MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Khamis, 19 November 2009

IKAN MASAK TAUCU


Masak taucu ni memang sedap kena pulak guna ikan bawal , tenggiri , ikan jenahak/merah atau ikan kembong tapi saya rasa la ikan jenis apa pun memang sedap dimasak resepi taucu ni . Selalunya saya suka guna ikan kembong untuk masak taucu tapi kali ni saya cuba ikan selar pulak , sedap juga ikan selar ni dan anak-anak serta suami berselera la makan nasi . Rasanya saya dah ada masuk resepi ikan taucu ni dalam entry yang lepas...sesiapa yang nak cuba kena semak balik la kat label resepi saya....

Masa saya nak ambil gambar ini , Adam pun nak intefrem hehe nampakkan Adam nak sentuh ikan selar ni . Adam sekarang ni tengah seronok merasa semua jenis flavour , dia dah mula nak makan semua jenis masakan , semalam Adam makan laksa yang agak pedas dan dia tahan pulak tu hehehee...


Ikan selar masak taucu


Bawang putih/merah/halia dan bawang besar yang dah di tumis layu , kemudian saya masukkan taucu(2 peket) dan juga tomato kemudian saya masukkan sedikit asam jawa atau boleh dimasukkan cuka ( saya tak guna cuka) . Bila dah goreng taucu sekejap saya masukkan air secukupnya dan biar kuah mendidih sebelum saya masuk semua ikan dan kacau semua bahan bagi sebati dan saya terus tutup api dapur , dah pun masak.

*Tak perlu masukkan garam dalam kuah sebab taucu dah cukup masin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan