MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Selasa, 1 Mac 2011

Buah Melaka

Hari untuk minum petang saya buat kuih buah melaka , senang nak bancuh adunan tepungnya dan proses nak masak pun kejap je . Kuih ni favorite anak saya Aisyah dan bila Aisyah tau je saya nak buat kuih buah melaka ni Aisyah dah senyum lebar dan tunggu di dapur tengok saya masak . Sampai masanya saya nak ajar dia pula masak...


BAHAN-BAHAN :

Tepung pulut secukupnya
Air daun pandan secukupnya
Gula melaka
Kelapa parut putih secukupnya
Sedikit garam
Air

CARA-CARA :

  1. Bancuh tepung pulut dan tepung gandum dengan air , gaul sehingga menjadi doh. Masukkan pewarna daun pandan dan uli lagi sampai warna hijau menjadi sekata . Kalau nak lebih sedap, guna air daun pandan yang telah dikisar.
  2. Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.
  3. Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat.
  4. Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.
  5. Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih melaka ni timbul. Sejat dan biarkan seketika.
  6. Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut yang telah dicampur dengan sedikit garam.
  7. Siap untuk dimakan.

Buah melaka yang dah siap hmm sedap ni..

Jumaat, 25 Februari 2011

Cupcake coklat topping peanut butter

Hari ni saya masak cupcake coklat lagi dan kali ni untuk toppingnya saya guna mentega kacang berjalur coklat yang siap dijual . Mudah serta cukup sedap dan saya taburkan sedikit hiasan gula bewarna . Kombinasi yang kek coklat dengan mentega kacang yang sungguh lazat...

Yum yum sedapnya...sekali makan mesti nak lagiiii....

BAHAN-BAHAN :

3 biji telur
1 cawan butter
1 cawan gula castor
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu besar serbuk koko
1/2 cawan susu segar
1 sudu esen vanilla

TOPPING:

Mentega kacang dengan jalur coklat secukupnya
Gula hiasan bewarna

CARA BANCUHAN :

- Dalam bekas yang sesuai masukkan semua telur dan pukul telur sekejap anggaran 2 minit kemudian masukkan gula dan butter . Pukul semua bahan sampai kembang dan fluffy.

- Masukkan susu segar , tepung , vanilla esen dan pukul semua bahan selama 2-3 minit atau sehingga adunan menjadi creamy sebati .

- Masukkan bancuhan ini ke dalam paper cup yang sesuai . Pre-heat oven selama 5 minit dalam suhu 167 darjah celcius . Bila habis semua adunan di masukkan dalam paper cup , boleh la dibakar cupcake ini dalam suhu 170 darjah celcius selama 20 minit atau sampai cake masak .

- Keluarkan cake dan biar sampai betul-betul sejuk sebelum boleh disapu topping .

* Nak tau cake dah masak ialah dengan mencucuk lidi ke dalam aduanan kek itu , kalau lidi yang ditarik keluar dari kek tu bersih maknanya cake dah masak tapi kalau ada tepung yang melekat kiranya belum masak la kek tu so kena la masuk balik dalam oven dan bakar lagi sampai la kek tu masak...

Hmmmm yummy cukup sedap kombinasi kek coklat dengan mentega kacang bercoklat ni . Kejap je habis...

Khamis, 24 Februari 2011

Grill salmon


BAHAN-BAHAN :

3 keping ikan salmon
100gm kacang buncis
1 ketul cauliflower -saiz sederhana
Ubi kentang secukupnya

BAHAN-BAHAN SOS :

1 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan susu segar
1 sudu kecil fresh thyme
1 sudu kecil mustard
1 sudu besar jus lemon-boleh tambah
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam secukup rasa

Boleh ditambah cream jika nak kuah yang lebih pekat serta boleh diubah suai resepi ni ikut citarasa masing-masing . Cara masak sos lebih kurang macam nak masak sos bechamel .

CARA MEMASAKNYA :

1) Bersihkan ikan salmon kemudian gaulkan dengan sedikit garam dan black pepper , perap selama 1 jam . Kemudian panaskan grill pan dengan sedikit minyak zaiton dan grill ikan salmon sampai masak. Bila ikan dah masak boleh digrill ubi kentang pula sampai lembut serta masak.

2) Potong semua sayur mengikut cita rasa sendiri dan kukus sayur sekejap saja supaya tidak over cook sebab nanti sayur jadi terlalu lembut dan lembik.
3) Panas kan satu sudu besar butter dan masukkan tepung gandum kemudian kacau tepung gandum ni sampai bertukar warna kekuningan .Kemudian terus masukkan susu ,thyme , mustard , serbuk lada hitam dan kacau kuah sampai sehingga mendidih.
4) Bila kuah mula mendidih masukkan garam dan jus lemon jika suka lebih masam masukkan lagi jus lemon. Biarkan kuah mendidih dan masak , boleh la ditutup api. Menu ni lebih sedap jika makan sewaktu masih panas.

Rabu, 23 Februari 2011

Chocolate chips cookies

Pagi tadi sempat saya masak chocolate chips cookies ni dan resepinya saya dapat dari web Joy of Baking.com , resepi simple dan mudah nak dibancuh adunannya . Dalam resepi asal diguna white chocolate chips tapi saya guna chocolate chips biasa . klik di LINK ni untuk ke resepi asal..

BAHAN-BAHAN :
113gm mentega
105gm gula perang(brown sugar)
50gm gula
1 biji telur
1 camca teh esen vanilla
130gm tepung gandum
30gm serbuk koko
1/2 sudu teh serbuk baking powder
1/2 sudu teh baking soda
260gm chocolate chips

CARA MEMBUATNYA :

Satukan mentega dan gula dalam mangkuk, pukul hingga kembang lebih kurang dalam 4-5 minit. Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul adunan sampai sebati .

Ayak tepung bersama serbuk koko , baking powder dan baking soda . Kemudian masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega dengan telur tadi kemudian masukkan chocolate chips serta gaul lagi .

Guna sudu untuk susun adunan cookies ni di atas dulang pembakar . Bakar dalam oven pada suhu 170`C selama 10-15 minit atau sehingga cookies masak . Sejukkan cookies atas jaringan. Simpan dalam bekas kedap udara...

Selasa, 22 Februari 2011

Masam manis ikan lidah

Ikan lidah memang unik rupanya kan dan saya dah lama nak cuba masak ikan lidah ni sebab nak tau macam mana rasa ikan lidah ni . Bila ke pasar malam memang mesti jumpa ikan lidah yang dijual oleh peniaga ikan yang datang dari Kuala Selangor . Ikan ni saiznya kecil saja dan macam ikan sebelah juga bentuknya so sangat mudah nak dibersihkan hanya perlu dibuang sisik kemudian saya terus potong kepala dan isi perutnya . Saya potong ikan di menjadi beberapa bahagian dan digaul dengan garam serta kunyit . Ikan ini sedap digoreng garing atau boleh dimasak sweet sour . Rasa ikan lidah ni macam ikan siakap so memang sedap .


BAHAN-BAHAN:

6 ekor ikan lidah - dibersihkan
2 biji cili capsicum ( warna merah dan kuning)
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 cm halia
2 biji tomato
1 tin nenas dalam tin- boleh juga guna yang fresh.

BAHAN-BAHAN SOS:

4 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos plum
Sedikit minyak bijan
Air nenas dalam tin
Garam dan gula secukup rasa-bila perlu saja

Boleh dibancuh 1 sudu kecil tepung jagung dengan sedikit air dan dimasukkan dalam adunan sos untuk bagi sos jadi pekat

CARA MEMASAK :
* Ikan lidah dibersihkan dan dipotong kemudian letakkan garam dan kunyit atau keringkan ikan dengan tisu dapur kemudian selaputkan ikan dengan tepung goreng serbaguna . Panaskan minyak secukupnya untuk teknik deep fry dan goreng ikan sehingga garing , gunakan api sederhana supaya ikan tidak hangit.

* Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang,halia dan kacau hinggap terbit bau wangi . Masukkan cili capsicum dan kacau kemudian masukkan tomato dan semua bahan sos terus kacau sambil rasa jika ada terkurang apa-apa bahan boleh ditambah ikut pada cita rasa kita . Kalau nak kuah lebih tambah la sedikit saja air . Boleh juga ditambah daun sup atau daun bawang untuk xtra citarasa dan bau . Bila kuah dah masak terus la dituang ke atas ikan . Seeloknya resepi ini dimakan selepas atau baru di masak baru la sedap ...

Ni la ikan lidah

Ahad, 20 Februari 2011

Ikan bawal emas

Ikan bawal emas ni paling sedap kalau dimasak stail kukus atau dimasak rebus . Kali ni saya bagi resepi yang sangat mudah tapi sangat sedap dan sihat kerana tidak mengunakan minyak untuk menumis atau mengoreng .Ikan bawal emas ni rasanya seperti ikan bawal putih tapi isinya lebih manis seperti ikan terubuk .

Masak rebus ikan bawal emas

BAHAN-BAHAN :

2 ekor ikan bawal emas sederhana besar
1 biji bawang besar-potong 4
2 ulas bawang putih-dititk
5 biji cili api-potong 2 kalu nak pedas ditumbuk hancur
1 inci halia -dipotong nipis
1 batang serai saiz besar-dititik
3 sudu besar sos plum - boleh ditambah ikut selera sendiri
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1sudu kecil sos ikan Thai/nampla
1 setengah cawan air untuk kuah-boleh ditambah

* Jika ditambah air so bahan-bahan lain pun perli ditambah dan jika kurang masin tambah sos nampla lagi . Tambah atau kurang bahan-bahan ikut pada citarasa kita sendiri . Jika nak kuah masam lagi tambah sedikit jus lemon.

CARA MEMASAK :

- Masukkan semua sos tiram,sos plum,minyak bijan ,sos ikan Thai ,bawang yang telah dipotong empat,bawang putih, halia , serai dan air ke dalam periuk serta biar sampai kuah mendidih .

-Masukkan semua ikan bawal emas yang telah dibersihkan serta kacau sekejap . Boleh ditambah sayur seperti bunga kobis atau cendawan . Biarkan kuah memdidih dan ikan masak baru la ditutup api dapur.


Ikan bawal emas