MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Khamis, 19 November 2009

TAUGEH MASAK LEMAK PUTIH


Menu taugeh ni saya masak semalam untuk lunch hari ni baru saya masukkan gambarnya dalam blog . Kadang-kadang saya suka masak lemak taugeh ni sebab nak amsaknya senang dan sedap . Saya pun masukkan sekali tauhu goreng dalam masak lemak taugeh ni memang lagi sedap dan saya guna ikan bilis sebagai perencah tambahan .
Taugeh masak lemak putih

BAHAN-BAHAN:

50 sen taugeh
1 ikat kucai
3 biji tauhu - dipotong kecil dan digoreng dulu
1 cawan santan pekat
Sedikit ikan bilis
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit air
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

Bersihkan semua taugeh dan kucai kemudian potong kucai . Kupas semua bawang dan dimayang nipis dan basuh ikan bilis . Tauhu di potong kecil dan digoreng sampai masak.

Masukkan santan , semua bawang dan ikan bilis ke dalam periuk yang sesuai kemudian masak kuah santan ni sampai mendidih . Kacau kuah sekali -sekala supaya tak pecah minyak , bila kuah santan dah masak boleh la di masukkan semua sayur kucai dan taugeh serta tauhu yang telah di goreng dulu .

Masukkan garam secukup rasa , kacau sayur sehingga masak dan jangan over cook taugeh ni nanti jadi lembik dan tak sedap di makan pulak nanti . Bila taugeh dah sedikit layu boleh la ditutup api dapur , dah pun masak.


Hmmm sedapnya makan taugeh masak lemak ni dengan nasi dan sambal belancan serta ikan goreng...menu yang simple tapi cukup menyelerakan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan