MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Selasa, 15 Februari 2011

Kari ikan pari

Selalunya ikan pari di masak asam pedas atau digrill serta panggang tapi kali ni saya masak kari ikan pari . Memang sedap ikan pari yang dimasak kari dan yang paling penting beli la ikan pari yang masih segar berwarna pink baru la terasa kemanisan isi ikan pari ni . Selalunya saya beli ikan pari di pasar malam kat rumah saya ni sebab ada peniaga ikan yang datang jauh dari Kula Selangor so ikan-ikan yang dijual segar sangat . Kelebihan pergi ke pasar malam adalah sayur-sayuran serta ikan semuanya fresh selain harga yang lebih murah .

BAHAN-BAHAN:
500grm ikan pari
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur
1 sudu besar cili kering yang dah dikisar lumat
1 peket rempah kari ikan
2-3 cawan santan pekat
4 biji tomato masak ranum
Garam dan air asam jawa secukup rasa
* Bawang merah dan bawang putih dimayang halus , tomato dipotong kecil-kecil

CARA MEMASAK:
-Bersihkan isi ikan pari dan tos ketepikan .
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumis semua bawang bersama halba campur serta daun kari sekali sekala kacau dan biarkan samapai bawang layu serta terbit bau wangi . Masukkan semua tomato dan terus kacau sekejap sampai tomato layu .
-Masukkan cili kering kemudian kacau dan terus masukkan rempah kari dibancur dengan sedikit air . Terus kacau semua bahan dan sekali-sekala kacau bahan-bahan supaya tidak menjadi hangit. Biarkan rempah masak dan terbit minyak.

-Bila rempah sudah masak boleh la dimasukkan santan dan kacau sebentar bila kuah dah nak mendidih masukkan semua ikan salmon tadi dan garam kemudian kacau . Biarkan seketika sehingga kuah mendidih kemudian rasa garam dan masam kuah supaya sesuai dengan selera. Jika kurang masam tambah la air asam jawa . Biar sampai ikan masak baru ditutup api dapur .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan