MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Selasa, 7 September 2010

CORNFLAKES MADU


Satu lagi jenis biskut atau cookies yang jadi favorite anak-anak saya sebab tu tiap-tiap tahun saya mesti buat , kali ni saya cuba resepi dari blog kak Inahar Ali pula dan hasilnya memang sedap..

BAHAN-BAHAN A :

110 grm cornflakes
50 grm mix fruits
50 grm kepinggan kacang almond


BAHAN B :

110 grm butter
90 gula
5 sudu besar madu

*Ikut pada kreativiti masing-masing untuk hias cornflakes madu ini..

CARA-CARA :

Satukan semua bahan B ke dalam kuali dan masak dengan api yang kecil serta kacau semua bahan-bahan sehingga cair dan mesra.

Masukkan semua bahan A ke dalam kuali yang ada bahan B tadi dan gaul semua bahan sehingga sebati dan sama rata.

Masukkan cornflakes madu ni ke dalam paper cup kecil dan susun dalam tray pembakar . Panaskan oven pada suhu 175`C selama 5 minit kemudian bakar cornflakes madu ni selama 7-10 minit .

Keluarkan cornflakes madu ni dari oven dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara .

2 ulasan:

  1. me baru 1st time nak try buat ni..sbb me suka mkn cornflake madu ni..

    BalasPadam