MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Selasa, 29 Jun 2010

KARI IKAN KEMBONG


Semalam masa dipasar malam ada ikan kembong fresh dari Kuala Selangor , ikan kembong fresh ni memang sedap terasa manis isinya dan sedap dimasak resepi apa saja . Saya beli sekilo ikan kembong ni dan hari ni saya masak kari la tapi untuk kuahnya saya tak guna santan pekat tapi saya guna yogurt low fat dan rasa kari ni masih sedap cuma kurang berlemak macam selalu serta lebih baik untuk kesihatan .

BAHAN-BAHAN:
6-7 ekor ikan kembong sederhana besar
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1/2 sudu halba campur
1 peket rempah kari ikan
1 cawan yogurt plain
1-2 cawan air
8 biji kacang bendi
Garam dan air asam jawa secukup rasa

* Bawang merah dan bawang putih dimayang halus

CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumis semua bawang bersama halba campur serta daun kari.
-Letakkan rempah kari di dalam mangkuk kecil dan campurkan sedikit air kemudian tumis di dalam periuk. Rempah kari mesti sentiasa dikacau supaya tidak menjadi hangit. Biarkan rempah masak dan terbit minyak.

-Bila rempah sudah masak boleh la dimasukkan sedikit air dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra. Biar mendidih sedikit dan boleh la dimasukkan air serta yogurt dan kacau sebentar bila kuah dah nak mendidih masukkan semua ikan kembong tadi dan garam kemudian kacau . Biarkan seketika sehingga kuah mendidih kemudian rasa garam dan masam kuah supaya sesuai dengan selera. Jika kurang masam tambah la air asam jawa.

-Bila ikan sudah masak boleh la dimasukkan semua kacang bendi dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra biarkan kuah mendidih seketika dan boleh la ditutup api dapur .Tutup periuk dengan tudung periuk supaya kacang bendi terus masak didalam wap panas kuah kari. Saya suka masak kacang bendi begini supaya tidak menjadi terlalu masak dan kacang bendi boleh menjadi lembek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan