MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Ahad, 28 Jun 2009

SUP SAYUR

Menu simple untuk makan malam kami sekeluarga , saya masak sup ni dan goreng ikan bawal jee...tu pun dah sedap untuk kami makan . Anak-anak memang suka sangat sup sayur dengan fish ball ni sampai hirup kuah la dalam pinggan nasi masing-masing hehehe...


BAHAN-BAHAN :

1 ketul dada ayam - potong kecil-kecil
1 batang sayur sawi
1/4 kobis
1 batang carrot
1 peket kecil cendawan tiram
3 biji telur
2 peket fishball
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos thai /nampla
1 sudu teh minyak bijan
3 cawan air
Garam secukup rasa


BAHAN DITUMBUK LUMAT :

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis

CARA MEMASAK :

-Panaskan sedikit minyak didalam periuk kemudian tumis bahan tumbuk dan masukkan isi ayam kacau dan biarkan sampai isi ayam masak. Terus masukkan air serta biarkan sampai kuah mendidih dan masukkan telur sebiji demi sebiji , biarkan sampai telur masak .

-Apabila telur sudah masak terus masukkan carrot dan biar sampai carrot hampir empuk , kemudian masukkan semua sayur dan garam . Terus kacau supaya semua sayur masak dan biarkan kuah mendidih seketika saja dan boleh la ditutup api dapur , jangan masak sayur terlalu lama nanti over cook dan sayur menjadi lembik.

10 ulasan:

  1. Salam.
    kak nannie..saya minat betul tgk resepi2 akak..bg idea utk menu meal saya..alhamdulillah.setakat ni dah cuba masak lemak,sardin cili api..jap ni baru je buat triffle..mmg best n mudah. thanks a lot ye kak..nak tanya kak nannie..sos thai/nampla ni ada jual kat sini tak?brand apa ye..

    zana,subang jaya

    BalasPadam
  2. tgh ari td try bt gune reepi ni..tp mcm xjadik..huhu..tp kene abiskan gak ar..

    BalasPadam
  3. sup sayur ni macam sedap je..nak try tengah hari nanti...

    BalasPadam
  4. salam. saya dah buat sup sayur ni. sedap makan dgn nasi pnas2. pas tu mkan dgn ikan msin dgn smbal blacan. aduhai...mak mtua lalu blakng pun x nmpak. kalau rajin, ziarah2 lah blog saya ye. trima kasih. ^_^ http://hasiahhashim.blogspot.com

    BalasPadam
  5. nak cuba lah menu akak ni..

    BalasPadam
  6. salam..kak saya nk tanya sgt nie..akak beli kt maner ek crispy dried shrimp tuk masak bihun n bihun tu...puas saya cari tp x jumpe2 pn..arap sudi bgtau..email la saya ek..nurulfarehahsamsudin@yahoo.com..tq

    BalasPadam
  7. salam...kak,saya ni ada masalah sket dengan sos tiram.husband mmg alah sangat dgn benda2 kerang ni sampai sos tiram pun x ble mkn...saya nak try resepisup sayur akak yang nmpak sedap ni.ble x saya gantikan sos tiram tu dengan benda lain or x bubuh terus? klu nak ganti, nak ganti dengan apa ek...pls reply sbb resepi ni mmg urgent sgt utk saya...tq!

    BalasPadam
  8. to nurul, dry shrimp paste akak beli kt cosway

    BalasPadam
  9. to anonymous,

    Boleh kalau tak mau letak sos tiram boleh ganti dengan kiub ayam atau tak mau letak langsung n ok je

    BalasPadam