MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Ahad, 15 Mac 2009

BELI BUKU RESEPI LAGI DI SALE MPH

Hari ini pagi-pagi lagi kami sekeluarga dah keluar sebab nak nak pergi berjalan ke beberapa tempat. Destinasi pertama ialah ke SS26 PJ ke sale MPH , saya ni memang pengunjung setia sale MPH sejak 2 tahun sudah. Walaupun tempat dibuat sale tu selalunya panas tapi saya tetap pegi dan jadi lupa pada keadaan panas bila dah rambang dan juling mata (hehheehe) tengok susunan buku yang mengamit saya untuk beli. Harga yang murah dan sederhana serta kualiti buku menyebabkan saya mesti pegi sale gudang MPH ni.Sale selalu up date tentang tarikh sale dengan baca di internet.Selalunya MPH akan buat 3-4 kali sale gudang setahun iaitu bulan Feb atau Mac kemudian masa pertengahan tahun bulan Mei , bulan Ogos dan akhir sekali bulan Nov- December.


Buku-buku yang saya pilih dan belek berkali-kali , saya baca isi kandungan  supaya berbaloi dengan harga yang ditawarkan.Saya selalunya akan senarai dulu apa jenis buku yang saya nak beli untuk memudahkan kerja saya bila nak cari dan pilih buku.


Buku Temting Kuih ini hanya RM 14 , buku Cupcake RM 15 dan buku resepi Italy II pula RM 6.90.Murah la sangat harga lepas diskaun , best betul lepas ni lagi kerap la saya masak resepi baru.

Buku Million Menus ni memang best , resepinya mudah dan ada resepi dalam buku ni sama dengan Nigella demokan dalam program masak dia kat channel Travel & Living.


Keistimewaan buku masak Million Menus adalah pada susunan layout buku ini yang terbahagi kepada 3 bahagian sangat kreatif dan memudahkan pengguna nak pilih resepi , boleh dilihat dalam gambar diatas pada bahagian atas ialah starter , bahagian ke-2 ialah main couse dan bahagian bawah ialah dessert , bestkan.

Sabtu, 14 Mac 2009

IKAN CENCARU BELAH BELAKANG

BAHAN-BAHAN:

1 kilo ikan cencaru - dibersihkan dan belah bahagian belakang.

BAHAN DIBLEND ATAU TUMBUK :

4 biji cili merah
3 bawang merah
2 cm belacan


Bawang merah , cili dan belacan diblend atau tumbuk.


Ikan cencaru dibersihkan dan dibelah belakangnya.Ikan dilumur dengan garam dan kunyit , kemudian disumbat cili blend tadi dibahagian belahan belakang ikan. Jangan masuk terlalu banyak cili dibahagian belakang ikan sebabnya bila mengoreng cili tu akan terkeluar.


Panaskan 2 cawan minyak dan bila minyak sudah panas masukkan ikan seekor demi seekor dengan perlahan-lahan.Gunakan api sederhana semasa mengoreng supaya ikan jangan menjadi hangit.Kulit ikan cencaru yang tebal akan melindungi isinya dari menjadi terlalu garing.


Bila ikan sudah kelihatan garing boleh la diangkat dan ditos dahulu .Ikan sudah masak , sedap sangat.Hanya cara memasak begini saja baru suami saya akan makan ikan cencaru kalau tidak dia tak suka makan ikan cencaru katanya isi ikan cencaru tak manis dan kurang sedap.

Jumaat, 13 Mac 2009

CEMPEDAK GORENG

Cempedak ni buahnya dari kebun bapa mertua saya.Isinya elok dan manis, kalau beli buah cempedak pilih yang wangi itu tandanya buah sudah masak. Jangan guna buah kacukan cempedak nangka kerana isinya tidak begitu manis dan isi buah agak keras.


Bancuhan tepung:

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan air - tuang air sikit demi sedikit semasa membancuh adunan tepung ini , jgn terlalu cair.
Sedikit saja garam
Sedikit serbuk kunyit untuk warna kuning.

*Masukkan buah cempedak dan gaul rata, pastikan bancuhan tepung meliputi buah cempedak ini.

Panaskan 2 cawan minyak dan bila minyak sudah panas masukkan buah cempedak sebijik demi sebiji.Goreng sampai warna bancuhan tepung kekuningan , gunakan api sederhana besar.


Bila dah masak , angkat dan tos dahulu buah cempedak.

SAYUR PUCUK KELEDEK TUMIS AIR

BAHAN-BAHAN:

Seikat sayur pucuk keledek
1 cawan air
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Segenggam ikan bilis
Garam secukup rasa

Sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

Bersihkan dan pucuk keledek di dalam takungan air untuk membersihkan pasir yang terlekat pada daun dan batang pucuk keledek. Potong sayur ikut pada citarasa sendiri.


Tumis bahan tumbuk sampai naik wangi.Kemudian masukkan sayur keledek, garam dan air dan kacau sampai sayur menjadi layu.


Dah pun masak, sayur keledek ini rasanya seperti sayur kangkung cuma lebih manis.Sedap dimakan dengan ikan goreng atau sebarang juadah lain.

Khamis, 12 Mac 2009

MASAK LOMAK CILI API

Menu kegemaran suami saya yang berasal dari Jelebu, N.Sembilan.Kalau nak tengok suami saya berselera makan nasi , masak lah menu masak lemak ini .Hidangan sampingan mesti ada ikan masin dan sambal tempoyak serta petai/buah kerdas. Bila musim buah durian memang ada banyak tempoyak jadi mak mertua selalunya akan tumbuk cili api /garam dan dicampur dengan tempoyak.Kadang-kadang tu mak mertua campurkan tempoyak dalam masak lemak ikan mengantikan asam keping. Masak lemak cili api cara mak mertua saya ialah tidak menggunakan sebarang jenis bawang dan cara memasaknya mudah saja.Masa mula kahwin dulu pelik juga saya tengok mak mertua masak tak guna bawang tapi sekarang ni dah biasa.

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
2 biji kelapa - ambil 2 cawan santan yang pekat dan satu cawan santan cair.
5 batang serai- dititik
5 biji ubi kentang - dipotong ikut pada citarasa.

BAHAN DITUMBUK LUMAT:
10 biji cili api
2 inci kunyit hidup

CARA-CARA MEMASAK :
1) Bersihkan ayam dan masukkan ke dalam periuk atau kuali.Kemudian masukkan bahan tumbuk , serai dan santan cair.Gaul semua bahan dan biarkan sampai kuah mendidih dan ayam separuh masak.
2) Kemudian masukkan santan pekat , garam , ubi kentang dan terus kacau .Biar kuah mendidih dan sampai ubi kentang menjadi empuk.


Ini ialah masak lemak ayam kampung yang mak mertua masak.Kuah dikeringkan dah jadi macam rendang , jika untuk resepi ini tidak perlu ditambah ubi kentang . Memang sedap sebab ayam kampung isinya pejal .

Ini pula masak lemak menggunakan ayam daging dan saya tak letak cili api sebab kalau pedas anak-anak tak mau makan.


Masak lemak cili api ayam tua atau ayam dah pencen tak bertelur.Rasanya lebih kurang macam ayam kampung cuma isi lebih liat jadi perlu direbus dulu ayam nya untuk menjadi empuk.Kalau tak ada ayam kampung , ayam tua lah menjadi pilihan kedua, rasanya lebih kurang saja.

Boleh nampakkan perbezaan dari 3 gambar masak lemak diatas ni kan. Bahan dan cara kita memasak menentukan rasa makanan yang kita masak. Memasak pun sama saja macam apa saja aktiviti yang kita buat mesti ada rasa minat. Macam bila kita masak untuk orang yang kita sayang , perasaan sayang tu menyebabkan kita bersungguh-sungguh nak memastikan makanan kita menjadi dan rasa sedap sangat.
Ok la sebagai post pertama untuk blog baru saya ini, saya nak mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang sudi bertandang ke RESEPI NANNIE.