Pages

Khamis, 30 Julai 2009

SAUSAGE ROLL N CHEESE BUN


Ini roti yang saya buat semalam juga cuma gambar je baru di masukkan dalam blog , filling untuk roti ni ialah sausage . Yang sebelah nya tu ialah cheese bun , dari adunan doh roti yang sama saya tambahkan chedder cheese untuk inti dah bahagian atas roti pun saya letakkan cheese juga , dah siap semuanya simple... Kena selalu buat roti baru la lama-lama kita akan jadi mahir...

Rabu, 29 Julai 2009

ROTI


Pagi tadi lepas masak saya terus uli tepung pulak untuk buat roti , saya uli guna tangan saja sebab tak ada mixer yang heavy duty macam kitchen aids tapi roti yang saya buat ni still okay dan sedap . Pada saya la nak belajar buat roti la yang paling susah , kali ke 2 saya buat roti baru l sedap dan menjadi..untuk filling roti selalunya saya guna sosej dan apa saja yang ada kat dapur saya tu macam peanut butter , kaya dan butter . Resepi untuk roti ni pun ada saya masukkan dalam post yang lepas...


Adunan tepung roti yang dah siap .


Filling untuk roti .


Roti sudah siap di sapu dengan telur dan ready untuk di bakar.



Fresh from the oven ..harum saja bau roti ni.....

NASI AYAM

Semalam untuk dinner ni la menunya nasi ayam simple , cepat je siap cuma nakrebus dan perap ayam yang lama sikit . Resepi untuk nasi ayam ni ada saya masukkan dalam post yang lepas .


Set nasi ayam


Ayam goreng ni saya perap bersama kicap , sos tiram , minyak bijan , bawang putih dan bawang merah .

Jumaat, 24 Julai 2009

TUNA CASSEROLE


Semalam untuk lunch saya masak tuna casserole , kadang-kadang ubah selera juga . Anak sulung saya memang suka sangat dish ni tapi Adlina , anak yang kedua kurang sikit tapi dia masih makan . Suami saya selagi tak ada cheese dia ok dan ada tuna pulak menmang dia suka la. Si bongsu saya Ada, dia ok saja , apa saja makanan dia nak cuba...

Resepi untuk menu tuna casserole ni saya dah ada bagi dalam post yang lepas....


Tuna casserole yang baru keluar dari oven...



Brokoli yang di campur bersama tuna dan mushroom soup , bahagian atas sekali mash patatoes ..hmmmm sedap ni...


Khamis, 23 Julai 2009

LALA



BAHAN-BAHAN :

1 kilo lala
1 batang serai - dititik
3 sudu besar sos tiram
2 sudu sos cili
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS :

5 biji cili merah
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm belacan

CARA MEMASAK :

Panaskans edikit minyak kemudian tumis semua bahan kisar , serai , kacau dan biarkan hingga terbit bau wangi , masukkan soso tiram , kacau dan masukkan lala . Terus mengacau , masukkan garam secukup rasa dan biarkan lala sampai masak .


Bahan kisar ditumis



Masukkan lala dan kacau sampai lala masak...

Selasa, 21 Julai 2009

MAKARONI BAKAR



BAHAN-BAHAN :

300 gm macaroni - direbus sampai kembang
500 gm ayam/daging cincang
2 cawan cheese monzarella/cheddar
30 gm butter
1 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 cawan susu segar
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh oregano/italian mix herbs
1 kiub pati ayam
4 biji telur
Garam secukup rasa

* Rebus makaroni sampai kembang dan toskan airnya.

CARA MEMASAK :

1. Panaskan butter dan tumis bawang merah dan bawamg putih yang telah dimayang halus. Kemudian masukkan daging cincang dan biar sampai daging masak.

2. Masukkan lada sulah dan serbuk oregano , susu dan kacau , kemudian masukkan semua makaroni tadi dan kacau lagi supaya semua bahan sebati . Masukkan kiub pati ayam yang telah dihancurkan dan jika masih kurang masin baru la ditambah garam.

3. Bila sudah masak tutupkan api dapur dan baru la dimasukkan telur sebiji demi sebiji sambil mengacau macaroni ini.

4. Masukkan macaroni separuh loyang dulu dan boleh la di susun keju monzarella kemudian terus masukkan macaroni lagi sampai penuh loyang pembakar. Susun cheese di atas macaroni. Bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 40 minit atau sampai keju bertukar kewarna golden brown . Boleh la dibawa keluar dari oven dan biarkan sejuk dulu sebelum mengeluarkan macaroni ini dari loyang.

Makaroni yang telah siap dimasak


Makaroni sebelum dimasuk ke dalam oven



Dah pun masak dan boleh dimakan hmmmm...sedap...


Isnin, 20 Julai 2009

SAMBAL CILI API IKAN



BAHAN-BAHAN :

1 kilo ikan sardin/selayang
2 biji bawang besar
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

15 biji cili api
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA MEMASAK :

1. Goreng semua ikan , angkat dan tos.

2. Tumis semua bahan ditumbuk lumat , kacau sampai terbit bau wangi kemudian masukkan semua bawang besar . Biar sampai bawang besar layu boleh la di masukkan asam keping dan kacau , masukkan semua ikan , garam dan gula . Terus mengacau supaya semua bahan sekata dan boleh la ditutup api.

Bahan tumbuk ditumis sampai wangi dan kemudian dimasukkan bawang besar, biar sampai bawang menjadi layu.



Masukkan ikan goreng dan kacau supaya semua bahan sekata.

Ahad, 19 Julai 2009

MASAK LEMAK CILI API REBUNG + PERUT



Hari ni saya masak lemak cili api rebung campur perut ..hmmm yum..yum

BAHAN-BAHAN :

500 gm perut lembu
300 gm rebung
3 cawan santan pekat
1 serai-dititik
1 keping asam keping
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api
3 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK

Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , serai , asam keping , perut dan santan ke dalam periuk . Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan garam. Bila perut dah masak boleh la ditutup api dapur .

* Sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah minyak.

RENDANG DAGING




Semalam saya masak rendang ni , dah lama tak makan rendang daging . Selalu saya suka masak rendang ayam tapi kali ni special request dari suami dia nak makan rendang daging...


BAHAN-BAHAN :

1 kg daging
4 sudu besar kerisik
4 cawan santan pekat
50 grm serbuk kari daging
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 helai daun kunyit
4 helai daun limau purut
4 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS :

15 ulas bawang merah
3 cm halia
6 batang serai
10 tangkai cili kering- masak sekejap dalam air mendidih


CARA MEMASAK :

1. Tumis semua bahan kisar tadi hingga naik bau . Tuangkan serbuk kari dan serbuk ketumbar yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau semua bahan bagi rata dan masukkan daging yang dah di potong kecil-kecil . Masak sampai daging mengecut dan air daging tinggal sedikit atau kering. Masukkan daun lipau purut yang dicarik - carik dan garam secukup rasa.

2. Masukkan santan pekat tadi dan biarkan daging mereneh sampai kauh menjadi kering. Masukkan kerisik dan daun kunyit yang telah di potong nipis tadi kacau semua bahan dan bila dan masak boleh la di tutup api .

JUS APPLE n CARROT


Semalam , saya sekeluarga pegi ke Jaya Jusco sebab saya nak mencari album untuk di buat hantaran nikah adik ipar. Sebelum tu kami saja la pusing-pusing dalam Jaya Jucso ni bila sampai je kat area barang eletrik saya ternampak pemerah jus cap Philips ni , tengok harga waa best ni diskaun sampai 60 ringgit. Suami saya memang dah lama nak beli pemerah jus buah-buahan semenjak dari tahun lepas lagi hehehe.... tapi saya yang tak bagi sebab mahai benar harganya dari RM 180 sampai Rm 500 lebih ( kalau nak cap yg tak famous memang murah 70 hinggit pun ada tapi kualiti hmm..... tak tau la macam mana kan ) .

Pemerah jus cap Philips ni pun suami saya dok aim je dari dulu lagi , so memang dia ingat harga sebelum diskaun . Saya guna pulak voucher dari Jusco lagi la banyak jimat duit apa lagi angkat satu la heheee...

Bila balik jee suami saya pun apa lagi , dia ambik semua buah-buahan yang ada kat dalam fridge dan terus dia guna mesin juicer ni . Anak-anak saya la kecoh kat dapur hehehee.... riuh rendah , bila dah siap je semua nak rasa jus nya hmmmmm memang sedap tak payah tambah air atau gula , manis natural dari buah . Waaa ini sudah bagus pagi-pagi atau anytime saja saya boleh buat jus , sihat dan berkhasiat sangat ni . Buat jus sayur macam celery campur gan buah pun sedap ni...


ini la juicer baru di dapur saya..


Saya buat jus apple campur carrot



Ini la hasilnya hmmmmm........memang sedap refreshing betul rasanya , tak perlu tambah air atau gula lagi manis dari buah apple dan carrot dah cukup sedap.... Lepas ni memang banyak la resepi jus buah-buahan dan sayuran yang akan saya masukkan dalam blog saya ni ....

Jumaat, 17 Julai 2009

TRIFFLE


Yum...yum ini adalah favorite dessert kami sekeluarga...resepi dari kakak saya . Kalau saya buat sekejap je habis..agak mudah untuk membuatnya cuba la.....


Triffle bersama cream


Cream caremel , triffle dan cream
Saya buat triffle ni Sabtu sudah dan saya bawa ke rumah kak Iza...saya selalu pegi rumah kakak saya ni kebetulan pulak hari Sabtu lepas birthday dia dan abang saya dari Penang datang ke rumah dia kira macam family gathering la juga..tu la aktiviti kami .
Setiap sebulan atau 2 bulan sekali saya akan gi lepak ke rumah kakak saya ni , sembang-sembang dan catch -up perkembangan terbaru kami semua . Selalunya saya akan bawa pot luck dan untuk kali ni saya bawa triffle dan sandwich sementara kakak saya masak nasi lemak serta cream caremel dia yang teramat la sedap..yum..yum . Saya releks di rumah dia satu hari suntuk la dari pagi dan lepas dinner baru kami sekeluarga balik , anak-anak saya yang paling seronok dapat jumpa cousin dan main saja la aktiviti mereka ... memang best dapat berkumpul macam ni sekali-sekala..

Ok la saya bagi resepi untuk triffle yang sangat senang nak buat ni..


BAHAN-BAHAN :

1 swiss roll atau butter cake
1 tin buah peach-beli yang dah dipotong
1 tin lychee atau nenas
1 kotak jelly crystal ( tak kira brand apa pun boleh )

* Boleh juga diganti buah peach dengan fruit coctail


RESEPI UNTUK CASTARD :

1 tin susu sejat Idealmilk
1/2 tin air buah-buah dalam tin
4 sudu besar tepung kastard

CARA MEMASAK CASTARD : Campur semua bahan dalam periuk dan kacau dulu bagi tepung castard larut kemudian baru nyalakan api dapur dan terus kacau sampai kuah castard menjadi pekat dan berkilat .Terus tutup api dan kacau perlahan-lahan bila dan suam sikit baru dituang ke atas kek yang dah disusun dalam mangkuk yang sesuai.


* Kuah castard ni mesti di kacau masa proses memasaknya kalau tak kacau nanti kuah akan jadi berketul-ketul .

*Kalau nak sos castard lebih pekat tambah lagi tepung castard dan kalau nak lagi manis tambah la gula..


CARA NAK SUSUN ATUR TRIFFLE NI :

1. Potong kek swiss roll sederhana tebal dalam 2 cm ketebalannya , lepas tu susun kek dalam mangkuk yang sesuai , pastikan semua pemukaan mangkuk ditutup dengan kek .

2. Tuangkan sos castard yang dah dimasak tadi secara perlahan-lahan sampai menutupi lapisan kek tadi dan biar sampai sos castard sejuk .

3. Ambil semua buah dalam tin yang sudah ditos awal tadi dan susunlah diatas sos castard tadi.

4. Bancuh jelly crsytal mengikut arahan yang diberi pada kotak pembungkus dan tuangkan secara perlahan-lahan atau menggunakan senduk ceduk jelly ini dan tuang ke atas buah-buahan tadi secara perlahan-lahan sampai habis jelly ini.

5. Biarkan jelly sejuk dan mengeras sikit dan boleh la dimasukkan triffle ni ke dalam peti sejuk , bila jelly dah keras boleh la dimakan bersama whipping cream..


Lapisan triffle - paling bawah ada lah kek , sos castard , susun buah-buahan dalam tin dan jelly crsytal.

Ini la rupa pemukaan atas triffle....yummy...

Khamis, 16 Julai 2009

TAG

Dah lama saya dapat tag ni dari Linda , lama betul baru saya nak buat tag ni sebabnya dok tangguh banyak kali..
So , ini la jawapannya...

1. Anda sudah mempunyai berapa org anak & nyatakan Girl Or Boy???

# 2 perempuan dan sorang boy

2. Bila perancangan anda untuk menambah anak??
# Rasanya dah cukup la tutup kodai dah den ni....

3. Nyatakan nama anak anda & apa makna nama anak anda dlm Islam??
# Nur Aisyah - Cahaya kebahagian
# Nur Adlina - Cahaya keadilan kami
# Muhd Adam - mengikut nama Rasul-rasul...

4. Siapakah yg memberikan nama anak anda??
# Nama 2 orang anak perempuan saya tu , saya yang bagi . Nama Adam ni hubby yang suka sangat dia bekenan dah lama ...

5. Dari mana tercetusnya idea memberikan nama anak anda??
# Saya tengok dan pilih dari buku nama-nama islam , terus bekenan je...

6. Sekiranya anda dikurniakan seorg lagi cahaya mata...apakah nama yg akan anda beri...
Hmmm tak tau la tapikalau ada la anak lagi nama dia mesti start dari huruf A..


7. Berapakah perancangan anak yg anda mahu & nyatakan berapa girl & berapa boy???
#Syukur la dah ada 3 orang anak ni....kalau ikut plan dulu nak lebih la hehheee....


8. Bagi yg mempunyai anak lebih dari seorg...nyatakan jaraknya beza umur anak anda??
# Yang sulung gan no 2 beza 6 tahun. Jarak yang nombor 2 gan no.3 adalah 3 tahun...


9. Untuk kelahiran anak anda yg akan datang..anda nak Girl @ Boy?? Nyatakan sebabnya??
# tak kisah boy atau girl tapi dah tak ada kelahiran lagi dah sebab dah tutup kedai..

10. Apa ciri2 persamaan anda & anak anda??
# simple , suka bercakap dan banyak la lagi ...


11. Upload gambar anak anda untuk tontonan semua rakan blogger...Gambar anak saya ada kat side bar blog saya ni ..tengok la yaa...

12. Nak Tag???

Hmmmm tak yah la kot saya tag sapa-sapa pun nanti la lain kali heheee....

Selasa, 14 Julai 2009

BAKE BEAN & TELUR



Sarapan ringkas saya pagi tadi..

CARA MEMASAK :

1) Goreng dulu berapa biji telur yang kita nak masak untuk menu ni.

2) 2 ulas bawang putih / 1 biji bawang merah - dimayang halus lepas tu di tumis sampai layu dan masukkan semua bake bean . Kacau kejap dan masukkan semua telur yang di goreng , gaul bagi rata dan boleh ditutup api..sonang je..

*Kami sekeluarga suka makan bake bean cap Ayam , memang sedap dari brand lain ....


Bake bean yang dah siap di masak...yummy...

Sabtu, 11 Julai 2009

KARI IKAN TENGGIRI & PARU GORENG


Saya ada la beli 3 ekor ikan tenggiri papan (ikan tenggiri ni gred yang 2 tapi masih sedap juga ) , masa beli tu tak terfikir nak masak apa pun , beli saja sebab murah 3 ekor untuk harga 5 ringgit saja , saiz nya tak la besar sangat pun sekor dalam 12 inci panjang , kat mini market kat rumah saya ni harga ikan dan sayur-sayuran memang murah . Hari Sabtu pagi memang hari saya memborong barang-barang dapur .
Bila dah balik rumah , baru la terfikir nak masak menu apa dan ikan tengiri ni sedap di masak kari . Saya ada juga beli paru sikit mula nak masak sambal paru tapi last-last goreng saja pun dah sedap....

Kari ikan tengiri , resepi untuk kari ikan ada saya bagi dalam post sebelum ni , cara masak karinya sama cuma jenis ikan saja yang lain ....



Paru goreng..

Khamis, 9 Julai 2009

AYAM MASAK LEMAK CILI API


Ini la resepi kegemaran suami saya , selalu kalau di kampung mak mertua saya akan guna ayam kampung tapi kat bandar nikan susah juga nak cari ayam kampung jadi suami saya beli ayam telur yang dah tua , ayam ni pun kadang-kadang orang panggil ayam pencen hehehe sebab dah pencen dan tak bertelur lagi.

Isi ayam pencen ni pejal dan liat juga so rasanya lebih kurang macam sama dengan ayam kampung . Kalau masak resepi ni memang saya akan masak ayam ni kira macam merebus dulu la sebab nak bagi ayam ni empuk , selalunya saya rebus dalam sejam kalau tak empuk juga saya biar lama sikit atau sampai air rebusan ayam ni jadi sikit.

Saya bagi juga resepi untuk menu ni walaupun saya dah ada bagi dalam post yg lepas ...


BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam tua
2 biji kelapa parut ambil santan yg pekat
5 biji ubi kentang - kupas kulit dan belah 4
5 batang serai-dititik
1 keping asam keping yang kecil
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api
5 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

1. Ayam di potong kecil dan dibersihkan kemudian dimasukkan ke dalam periuk yang berisi air. Jumlah air hanya cukup-cukup menenggelamkan ayam saja kira jangan banyak sangat . Rebus ayam ni sampai air rebusan ni jadi sikit sangat dan ayam dah empuk.

2.Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk berisi ayam ini bersama santan pekat , serai , asam keping , ubi kentang dan garam . Gaul semua bahan dan biarkan sampai kuah masak dan ubi kentang menjadi empuk.

* Kalau suka kuah yang banyak tambah la lagi santan .

Selasa, 7 Julai 2009

MUFFIN


Hari ni teringin pulak nak makan muffin, buka blog My Resipi.com , saya jumpa banyak betul resepi muffin so pilih saja yang berkenan dan saya terus buat .Sekejap je rupanya nak bancuh adunan muffin ni hehehe... kira senang la juga . Masukkan adunan dalam paper cup dan bakar ... 30 minit lepas tu dah masak ...hmmmm semerbak harum satu rumah hehehe..tunggu sejuk jap..dan apa lagi..... yum..yum la...


muffin yang dah ready nak di bakar..


Muffin dah masak...hmmm.... yummy..

TAUHU GORENG


Macam-macam resepi kita boleh masak dengan tauhu kan , cara saya mudah saja tauhu di goreng lepas tu di tabur sikit garam di atas tauhu dan kacau bagi mesra lepas tu saya makan macam tu saja.. kiranya jadi macam snek la...

Kami sekeluarga memang suka makan tauhu di goreng saja kalau saya masak stail lain memang anak-anak tak mau makan . Saya selalu beli tauhu di pasar pada awal pagi sebab tauhunya semua fresh dan baru sampai dari pembekal , bila beli tauhu saya rasa dengan jari dulu kulit tauhu ni kalau melekek tandanya tauhu tu dah agak lama lepas tu saya bau sikit haa... fresh dan tak bau masam. Balik rumah saya terus basuh tauhu ni dan potong nipis-nipis . Kemudian saya panas kan minyak masak yang baru bukan minyak yang sudah diguna untuk mengoreng ikan. Bila minyak dah cukup panas baru la saya masukkan tauhu dan saya goreng sehingga kekuningan. Tos dan boleh di tabur garam sedikit serta terus digaul supaya rasa garam sekata ...boleh dimakan ratah macam tu saja , hmmm memang sedap..


Tauhu yang sedang digoreng.

Isnin, 6 Julai 2009

DONUT SIMPLE


Petang semalam saya buat donut untuk minum petang , anak-anak saya suka donut yang topping dengan almond dan white chocolate.

BAHAN-BAHAN:

200 gm tepung roti
20 gm gula
20 gm butter
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil dry yeast
140 ml susu segar
Minyak masak untuk goreng donut


BAHAN TOPPING :

50 grm kepingan almond - dibakar sebentar dalam oven sehingga ranggup
50 grm white chocolate - double boiling sampai cair.

CARA MEMASAK :

1. Masukkan tepung , gula , garam dalam mangkuk dan kacau.

2. Buatkan lubang di tengah tepung . masukkan susu dan yeast dan kacau sedikit.

3. Kemudian masukkan butter dan kacau sehingga sekata, bila dah sebati boleh la di uli adunan sehingga tak melekat ditangan . Buatkan bentuk bulat dan tutup mangkuk dengan plastik wrap atau kain lembab.Biarkan adunan naik 2x ganda.

4. Bila dah naik , tumbuk adunan dan uli kejap dan boleh di canai adunan menjadi leper .Gunakan penekap donut dan tekap sampai habis adunan tepung tadi.

5. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan goreng donut sehingga kekuningan , balik-balikkan donut supaya tak hangit. Angkat dan tos sekejap , biarkan donut sejuk sikit.

6. Celupkan donut dalam white coklat , kemudian boleh di taburkan almond yang dah di toast tadi. Dah pun siap................. yummy.


Donut yang dah di tekap.


Donut yang dah siap.



Adlina yang dah ready nak makan.....sambil posing dulu untuk mama dia ambil gambar ni yum..yum , dia suka benar donut ni...

LALA MASAK LEMAK


BAHAN-BAHAN :

1 kilo lala
3 cawan santan pekat
1 batang serai-dititik
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

5 biji cili api
3 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

Satukan santan dan bahan ditumbuk lumat kedalam periuk , masakkan kuah sampai hampir mendidih. Kemudian masukkan lala yang sudah dibersih , serai , garam dan kacau semua bahan . Sekali-sekala kacau lala supaya kuah tak pecah minyak , bila lala dah masak boleh la ditutup api dapur. Yum yum sedap...

* Kalau nak banyakkan kuah tambah la sedikit air atau santan lagi..

Ahad, 5 Julai 2009

IKAN PEKASAM

Suami saya cukup gemar makan ikan pekasam , kalau makan nasi dan ada ikan pekasam goreng memang berselera dan bertambah la nasi suami saya hehehe.... . Ikan pekasam ni suami saya kirim beli dari kawan office dia yang balik kampung di Kulim , Kedah. Ini kira home made ikan pekasam , memang fresh... bila di goreng garing baunya wangi semerbak hmmmm...yummy..

MASAK LEMAK SIPUT SEDUT

Dah lama juga saya tak masak lemak siput sedut ni , semalam suami pegi pasar beli sepeket dan masak untuk lunch , hmmm sedapnya....saya masak lemak cili api..mudah dan cepat..


BAHAN-BAHAN :

1 peket siput sedut - buang hujung siput guna playar
5 cawan santan pekat
2 batang serai-dititik
1/2 buah nenas- potong ikut suka
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api
4 cm kunyit hidup
2 biji bawang merah

CARA MEMASAK :

1) Bersihkan siput , memang suami saya la yang buang hujung siput ni , potong nenas menjadi saiz yang kecil-kecil memanjang.

2)Masukkan semua santan ke dalam periuk bersama dengan bahan yang ditumbuk lumat dan serai. Biarkan kuah sehingga hampir mendidih dan masukkan siput , nenas dan garam. Kacau siput dan biar sampai kuah mendidih , siput akan bertukar warna bila dah masak serta nenas menjadi empuk baru boleh la ditutup api...mudah je kan nak masak..cuba la

* Api dapur perlu sederhana dan kacau kuah santan selalu supaya santan tidak meruap dan pecah minyak nanti tak sedap pula masak lemak ni

Sabtu, 4 Julai 2009

SAYUR BUNCIS TUMIS SOTONG

Kacang buncis adalah salah satu sayur favorite di rumah saya ni , macam-macam cara boleh di masak macam masak lemak kuning campur udang , di tumis dengan tempe dan pelbagai lagi. Kali ni saya tumis buncis dengan carrot dan sotong.

BAHAN-BAHAN:

300 grm buncis
1 batang carrot
2 ekor sotong yang besar
2 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
2 sudu sos tiram
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

1. Kupas semua bawang dan dimayang halus , potong sayur buncis dan carrot.

2. Bersihkan sotong dan potong nipis-nipis. Panaskan sedikit minyak dalam frying pan dan tumis semua bawang biar sampai layu. Masukkan sotong , sos tiram dan carrot , kacau sampai sotong separuh masak dan masukkan buncis dan garam . Terus kacau supaya semua bahan mesra dan tutup api bila sayur buncis masak.


Jumaat, 3 Julai 2009

SARDIN TUMIS CILI

Makan malam kami yang simple , saya masak kangkung tumis belacan , sardin tumis cili dan telur dadar... dah cukup sedap untuk kami sekeluarga .



BAHAN-BAHAN :

1 tin sardin
1 biji bawang besar
1/2 sudu kecil asam jawa segera
1/2 sudu kecil gula

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

2 biji cili merah
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm belacan

CARA-CARA MEMASAK :

1. Panaskan sedikit minyak kemudian tumis bahan tumbuk sampai masak dan wangi .

2. Masukkan bawang besar yang telah dipotong nipis-nipis dan kacau sampai bawang menjadi layu. Kemudian masukkan semua sardin , gula dan asam jawa , terus kacau sampai mesra dan boleh la ditutup api. Kalaau tak cukup masin tambah la garam sikit.

* Selalunya saya gunakan cili kering yang telah dikisar halus tapi kali ni saya guna cili merah tapi rasanya lebih kurang sama saja tetap sedap...

Khamis, 2 Julai 2009

BROKOLI SOS TIRAM



BAHAN-BAHAN :

1 biji brokoli
1 peket cendawan
1 ketul dada ayam
1 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil minyak bijan
1/2 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa

*Kalau nak kuah pekat masukkan bancuhan 1 sudu kecil tepung jagung dengan sedikit air. Masukkan bancuhan ini pada saat akhir , kacau sayur sehingga kuah menjadi pekat dan boleh la ditutup api dapur.

CARA MEMASAK :

1.Bersihkan brokoli dan potong , cendawan di siat-siat.

2.Kupas semua bawang dan dimayang halus , dada ayam dipotong nipis-nipis.

3.Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang sampai layu kemudian masukkan isi ayam dan kacau biar sampai isi ayam masak.

4.Masukkan sos tiram dan minyak bijan dan kacau kemudian masukkan sedikit air sahaja dahulu , kemudian masukkan brokoli dan kacau .

5.Bila brokoli kelihatan separuh masak terus masukkan cendawan dan sedikit lada sulah dan kacau rata , terus tutup api bila cendawan masak.