MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Jumaat, 9 Oktober 2009

KANGKUNG GORENG BELACAN

Sayur kangkung tumis belacan ni saya dah ada bagi resepinya dalam entry yang lama . Resepi ni memang saya selalu juga masak sebab sedap kadang-kadang tu sayur ni boleh di makan macam tu saja tanpa nasi .


BAHAN-BAHAN :

1 cawan udang kertas kecil
2 ikat kangkung
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
2 cm belacan

CARA MEMASAK :

-Tumbuk lumat cili merah,bawang merah+bawang putih,belacan . Bersihkan sayur kangkung dan potong serta bersihkan udang.

-Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk sampai naik wangi , masukkan udang dan kacau. Bila udang dah masak masukkan semua sayur dan kacau , masukkan garam dan terus kacau sehingga la sayur masak baru la di tutup api dapur.

2 ulasan:

  1. Salam sejahtera,

    Kami ingin menjemput anda menyertai komuniti blogger bagi mempromosikan blog anda secara PERCUMA di laman web kami. Jom berkenalan dengan blogger-blogger terkemuka dan berkongsi tips dengan mereka.

    Click pada butang 'Tutorial' untuk mengetahui cara menggunakannya.

    Daftar sekarang: Blogger Malaysia [Blogger's Meeting Point]

    Malaysia Boleh!

    BalasPadam
  2. wahh, kangkung!! my favourite!!
    kalau lunch kt cafe after class, mmg cari kangkung. nasi separuh, kangkung lebih dari nasi. fuhh sedappp.. tiap2 hari pun xpe..

    sampai ada kawan kata "kau ni kura-kura ke?" haha. terliur tgk kangkung akk ni..
    nak masak kangkung ni pun x susah sgt kan =]

    BalasPadam