MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Sabtu, 22 Ogos 2009

MINI PIZZA


Petang semalam saya masak mini pizza , anak-anak saya memang suka makan roti , bun dan mini pizza ni . Untuk resepi doh pizzanya saya dah ada bagi dalam post yang sebelum ni..



BAHAN-BAHAN:


1 peket sosej
2 biji tomato
1 biji bawang merah
1 tin cendawan butang
1 sudu kecil italian herbs
3 sudu besar olive oil
Garam secukup rasa
Black pepper secukup rasa


UNTUK SOS :

Sos spaghetti perisa Tradisional Prego


CARA PENYEDIAAN :

Potong semua bahan menjadi kecil-kecil dan masukkan ke dalam mangkuk yang sesuai. Masukkan olive oil , italian herbs , black pepper , garam dan kacau semua bahan menjadi rata.

Untuk dohnya saya guna tangan saja , tekan-tekan bagi shape bulat , lepas tu saya guna sos spaghetti Traditional brand Prego senang je.


Saya sapu sos spaghetti , letak bahan inti tadi dan tabur cheese monzarella ...dah siap untuk dibakar , mudah dan ringkas...


Yang ini pula plain tak de sos...bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 20 minit



dah pun siap yummy....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan