MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Sabtu, 25 September 2010

Tumis labu air

Lama betul saya tak berblog yaa cuti sakan saya kali ni dan hari ni baru saya nak masuk n3 baru . Saya masak resepi yang simple lagi , mudah dan sedap macam resepi labu air tumis air bersama suun+fucuk ni.
BAHAN-BAHAN :
2 biji buah labu air- di kupas kulit luar yang keras dan dipotong
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis-dibasuh
1 batang serai -dititik
2 peket campuran suun+fucuk
1 sudu besar sos tiram
air secukupnya
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang sampai menjadi layu , kemudian masukkan semua ikan bilis dan kacau sehingga terbit bau wangi , kacau semua bahan seterus boleh la dimasukkan semua air dan serai . Masukkan sos tiram dan semua labu air dan kacau semua bahan bila labu hampir masak baru la di masukkan suuhun+fucuk .
- Masukkan garam secukup rasa. Kacau sayur labu ni dan bila fucuk dah masak boleh la ditutup api dapur.

Ni la labu air

2 ulasan:

  1. lamanya tak makan lauk cenggini... sedap nih..makan ngan sambal pulak dengan nasi panas2..fuuhh layann

    BalasPadam
  2. hmmm mmg sedap makan dgn sambal

    BalasPadam