MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Jumaat, 10 Disember 2010

Kacang sepat tumis udang kering

BAHAN-BAHAN :

200 grm kacang sepat
Garam secukup rasa
Sedikit minyak bijan
sedikit air-jika perlu sahaja

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Segenggam udang kering -rendam dulu

* Kalau nak pedas tambahkan sebiji cili merah dan sedikit belacan semasa proses menumbuk bawang tadi . Boleh juga diguna ikan bilis .

CARA MEMASAK :

-Basuh kacang sepat dan buang urat ditepi kacang ni kemudian potong kacang sepat kecil-kecil.

-Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk sampai naik wangi kemudian kacau .

- Masukkan semua sayur dan kacau , masukkan garam , minyak bijan dan terus kacau sehingga la sayur masak dan boleh ditutup api dapur.

Ini la rupa kacang sepat giant yang selalunya ada dijual di pasar malam . Selalu juga saya jumpa kacang ni bila ke pasar malam tapi tak pernah terfikir nak beli tapi Isnin lepas saya beli sikit untuk testing masak dan rupa-rupanya kacang ni sedap sangat . So lepas ni memang selalu saya beli beli kacang sepat ni .
Urat di bahagian tepi kacang ni perlu dibuang dan bila nak beli pilih kacang yang muda baru la sedap crunchy berlemak je rasanya..

Sup daging Siam

Dah lama juga saya tak masak sup Siam favorite hubby sup ni lebih pedas dan masam berempah memang sedap . Saya guna daging serta tulang dari raya haji yang lepas so dagingnya memang sangat fresh dan nak masaknya simple saja .

BAHAN-BAHAN:

1 kilo daging bercampur tulang lembu
6 biji kentang
3 biji tomato
Jus perahan limau nipis secukupnya
1 pokok daun sup
Garam secukup rasa
Air secukupnya

*Air kena banyak sebab nak kena rebus tulang ni sampai dagingnya empuk , kena check daging untuk pastikan daging empuk atau belum jika tidak perlulah ditambah air dan terus rebus tulang lagi.

BAHAN-BAHAN TUMIS :

3 sudu besar rempah sup
2 biji bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai dititik
5 biji cili api-boleh tambah

CARA MEMASAK :

- Semua bawang , halia , lengkuas dikupas kulit dan dimayang halus . Kupas semua ubi kentang dan dipotong empat , tomato juga dipotong 4 .

-Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang tadi kemudian masukkan remaph sup . Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk . Masukkan serai , cili api dan semua tulang/daging , biarkan sampai mendidih .

-Masukkan jus perahan limau nipis secukupnya ikut citarasa masing-masing kalau suka lagi masam tambah la lagi jus limau nipis.

-Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali sehingga daging masak serta menjadi empuk , kemudian boleh la dimasukkan semua ubi kentang . Biarkan ubi kentang empuk dan baru la dimasukkan buah tomato , bila buah tomato nampak layu boleh la ditutup api dapur dan tabur la daun sup yang sudah di potong halus ke dalam sup.

Khamis, 9 Disember 2010

Nasi ambeng Muar..sedapnya..

Lepas dah jalan-jalan keliling bandar Muar dan river cruise kami singgah ke pasar tani dekat dengan stadium di bandar Muar ni . Masa singgah dah pukul 11 pagi kat pasar tani tak ramai pengunjung mungkin sebab dah nak tengahari . Saya lalu depan gerai jual nasi ambeng dan terus saya singgah hmmm sangat menyelerakan dengan lauk-pauk yang tak pernah saya cuba macam ayam ungkep dan masak kicap yang kelihatan sungguh sedap . Ada pula ikan masin bulu ayam dan sambal ubi kentang campur tempe dengan tauhu serta mee goreng .So saya beli 2 bungkus untuk kami makan bersama . Satunya dengan lauk ayam kicap dan satu lagi dengan ayam ungkep..

Nasi ambeng dengan lauk ayam masak ungkep hmmm memang sedap sangat la..


lauk-pauk untuk nasi ambeng semuanya sedappp...

Kuih -muih tradisional


Adam dan Adlina yang sentiasa happy dan suka posing..

Sepanjang perjalanan

Kalau dah jalan-jalan ke tempat baru mesti la nak cuba masakan di sana kan baru la lengkap jalan-jalan sambil cari makan..destinasi kami mula-mula ke Kluang railway station makan roti bakar dengan home made kaya dan kopi kaw yang sangat famous tu . Lepas tu kami ke Batu Pahat dan makan mee bandung yang famous di bandar Batu Pahat ni hmmm memang sedap banyak pulak tu memang berbaloi dengan harganya . Kali terakhir saya ke Batu Pahat pada tahun 2005 menhantar adik ipar bernikah dan masa tu la first time saya cuba mee bandung ni dan sampai sekarang saya masih teringat akan kesedapannya sebab tu la bila kami lalu lagi bandar Batu Pahat saya nak makan mee bandung ni al-maklum la bukan selalu dapat singgah ke bandar Batu Pahat...

Ni la mee bandung Batu Pahat yang sangat sedap.....


Kami bermalam di Muar dan pagi-pagi esoknya kami sekeluarga keluar cari sarapan selepas pusing 2 kali keliling bandar Muar akhirnya kami jumpa gerai ni . Kuih-muih macam-macam jenis dan semuanya sedap cuma saiznya kecil sikit tapi harganya masih murah 4 biji RM1 puas hati la..nasi lemak pun macam-macam jenis sebungkus 70 sen portionnya banyak dan sedap...



Kuih cara berlauk ni memang menarik perhatian saya dan bila rasa hmmm sedap rupa-rupanya cukup semua perisa . Best holiday kami kali ni kalau ada peluang saya nak ke Muar lagi..

Singgah makan di Air Hitam, Johor..

Kami singgah makan di kawasan gerai di Air Hitam lauk-pauk yang dijual macam-macam jenis . Harga makanan ok kebersihan gerai pun ok dari segi rasa lauk-pauknya sedap..
Ini ialah lauk pilihan hubby sambal cili api dengan ayam tengok la tu berapa banyak cili api memang pedasss sangat tapi sedap dan seperti biasa sambal ikan sardin favorite hubby saya hehe...

Ini pula pilihan Aisyah....sambal tahu dengan suuhun dan ayam gorang memang sedap . Adam dan Adlina makan nasi gorang cina yang sedap juga...

Sup sayur dan fish ball ni pula pilihan saya hmmmm sedap ni..

Giant madu

Sepanjang gerai di Air Hitam ni jual buah Nenas dan yang paling menarik perhatian saya ialah nenas spesis giant dari Sarawak ni . Saiz buahnya besar dan rasanya pun manis sangat..

Adlina pun nak posing sebelah buah nenas ni..


Suami saya letak tangan di atas nenas giant ni untuk tunjukkan betapa besarnya saiz nenas ni . Kami memang terkejut tengok sebab saiz luar biasa nenas-nenas kat Air Hitam ni mesti tanah di kawasan Air Hitam ni subur betul sebab nenas yang memang dah spesis besar menjadi lagi besar bila ditanam di sini . Panjang nenas ni dalam 12-13 inci dan rasa nenas ni sedap sanagt cukup manis..