MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Khamis, 14 April 2011

Bubur biji nangka dengan keledek

Petang ni saya masak bubur biji nangka yang dicampur dengan keledek , bubur memang favorite anak-anak saya cuma saya jarang masak bubur sebab kuahnya banyak gula so masak sekali-sekala boleh la . Mula-mula tu saya ingat nak buat kuih badak berendam tapi memikirkan proses nak buat intinya tu dan nak dikukus pula so saya cancel je dan ganti dengan bubur biji nangka yang sedapppp ni...

BAHAN-BAHAN :

BAHAN A
2 cawan tepung pulut
1 biji keledek saiz sedang-sedang je
Air secukupnya
Pewarna makanan pilihan

BAHAN B
Gula pasir secukupnya-ikut citarasa masing-masing
3-4 cawan santan kelapa-boleh ditambah
Secubit garam
2 helai daun pandan
3 biji bunga cengkih-bagi bau harum

CARA MEMASAK :

Gaul semua bahan A dan uli menjadi doh kemudian uli menjadi bentuk biji nangka atau uli jadi bentuk bulat . Rebus air dalam periuk sehingga mendidih . Masukkan adunan tepung yang sudah dibentuk menjadi bentuk nangka tadi . Bila adunan timbul di pemukaan air bermakna dah masak so boleh diangkat dan tos sekejap .

Bersih ubi keledek dan potong menjadi ketulan kecil. Masukkan santan yang secukupnya dalam periuk bersama buah cengkih , daun pandan dan ubi keledek tadi , masak kuah sehingga ubi keledek empuk . Masukkan gula pasir secukupnya serta masukkan secubit-dua garam . Akhir sekali masukkan biji nangka bewarna-warni dan kacau semua bahan bagi cukup mesra . Rasa gula jika kurang manis boleh la ditambah lagi .Bila dah masak boleh la ditutup api dapur .

Bubur biji nangka yang bewarna-warni dengan ubi keledek ni memang sedap dan mudah nak dimasak...

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak nannie,
    cantiknya biji nangka..kalerful..anak2 mesti suka..set pinggan tu pon cantik laa...hhihi

    BalasPadam
  2. lawanyer...kalerpun lagik...meh semangkuk..tingin la plak !! hehe

    BalasPadam
  3. wlksm norul,
    hehehehe bestkan boleh pilih nak buat color apa pun betul anak2 suka , thanks set pinggan ni biasa2 je tapi akak mmg suka sbb coraknya sweetkan

    BalasPadam
  4. to k Noorma,
    bab pilih color yg suka bila buat bubur ni hehehe biar kalerpul sbb baru anak2 suka2 nk maakan heheheh , meh la singgah rumah kak blh kita minum tea sambil makan bubur ni hehehe

    BalasPadam