MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Sabtu, 5 Mac 2011

French Toast

Selalu juga saya tengok rancangan masak ' French Food at home' dan dalam satu episod tu ada resepi french toast , teringin pula tengok roti telur masak cara orang 'Perancis' ni . So, pagi ni untuk sarapan saya masak french toast , actually french toast ni macam roti telur juga cuma dimakan dengan maple syrup atau madu dan juga sauce buah-buahan . Saya hidangkan french toast ni dengan filling apple pie . Memang sedap french toast ni syukur alhamdulillah.....

BAHAN-BAHAN :

10 keping roti-boleh tambah lagi
4 biji telur-boleh tambah
1/2 cawan susu full cream kotak
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
Butter & sedikit minyak untuk mengoreng

CARA MEMASAK :

Pecahkan telur dan pukul macam nak buat telur dadar , masukkan serbuk kayu manis , susu serta esen vanilla dalam telur ni . kacau lagi bagi sebati semua bahan.
Roti ni saya tak goreng terendam dalam minyak atau deep fry so saya tak guna minyak yang banyak . Panaskan frying pan dan masukkan butter secukupnya serta sedikit minyak . Tujuan diguna minyak supaya butter tak cepat hangit .

Celupkan roti ke dalam telur dadar secara perlahan-lahan pastikan semua bahagian roti diliputi dengan telur .

Terus masukkan roti dalam frying pan dan goreng roti telur ni sehingga masak . Saya goreng sampai bahagian tepi roti agak gelap tapi tak hangit sebab nak tebing roti jadi garing sikit baru sedap dimakan nanti.

Bila roti dah masak boleh la diangkat dan tos sekejap .

French toast ni sedap dimakan bersama maple syrup atau pun honey serta boleh ditabur sedikit gula icing diatas french toast ni .

French toast yang saya masak untuk sarapan pagi tadi dimakan dengan filling apple pie dan madu hmmm sungguh sedap la...

2 ulasan:

  1. nanti masz nak try buat jugak :-)

    BalasPadam
  2. to masz,
    cuba la mmg sedap ni yum2

    BalasPadam