MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Khamis, 10 Mac 2011

Donut bunga kemboja

Hari ni saya buat donut dan alhamdulillah menjadi donut gebuss saya kali ni . Dulu saya pernah cuba buat tapi donutnya kurengg gebuss la . Kali ni saya guna resepi dari blog HaSue : I Love My Life . Cukup senang nak bancuh adunan yang penting ikut betul-betul resepi .

Suka hati saya hari ni sebab donut ku menjadi gebusss dan sedap . Paling best bila anak-anak puji 'sedap la donut mama masak ni' hehehe Adlina siap bawa bekal donut lagi ke sekolah dan saya menunggu Aisyah balik sebab dia memang suka sangat makan donut . Saya suka cuba resepi baru sebab anak-anak saya jenis suka makan dan semuanya sedap saja heeee......

Donut gebusss bunga kemboja...

DONUT LEMBUT
sumber : HaSue

BAHAN-BAHAN :
  • 500g Tepung Gandum Berprotein Tinggi (guna tpg biasa pun ok)
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)kalo guna yis peket beso amik 1 sudu makan jer..
  • 50g Marjerin
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)-Letak lebih sikit pun takpe
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]-Letak kedua2 lagi sedap
  • 1 Biji Telur-dipukul sikit
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)


CARA-CARA :

  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.

  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).

  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.

  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2.

  6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan..(lebih ringan/kmbg doh,lbh gebu laa donut tu nanti)jadi kalo nak donut extra gebu kena laa sabor sket yer..hee

  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)

  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.

Sepinggan donut menanti untuk dinikmati kami sekeluarga . Bila saya dah dapat resepi donut senang nak dibancuh ni memang nampak gayanya saya rajin buat kuih donut la dan boleh la saya pelbagaikan topping donut ni hmmmm sedap tue...

Adunan donat , uli sampai bahagian mangkuk licin bersih macam dalam gambar ni..


Saya tak dapat jumpa acuan donat( entah mana saya simpan lupa laa ) so saya guna je acuan bunga kemboja ni . Ok la kan comel je donut ni kalau guna acuan lain pun boleh juga so tak la donut rupanya bulat macam yang biasa kita jumpa tu...

4 ulasan:

  1. wahh..kreatif lah..cantik comel donut nyee..hihi

    BalasPadam
  2. a'ah.. sangat2 kreatif... donut bentuk bunga lagikk.. kalah big apple mcm nih.. hehee...

    BalasPadam
  3. cantik dan gebus donut ni..:)

    BalasPadam
  4. Assalam..
    wah,comel jer donut tuu..nak laa jugak seketui..hehe..
    Alhamdulillah menjadi n anak2 pun suke..tima kasih yer sudi kongsi hasilnya..suke tengok hasil kawan2 yang mencuba dan menjadi :)

    BalasPadam