MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Rabu, 31 Mac 2010

GULAI IKAN TALANG MASIN


Salam pagi Rabu..



Pagi-pagi lagi saya dah masukkan entry memang dah beberapa hari saya tak buat entry ya heheh malas punya pasal la tu . Kari atau di utara kami panggil gulai ikan masin ni saya masak hari Isnin lepas dan hari ni baru nak buat entry ok la kan...

Saya masak gulai ni macam yang arwah mak saya ajar . Hmmm gulai ikan masin ni favorite arwah abah masa kami tinggal di Jitra dulu memang gulai ikan masin ni adalah salah satu menu wajib di rumah saya sebulan sekali mesti ada lah tapi abah saya suka guna ikan masin kurau yang bertulang .

Agak mudah cara nak masak gulai ikan masin , tumis saja macam biasa cuma last sekali saya buat tumis darat bebrapa bahan dan saya curahkan keatas kari yang dah masak ni .

Masa tahun 1988-89 masa saya belajar masak kari ni , mak saya guna rempah khas untuk kari udang dan ketam cap Adabi cuma sekarang ni ada lagi ka saya pun tak pernah nak cari atau pun Adabi dah tak keluarkan rempah kari tu .


BAHAN-BAHAN :

500 grm ikan talang masin - rendam selama 1 jam
1 biji nenas
4 cawan santan pekat
2 biji terung bulat sederhana besar - dipotong 4
Garam dan asam jawa secukup rasa


BAHAN-BAHAN UNTUK TUMISAN :

1 peket rempah kari ikan
2 cm halia
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil halba campur
1 ranting daun kari

BAHAN-BAHAN TUMIS DARAT :

3 biji bawang merah-dimayang nipis-nipis
1 ranting daun kari

* Jika kuah terlalu pekat tambah sedikit saja air.

CARA MEMASAK :

Bersihkan kepingan ikan talang masin dan rendam selama 1 jam untuk buang garam . Beli nenas yang sedang elok maksudnya jangan terlalu muda atau terlalu masak kiranya . Kupas dan bersihkan nenas ini dan potong ( nanti lain kali saya tunjuk cara potong nenas ini ) buah nenas tak perlu dibelah hanya potong menyerong jadi berkeping-keping macam sengkuang tu anggaran ketebalan dalam 1 cm dan lebar dalam 15 cm . Bila dah potong jadi macam kepingan-kepingan dan tak payah ambil bahagian empulur yang keras tu .

Kupas kulit semua bawang dan halia serta dimayang halus . Panaskan 3-4 sudu besar minyak untuk menumis dan tumiskan semua bawang , halia , halba campur dan daun kari . Bila bawang dah layu dan wangi boleh la dimasukkan rempah kari dan air asam jawa . Kacau dan biarkan semua bahan mendidih dan rempah kari terbit minyak itu tandanya rempah kari dah masak .

Bila rempah sudah masak boleh la dimasukkan semua santan serta kacau kuah dan biarkan sampai kuah mendidih kemudian boleh la dimasukkan semua kepingan ikan masin serta nenas dan kacau sekejap . Jika kuah terlalu pekat atau sedikit boleh la ditambahkan sedikit air lagi. Kemudian dimasukkan terung tadi dan kacau sekejap , boleh dirasa garam jika sudah masin tak perlu ditambah garam .

Biarkan kuah mendidih dan ikan masin masak dan terung dah empuk , boleh lah ditutup api . Panaskan 3 sudu besar minyak baru dalam kuali dan tumis semua bawang merah tadi dengan sedikit daun kari bila bawang sudah menjadi warna kekuningan coklat tapi jangan terlalu garing , terus tuang semua bawang dan daun kari ni bersama minyak tadi ke dalam periuk berisi gulai ikan masin tadi dan tutup tudung periuk . Ini la di katakan tumis darat , kari ikan masin ini akan jadi sangat wangi dan lebih sedap sesuai buat teknik ini untuk kari ketam .

6 ulasan:

  1. emmmm sedapnyee..akak ada masak juga ikan talang tu kak beli kat tanjung dawai masa balik cuti disember thn lepas... gila tol masa p situ byk sungguh ikan masin dll makan org kedah... tak mot keta...hehehe

    BalasPadam
  2. Nanie ada saudara belah utara ka?..gulai ikan masin talang nih kalau time kenduri kawen cukup femes belah2 utara nih..feveret saya jugak nih..

    BalasPadam
  3. To Ann ,

    Saya memang asai dr Jitra saya pun tamat bersekolah di sana jga , hmmm memamng pun sedapkan gulai ikan masin talang letak nenas lepas tu ada tumis darat wangi saja.

    BalasPadam
  4. Sedap memang sedap bini saya masak kelmarin.. makan nasik lalu sungguh... nak try jugakresepi nih pasai yang bini masak tu tak tengok resepi pun dia main agak saja tapi okeylah pulun sakan ....

    Em senang senang lawat laa blog saya ya kat www.irdakraft.blogspot.com

    tq

    BalasPadam
  5. salam,

    thanks nanie, for sharing..mak sy slalu buat ni..faveret keluarga sy. sy baru kawen n tgh mengumpul resipi. td sy ada jmpa 1 web, pelik btol dia buat kari...dia rebus nenas n ikan dlm kuah kari, pastu masukkan bwg n daun kari yg telah ditumis berasingan. pelik kn? mujur sy teringat lg mak saya bgtau cara2 nk buat dia. sy search ni just nk confirmkan btol x yg sy igt tu. mjur jmpa web nanie. hehe x sabar nk msk utk hubby balik keja jpgi ;)

    BalasPadam
  6. salam puan, terima kasih banyak. saya dah try .. jadikk lerr. harap halalkan ilmu ini untuk saya. semoga puan diberkati.

    BalasPadam