MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Jumaat, 29 Januari 2010

KARI TELUR


Salam pagi Jumaat

Menu kegemaran saya dari kecil lagi , dulu mak saya memang masak menu kari tiap-tiap hari sebab abah saya hanya berselera makan kalau ada kari . Kadang ada ikan goreng dan menu sayur tumis simple aje pun messti ada , hmmmmm sedap sangat...



Cara masak kari telur ini sama ja macam masak kari ayam , mudah saja cuma telur perlu la direbus dulu dan dikelar-kelar sekelilingnya dan bila kuah kari dah masak dan ubi kentang sudah empuk baru la dimasukkan telur ni serta di biar sekejap saja bila telur dan sebati dengan kuah terus ditutup api dapur.

Khamis, 28 Januari 2010

HMMM SEDAPNYA KUAH DURIAN


Hmmmm sedapnya kuah durian ni , rezeki kami sekeluarga petang semalam . Kak Yati yang datang ke rumah saya bawa kuah durian ni yang dia masak sendiri dan di isi pula dalam tureen yang cantik ni , masa buka tureen ni semerbak bau durian hmmm wangi satu rumah saya memang saya suka bau durian , terima kasih la kak Yati ya .

Hmmmm yummy kuah durian kak Yati masak ni , saya dah makan separuh jalan baru teringat nak ambil gambar la hehe nasib tak habis lagi sempat la saya ambil gambar...hmm cukup lemak duriannya dan manisnya pun cukup semanis kak Yati juga yang cun ...kalau tak takkan la Adam dok ikut saja ke mana kak Yati pegi hehee...

Saya pun suka juga masak kuah durian ni dan memang sedap kalau makan dengan roti atau dengan roti jala , nak masaknya mudah saja . Saya bagi resepi yang saya belajar dari mak saya .


RESEPI KUAH DURIAN

15 ulas buah durian
3 cawan santan pekat
1-2helai daun pandan
Gula secukup rasa ikut citarasa masing-masing la ya
Secubit garam

CARA MEMASAK :

Satukan semua bahan dalam periuk dan kacau kemudian masak sehingga kuah durian ini menjadi pekat . Cuba rasa gulanya jika kurang boleh la ditambah , sedikit garam di masukkan dalam kuah ini bagi timbul rasa lemak manis buah durian ini . Nak masak kuah durian ni ikut pada citarasa sendiri sebenarnya kalau tak suka kuah terlalu pekat tambah la sedikit air .

Jika suka banyak durian boleh la ditambah lagi durian ikut la pada cita rasa masing-masing.


Tengok la tu Adam dan Adlina tengah sedap makan kuah durian dengan roti , Adlina bertambah la makan kuah durian ni hmmm yummmy Adlina cakap sedap...


Hmmm sedap la tu Adlina makan..


Sedap tu Adam makan kuah durian..

Rabu, 27 Januari 2010

AYAM PANGGANG BERSAMA SALAD


Salam pagi Rabu

Roast chicken ni saya masak untuk dinner semalam , masa tengaharinya saya dah peram dan simpan dalam fridge bila dah petang dalam pukul 6 lebih tu saya terus bakar , bila ayam separuh masak baru saya masukkan ubi kentang yang saya perap lebih awal juga . Sebelum makan baru saya buat saladnya . Menu yang paling mudah dan sangat mengenyangkan . Resepi untuk ayam panggang ni sama saja macam yang saya ada bagi dalam n3 yang lepas .



Salad kobis cina yang jadi favorite anak-anak saya...



Ubi kentang panggang hmmm yummy...

Selasa, 26 Januari 2010

AYAM GORENG LADA HITAM


Selamat pagi Selasa

Hmmm dah lama juga saya tak masukkan n3 dalam blog masak saya ni ye , apsgi ni baru berkesempatan , semalam memang saya agak sibuk sebab saya baru buat blog baru jom la singgah klik saja pada nama kedai saya ni KEDAI NANNIE dan semua pengunjung boleh terus ke sana .


Ayam ni saya perap dulu semalaman dengan beberapa bahan dan kemudian baru saya tumis dengan lada hitam dan bahan-bahan lain . Nanti saya bagi resepinya ya..tunggu...

Jumaat, 22 Januari 2010

KARI IKAN DURI


Selalunya menu kat rumah saya ni masak lemak cili api , masak kicap atau sup tapi sekali - sekala saya nak makan kari juga bila dapat tu sedap sangat la . Sebelum ni ikan duri memang tak masuk dalam senarai ikan yang selalu saya masak sebabnya saya memang tak pernah makan ikan duri semenjak kecil lagi . Bila dah hidup sendiri dan berkahwin baru la saya pandai ke pasar dan macam-macam jenis ikan saya tau tambahan suami saya memang tahu nama banyak jenis ikan .

Ikan duri ni rupanya macam ikan baung cuma bentuk badannya lain sikit . Ada kawan saya cakap ikan duri ni sedap dimasak asam pedas . Masa saya balik ke utara dulu kami sekeluarga ada singgah ke sebuah kedai makan di Bagan Serai . Di kedai makan ni la saya cuba makan ikan duri masak kari ni hmmmm memang sedap rupanya isi ikan duri ni rasa macam ikan senangin dan kat bahagian kepala yang best tu...

So , masa saya pegi ke jeti nelayan Sungai Yu memang ada banyak ikan duri ni baru dibawa naik dari bot nelayan . Harganya pula punya la murah saya pun beli la 2 ekor fresh sangat . Cara nak masak kari ni masih macam kari biasa bawang merah + bawang putih , halba campur , daun kari , serbuk kari Babas dan santan pekat serta boleh juga diletak kacang bendi dan terung hmmmm sedapnya.....



BAHAN-BAHAN :

1 ekor ikan duri ( anggaran berat 1 kilo )
10 biji kacang bendi
2 cawan santan pekat
Garam dan asam jawa secukup rasa


BAHAN-BAHAN UNTUK TUMISAN :

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil halba campur
4 ranting daun kari

* Kalau nak kari kita masak ni pedas sikit boleh juga ditumis bersama 1 sudu kecil cili kering yang dikisar .

CARA MEMASAK :

Bersihkan ikan dan dipotong ke beberapa bahagian kecil . Kupas semua bawang dan dimayang halus . Potong bahagian hujung dan pangkal bendi jika panjang boleh la dipotong 2 kacang bendi ini .

Panaskan minyak untuk menumis dan tumiskan semua bawang bersama halba campur dan daun kari . Bila bawang dah layu dan wangi boleh la dimasukkan rempah kari dan air asam jawa . Kacau dan biarkan semua bahan mendidih dan rempah kari ini masak .

Bila rempah sudah masak boleh la dimasukkan semua santan serta garam kacau kuah dan biarkan sampai kuah mendidih kemudian boleh la dimasukkan semua ikan duri ini dan kacau sekejap . Jika kuah terlalu pekat atau sedikit boleh la ditambahkan sedikit air lagi.

Biarkan kuah mendidih dan ikan masak kemudian boleh dimasukkan semua kacang bendi dan biarkan seketika . Rasa garam jika kurang masin boleh la ditambah kemudian terus tutup dapur api . Tutup periuk dan biarkan kacang bendi masak didalam wap panas kari ini .



Kari ikan duri

TEMPE GORENG KICAP


Salam pagi Jumaat


Saya memang jarang masak menu tempe selalunya saya guna tempe kalau masak kuah lodeh dan kalau saya goreng sambal ikan bilis bertempe . Kali ni saya goreng kicap saja so anak-anak boleh makan sama . Rencahnya ialah ikan bilis ditumbuk lumat bersama bawang merah dan bawang putih yang saya tumis sampai wangi lepas tu saya masukkan cili merah , sos tiram dan kicap la . Tempenya saya goreng garing dulu dan saya masukkan sekali suuhun dan fuucuk yang direndam kembang . Proses masak pun sekejap menu macam ni kalau dirata macam tu saja pun sedap juga.