram , garam dan serbuk lada hitam . Kukus selama 10-15 minit atau sampai ikan masak .

* Tidak perlu ditambah air sebab bila dalam proses kukus isi ikan ni akan mengeluarkan jus.

Ahad, 10 Oktober 2010

SALAD TIMUN & TOMATO


Salad timun yang dicampur dengan tomato dan bawang besar . Salad ni simple saja tapi sangat sedap dan baik untuk kesihatan kita dan untuk salad dressing saya guna balsamic vinegar yang di campur dengan xtra virgin olive oil . Salad ni sedap di makan dengan ayam grill.

SALAD DRESSING

4 sudu minyak zaitun xtra virgin
4 sudu balsamic vinegar
1 bawang putih-diketuk
sedikit serbuk lada hitam
sedikit madu

* salad dressing ni sedap dimakan dengan apa saja salad.

Khamis, 7 Oktober 2010

TUMIS 3 CENDAWAN


BAHAN-BAHAN :

1 peket cendawan tiram
1 peket cendawan shitake
1 peket cendawan snow
1oo gm udang
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
sedikit kicap
Garam secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMASAK :

- Bersihkan cendawan dan siat-siat menjadi kepingan kecil , kupas semua bawang dan dimayang halus . Udang di bersihkan dan buang ekor dan kepalanya.

- Panaskan sedikit minyak dalam kuali , tumis semua bawang dan kacau biar sampai layu kemudian masukkan udang dan kacau lagi bagi udang masak . Masukkan sos tiram dan terus masukkan semua cendawan dan kicap sekali . Kacau lagi dan masukkan garam secukup rasa dan masukkan sedikit air . Bila cendawan dah masak boleh la ditutup api dapur.

Ahad, 3 Oktober 2010

STEW AYAM



BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam-dipotong 12
6 biji bawang besar
1 labu bawang putih
8 biji ubi kentang
2 biji karot
1 tin cendawan butang-potong 2
2-3 cawan air
1 biji kiub ayam
2 helai bay leaves
1 sudu kecil serbuk herba thyme
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar tepung jagung-bancuh dgn sikit air
3-4 sudu besar serbuk BISTO-bancuh dgn sikit air
Garam secukup rasa

* Serbuk BISTO ini berwarna coklat macam serbuk brown . Bisto hanya boleh dibeli di Cold Storage kalau Bisto ni boleh la diguna serbuk brown sos biasa atau chicken gravy mix brand McCormick .

CARA MEMASAK :

Bersihkan ayam dan gaul dengan sediki garam kemudian goreng ayam sampai kekuningan .

Kupas semua bawang dan di mayang nipis-nipis , semua ubi kentang juga di kupas kulit dan dipotong kecil-kecil , kikis kulit carrot dan dipotong menyerong tebal-tebal.

Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang , biarkan bawang ini masak dan menjadi kekuningan . Terus masukkan semua air , herba thyme n daun bay n lada hitam , ubi kentang serta carrot kemudian kacau , biarkan kuah mendidih dan sampai ubi kentang menjadi empuk .

Masukkan kiub ayam , cendawan butang dan semua ayam yang telah di goreng tadi . Bancuh serbuk BISTO dengan sedikit air , kemudian tuang ke dalam stew tadi kacau semua bahan . Bancuh pula tepung jagung dengan sedikit air dan tuang ke dalam stew serta kacau stew supaya semua bahan menjadi sekata . Kuah stew akan menjadi pekat dan rasa garam jika kurang masin tambah la garam lagi . Biar kuah mendidih selama 3-5 minit lagi dan boleh la ditutup api dapur.


Semua ayam digoreng separuh masak.