MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Ahad, 20 Disember 2009

SAMBAL IKAN SEMBILANG

Menu kegemaran suami dan saya , sambal ikan sembilang/keli . Mak mertua saya kalau dia masak menu ni dia suka pilih ikan keli yang kecil sebab bila digoreng garing tulangnya menjadi rapuh . Menu ni sebenarnya sama saja macam ikan masak sambal cili api ...


BAHAN-BAHAN :

Sekilo ikan keli saiz sederhana atau kecil
1 keping asam keping
1 biji bawang besar dimayang nipis-nipis -kalau tak letak pun boleh juga

BAHAN-BAHAN DITUMBUK LUMAT :

8-10 biji cili api
Sedikit garam- secukup rasa

CARA MEMASAK :

Bersihkan ikan keli dan lumur ikan dengan garam dan kunyit kemudian goreng ikan sehingga hampir garing (jangan garing sangat nanti tak sedap pulak sambal ikan ni) Ikan ni dihancur-hancurkan dan kepala ikan serta tulang yang ada dibuang .

Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan tumbuk kacau dan biarkan sampai wangi kemudian amsukkan bawang dan biar sampai bawang layu.

Masukkan semua ikan keli yang sudah dihancur-hancurkan tadi serta asam keping kacau semua bahan sampai la semua bahan menjadi mesra dan sekata...

* boleh juga ditambah sedikit gula untuk ada variasi rasa

Ikan keli atau sembilang ni mak mertua saya goreng garing kemudian dihancur-hancurkan supaya mudah nak dimakan . Tulang ikan keli jadi rapuh sementara kepalanya di buang . Nanti saya bagi resepinya..

4 ulasan:

  1. macam sedap je tu..
    tapi kan ,kalau kat umah saye
    ikan sembilang/atau ikan keli tu,
    selalunye masak pecel, goreng letak tepung sikit
    pastu,masakkan santan,cili padi,bawang putih,halia,serai ngan ubi cekur,bile kuah dah siap masak, time nak makan tu, bubuh ikan yang dah digoreng tu kat dalam kuah yang dah siap masak...sekor mmg xcukup..huhu

    BalasPadam
  2. to cok aidacomei ,

    uish sedap je tu nanti akak nak cuba la , adik ni orang mana firstime akak dengar resepi sedap ni

    BalasPadam
  3. To this is ,

    Hmmm memang sedap kalau suka makan ikan keli la

    BalasPadam