MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Isnin, 21 Mac 2011

Di sepanjang perjalanan kami..

Banyak betul gambar yang saya ambil masa kami bercuti kali ni so saya nak kongsi gambar-gambar saat kami bercuti di blog saya ni . Sambil jalan-jalan kami cuba makanan baru di sana alhamdulillah semua makanan yang kami makan sedap-sedap belaka . Masakan tradisional Terengganu memang sedap laaa...

Kami berhenti di Kampung Sg. Ular , Cherating untuk menikmati pemandangan pantai . Hari agak mendung so kami teruskan perjalanan ke Kemaman sebelum ke Kuala Terengganu..

Satar Kemaman

Satar fresh , favorite saya ni..


Keropok lekor yang dibuat fresh kemudian terus digoreng , keropok lekor di Kemaman memang padat dengan ikan so keropoknya lembut saja tak liat macam yang banyak dijual di area rumah saya ni . Saya beli rm5 pun dah cukup banyak untuk kami sekeluarga makan dan sos pencicahnya sedap .

Anak-anak saya sedang menikmati jelly kelapa lepas sedap makan keropok lekor di Kemaman . Keropok lekor di Kemaman memang yang paling sedap..

Masa kami lalu di Dungun ada banyak juga gerai tepi jalan yang jual kuih akok so saya pun apa lagi mesti la nak cuba makan kuih akok ni . Paling best kuih akok ni dibakar mengunakan cara tradisional . Rasanya cukup sedap...


Ini namanya kuih akok gula


Ini di panggil kuih akok nisan memang sedap..

En. suami nak makan akok yang masih panas baru masak memang sedap sangat la..


My bacin Adam yang happy sokmo..



Anak-anak seronok spend time di Pantai Batu Buruk..


Dalam pasar Payang macam-macam ada..

Cendol pulut yang cukup enak berhampiran pasar Payang..

On the way nak ke Kelantan saya singgah beli kuih muih di gerai ni cuma saya lupa nak tanya nama gerai dan tempat ni di bandar Kuala Terengganu . Best betul la saya tengok cara kuih-muih di jual di sini . Bermacam jenis kuih muih hmm sedap-sedap belaka..


Kuih tradisional Terengganu enak belaka..


Nasi dagang yang dijual dalam pasar Payang , sedap laa


Balik dari Taman Tamaddun Islam kami sekeluarga terus singgah makan keropok lekor di Kampung Losong . Masa kami sampai di gerai kopok lekor ni ramai betul pelancong yang singgah so memang kena tunggu lama la juga untuk semua hidangan yang kami order sampai . So saya order dulu lempeng panas dengan kuah sebab anak-anak dah lapar . Sambil makcik ni masak lempengnya saya pun minta la resepi sebab lempeng simple ni memang sedap laaa..

Lempeng kelapa muda bersama kuah , hidangan simple yang sangat sedap dimakan sambil minum teh o selepas seharian berjalan-jalan di bandar Kuala Terengganu .

Kenangan indah tetap menjadi memori yang akan kami ingat sampai bila-bila , insyallah kalau ada peluang saya nak ke Terengganu lagi..

Cantiknya pemandangan di Pantai Rhu 10..

Pagi Isnin ni baru saya dapat masukkan lagi n3 gambar-gambar sepanjang percutian kami di Terengganu dan lepas ni ada lagi n3 sepanjang percutian saya sekeluarga ke Kelantan dan Cameron Highland . Alhamdulillah syukur percutian kami sekeluarga kali mengikut perancangan suami dan saya . Kami sekeluarga memang enjoy betul holiday kami kali ni dan percutian kali ni akan kami sekeluarga ingat sampai bila-bila . Anak-anak pun happy sepanjang perjalanan percutian kami ni dan moga pengalaman melihat tempat baru sepanjang percutian ni akan menjadi memori terindah yang akan di kenang oleh anak-anak semua .

Seminggu kami jelajah 4 negeri dan actually tempoh tu tak cukup untuk kami jalan ke semua tempat di negeri Pahang , Terengganu , Kelantan dan Cameron Highland so insyallah kalau ada kesempatan cuti sekolah yang akan datang ni kami akan ke sana lagi .

N3 kali ni saya nak kongsi gambar kami sekeluarga di Pantai Rhu 10, Setiu , Terengganu . Kami berhenti di pantai yang cantik ni masa dalam perjalanan nak ke Kota Bharu . Cantik sungguh pemandangan laut membiru dan pantai yang bersih kat sana , angin pun bertiup sepoi-sepoi bahasa nyaman sangat . Kami singgah makan di gerai yang jual colek atau makanan laut goreng celup tepung . Sedap sangat sebab sotong serta udang yang digoreng celup tepung ni semuanya fresh . Lepas tu sos pun sedap dan dapat pula minum air kelapa fresh hmmmm sedap la...

Alhamdulillah cuaca hari tu cerah so pemandangan memang cantik sangat di Pantai Rhu 10 ni..


Angin bertiup nyaman bestnya kalau boleh releks lama sikit di pantai tapi kami perlu teruskan perjalanan ke Kota Bharu so insyallah kalau ada peluang kami nak ke sana lagi..


Adlina dan Adam yang seronok main di tepi pantai..


Aisyah yang leka dan terpegun tengok laut China Selatan yang membiru..


Pilih saja mana yang bekenan semuanya sedap dan fresh...


Udang kertas fresh saiz besar yang sedap dan harga pun ok berpatutan , yang penting rasanya yang sangat sedap hmmm cicah dengan sos cili thai..

Sotong saiz besar yang fresh...


Udang ni fresh sangat bila dah digoreng macam ni sedap dimakan dengan kepalanya sekali yum yum makan 5 ekor pun tak cukup hehehe kena tambah lagi la . Actually adunan bancuhan tepung yang penting sekali macam yang saya makan ni bancuhan tepungnya ranggup dan cukup semua rasa..

Sotong saiz besar fresh hmm masih terasa kesedapan isi sotong ni..


Adam yang dah ready nak makan tu..


Sedap ya..


Lepas makan kami jalan-jalan lagi sambil anak-anak dapat peluang tengok bot nelayan yang ada di tepi pantai . Nelayan tak turun ke laut sebab hari sebelumnya hujan dan 3 hari sebelumnya Jepun di landa Tsunami...

Kami terus menyusuri jalan-jalan di tepian pantai tengok nelayan-nelayan yang sedang bersih jala dan bot masing-masing . Anak-anak saya happy sangat dapat melalui pengalaman yang berbeza kali ni . Walaupun masa awal holiday kami ni cuaca agak mendung dan hujan tapi alhamdulillah ada masanya langit cerah dan cuaca ok so dapat la kami pergi ke tempat menarik yang dah kami rancang lebih awal cuma paln kami nak ke Pulau Kapas je tak jadi tak apa la lain kali kalau keadaan dan selamat kami akan ke Pulau Kapas .

Percutian yang sungguh bermakna buat kami sekeluarga dan insyallah lepas ni kami akan bercuti ke tempat lain di Malaysia ni dan dapat spend quality times bersama...

Saya akan masukkan banyak lagi n3 dengan gambar-gambar sepanjang percutian kami ni ya...

Khamis, 17 Mac 2011

Berjamu selera di Kuala Terengganu

Jauh berjalan luas la pemandangan..

Bila bercuti ke mana saja selain jalan-jalan ke lokasi menarik , saya dan hubby mesti cuba masakan tempatan . Saya pernah ke Kuala Terengganu pada tahun 2007 so saya tau beberapa restoran yang menyediakan juadah tradisional Terengganu yang sedap-sedap . So kali ni bila sampai ke Kuala Terengganu kami dah tau kedai mana nak di tuju dan alhamdulillah semua makanan yang kami makan memang sedapppp sangat.....

Nasi dagang dengan ikan aya yang sangat sedap ishhh bila dah balik rumah saya dok teringat nasi dagang pula hehehe...Masa hari terakhir kami di Kuala Terengganu kawan suami saya bawa kami sekeluarga makan di restoran nasi dagang di Chendering . Nasi dagang kat restoran yang famous di Chendering tu memang SEDAPPPPPP sangat , kopok lekor kat kedai makan tu pun sedappp....

Laksam di Napi Corner ni memang sedap especially bila dimakan dengan sambal yang diletak bersama belacan ishhh kecur air liur saya bila teringat balik kesedapan laksam ni hehehehe memang saya kena pergi balik ke Kuala Terengganu ni hehehe..


Malam pertama kami sampai di Kuala Terengganu..semua juadah sedap masakan tradisional Terengganu memang favorite saya dengan suami..


Sarapan pagi kami pada hari pertama di Kuala Terengganu , semua juadah ni sedap yum yum..


Hmmmmm sedapnya masakannya simple saja tapi cukup sedap..


Sarapan pagi hmmm sedapnyaaaa...


Adam tengah makan kopok leko sedap ya..


Kopok leko di Kampung Losong..

Sepanjang masa kami di Kuala Terengganu anak saya Adlina hanya nak makan nasi lemak sebab nasi lemak di Napi Corner memang sedap..

Nasi kerabu


Nasi minyak dan nasi dagang


gulai sotong yum yum sedap sotong fresh..


Gulai ikan aya yang dimakan dengan nasi dagang hmm cukup sedap . Saya beli 2 peket rempah gulai ikan aya masa di Pasar Payang nanti bila balik rumah boleh la saya masak . Saya beli juga beras nasi dagang hmm sedapnya bila gulai ikan aya dimakan dengan nasi dagang . Memang nak kena cari cara-cara nak masak gulai ikan aya dengan nasi dagang ni sebab saya tak pernah masak lagi nasi dagang...

Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut senang hati

Alhamdulillah percutian kami di Kuala Terengganu memang best..
Insyallah lain kali saya nak ke sana lagi..

Rabu, 16 Mac 2011

Kuih-muih tradisional di pasar Payang..









Semuanya sedap dan mesti dicuba yum yum...