MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Rabu, 25 Mac 2009

RENDANG AYAM

Pagi tadi tiba-tiba pula rasa teringin nak makan rendang ayam pulak, saya pun terus keluarkan ayam dari frezzer dan cari bahan-bahan asas lain untuk membuat rendang. Daun limau purut memang saya tak simpan stok di rumah so saya pegi la ke kedai jap beli. Bila baby Adam tidur saya pun mula la proses masak rendang ni .

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam
1 biji kelapa ( ambil 2 cawan santan pekat)
1 tangkai daun limau purut
1 helai daun kunyit
1 peket kerisih / 5 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR :

15 biji cili kering
5 biji bawang merah
2ulas bawang putih
2 batang serai di racik nipis
5 cm halia
7 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup


Bahan-bahan dikisar halus. Semua bahan perlu la dipotong nipis-nipis untuk memudahkan proses mengkisar.Cili kering direbus supaya menjadi kembang dan toskan airnya dulu.


Masukkan ayam dan bahan kisar dahulu ke dalam kuali dan kacau supaya menjadi mesra dan biarkan mendidih seketika. Kemudian masukkan santan pekat dan kacau lagi bila ayam sudah separuh masak masukkan daun limau purut yang dicarik-carik , daun kunyit yang dipotong nipis , kerisik , garam dan terus mengacau supaya semua bahan sama rata.Biarkan kuah mendidih dan terus mengacau dan balik-balikkan ayam supaya masak sama rata.Kuah akan jadi banyak sedikit sebab ayam akan mengeluarkan airnya. Bila kuah sudah semakin pekat dan hampir kering terus la mengacau lagi rendang ayam ini supaya tak menjadi hangit dibahagian pemukaaan dalam kuali. Sebaiknya gunakan kuali non stick sebab mudah untuk mengacau , kuah dan ayam pun tak mudah hangit.


Kalau nak lebih kuah tak perlu biarkan ayam masak terlalu lama. Saya suka rendang yang agak kering.

Dah pun siap rendang yang amat mudah untuk dimasak ini.Hmmm sedap dimakan bersama nasi sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan