MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Isnin, 17 Ogos 2009

FISH N CHIPS


BAHAN-BAHAN :

5 keping ikan fillet ikan dory ( sebesar tapak tangan )
fries secukupnya
serbuk roti secukupnya ( bread crums )
Minyak masak secukupnya untuk mengoreng

BAHAN-BAHAN ( bancuhan tepung) :
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 biji telur
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan air sejuk
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN :

Bersihkan fillet ikan dory dan gaulkan serbuk lada hitam / sulah dan perap selama 15 minit.

Bancuh semua bahan tepung tadi dan kacau sehingga menjadi pekat , jika bancuhan agak cair tambah sedikit saja tepung gandum lagi .

Celupkan fillet ikan dory ke dalam bancuhan tepung pastikan rata pada semua bahagian.


Kemudian letakkan fillet ikan dory tadi ke dalam serbuk roti dan gaul rata .pastikan semua bahagian ikan dilitupi dengan serbuk roti ini.


Goreng fillet ikan dalam minyak sehingga fillet ikan bertukar warna coklat kekuningan atau samapi fillet ikan masak . Guna api yang sederhana sahaja supaya fillet ikan masak sekata dan kulit luar tidak hangit.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan