MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Selasa, 17 Mac 2009

KELAS BUAT ROTI

Hari ini dari pukul 10 pagi sampai pukul 6 petang saya berada di kelas belajar buat roti. Memang best dan ini merupakan pengalaman pertama bagi saya yang tak pernah masuk apa-apa kelas memasak. Malah sebelum ini saya tak tau yang adanya kelas belajar memasak yang dekat sangat dengan rumah saya , mungkin dulu dunia saya hanya pegi kerja awal pagi dan bila balik pada waktu petang lepas ambil anak di nurseri terus balik ke rumah. Terlalu sibuk dan penat bekerja sebagai cikgu sebelum ini memyebabkan saya tak berminat dengan apa-apa aktiviti yang memerlukan saya menghabiskan masa berjam-jam di luar rumah. Tapi semenjak menjadi suri rumah dan anak-anak semakin besar , saya mula memikirkan aktiviti-aktiviti yang dulu saya teringin sangat nak buat macam masuk kelas membuat roti ini. Memang best dan berbaloi ilmu yang saya pelajari hari ini. Tambahan lagi anak-anak dan suami suka sangat makan roti dan pastry.Lepas ini makin rajin la saya masak dan cuba buat roti sendiri. Saya belajar buat roti ni sebab kami sekeluarga memang suka makan roti.


Doh roti yang saya dan peserta lain buat bersama.


Salah satu dari teknik roti yang saya belajar masa di kelas membuat roti.


Ini ialah semua roti yang saya belajar sepanjang hari ini. Memang penat tapi best terutama bila bau roti yang baru masak , wangi betul dan dapat makan roti yang baru masak , hmmm yummy. Rasa dan texture roti ini lembut macam roti yang di jual di Bakery Bread Story atau La Boheme , Jaya Jusco. Dari pemerhatian saya, yang paling penting sekali untuk mendapat roti yang sedap ialah bahan , cara dan teknik membuat roti serta mesin pengadun roti heavy duty dan berkualiti kalau tidak tak menjadi roti yang kita buat. Proses menguli doh yang lama dan membiarkan doh ini rehat adalah antara cara lain yang saya belajar untuk mendapat hasil roti yang lembut , gebu dan sedap.


Dua orang anak saya ini yang terkejut dan seronok sangat bila saya buka kotak kek yang penuh dengan pelbagai roti . Aisyah dan Adlina jadi rambang mata tengok semua roti ini dan tak tau nak pilih mana satu untuk dimakan , hehehehe.Suami saya pula senyum saja tengok roti-roti ini sambil dia makan roti kegemaran dia iaitu Mexican bun atau roti kopi. Makan malam kami tadi ialah roti la , alhamdulliah sedap betul.

4 ulasan:

  1. macam mana nak buat doh roti tu??

    BalasPadam
  2. xnak share ke resipinya?? belajar kat ner kak?

    BalasPadam
  3. kat mana belajar buat roti 2.dah lama cari tempat nak belajar

    BalasPadam
  4. kat mana u belajar ni? adakah di aniz bakery?

    BalasPadam