MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Ahad, 22 Ogos 2010

Menu berbuka


Ini la menu berbuka kami semalam tauhu goreng , ikan nyok-nyok masak lemak cili api , terung telunjuk tumis telur dan taugeh kasar goreng kicap serta buah cempedak syukur alhamdulillah...


Tauhu ni dipanggil tauhu kotak , texture isi tauhu ni lebih lembut dan rasanya sangat sedap . Saya selalu beli tauhu ni awal pagi bila ke pasar sebab baru sampai dari pembekal dan masih fresh . Saya hanya goreng begitu saja dan dimakand engan sos cili Thai yum yum..



Buah cempedak nangka ni bapa mertua yang bagi dan semalam baru masak , harum semerbak satu rumah dengan bau cempedak ni . Saya tak goreng hanya makan macam tu saja sedap sangat..

Jumaat, 20 Ogos 2010

CUPCAKE COKLAT



BAHAN-BAHAN:

1 cawan butter-suhu bilik
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
3 sudu besar serbuk koko
3/4 cawan susu
100grm cokolat chip

CARA MEMASAK:

1)Ayak tepung bersama serbuk koko dan ketepikan dulu . Pukul gula , telur dengan butter sampai kembang kemudian masukkan esen vanilla , susu dan tepung . Pukul lagi adunan ni untuk lagi 2 minit dan masukkan cokolat chip tadi , dengan mengunakan senduk kacau semua adunan supaya menjadi mesra .
2)Bila dah siap adunan boleh la dimasukkan ke dalam bekas cup cake dan bakar dalam oven selama 20 minit dengan suhu 160' selsius atau sehingga kek masak .
**Panaskan oven dulu selama 5 minit dgn suhu 160' selsius

Adunan kek yang dah sedia untuk masuk oven..

BERBUKA PUASA BERSAMA FAMILI


..Riangnya hati bila dapat berkumpul bersama famili..
Saya dan kakak-kakak selalu berjumpa serta berkumpul bersama boleh di katakan sebulan atau 2 bulan sekali kami mesti buat family gathering . Bila dah jumpa tu memang macam-macam cerita dan perkara la nak di buat sama . Kami memang close sangat dan pada saya kakak-kakak saya adalah individu yang sangat penting dalam hidup saya ni . Mereka sentiasa berada bersama saya pada waktu happy , senang atau masa saya susah serta sedih . Tambahan lagi saya ni memang adik bongsu yang manja dengan kakak-kakak dan abang hehehe .
Kenangan lama kehidupan kami sekeluarga bersama arwah mak serta arwah abah dulu sentiasa saya ingat walaupun kini dah tinggal kenangan tapi kenangan yang terindah dalam hidup saya ni .Mak dan abah mendidik dan membesarkan kami semua dengan penuh kasih sayang dan kami hidup dalam keadaan penuh kesederhanaan . Anak-anak saya pun memang close dengan sepupu mereka kalau jumpa tu memang susah nak berpisah hehehe...
So semalam turn family gathering di rumah Kak Ija pula dan saya ada bawa beberapa masakan yang saya dah amsak dirumah dulu . Kak Amy pun bawa juga pot luck dari rumah . Family gathering kami semalam best sangat insyallah sebelum raya kami akan berkumpul lagi...
Hidangan yang simple tapi sedap-sedap semuanya..

Masa ni baru nak berbuka tengok la tu hubby saya senyum saja hehe


Syukur alhamdulillah sedapnya..


Anak-anak saya dengan cousin mereka Azril sambung makan bubur lambuk dan kek pisang pula . Lepas tu sambung main lagi..

MEE GORENG TOMYAM



BAHAN-BAHAN :
1 peket mee
8 ekor sotong , dibersihkan
2 keping kepingan burger ayam - dipotong
1 cawan isi ayam
2 pokok sawi - cuci bersih
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
5 biji cili kering-direndam dlm air panas
1 biji telur
1 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap manis
6 camca besar pes tomyam - boleh ditambah

Boleh ditambah kicap - ikut pada citarasa masing-masing.

CARA MEMASAK :

Kisar hancur semua bawang dengan cili kering . Bersihkan sotong dan dipotong kecil-kecil . Bersih kan sayur sawi dan potong ikut pada citarasa . Kepingan burger dipotong kecil-kecil .

Dalam kuali panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar dan sampai cili cukup masak .Masukkan daging ayam, sotong dan kepingan burger sampai masak , kemudian masukkan semua telur dan kacau semua bahan bagi sekata .

Masukkan sos tiram , sos cili , pes tomyam dan kicap manis dan gaul . Masukkan sawi dan mee serta terus kacau sehingga semua bahan sekata kemudian masukkan garam secukup rasa . Jika masih ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada citarasa masing-masing.

Boleh la ditutup api dapur bila mee dah masak .

KEK PISANG


Kek pisang ni dimasak oleh kakak saya dan memang sedap sangat . Kak Amy memang pandai memasak especially resepi western dan saya banyak juga belajar serta dapat resepi menu western dair kak Amy .
Kek ni kak Amy masak untuk family gathering kami semalam...
Kek pisang kak Amy..

Saya bagi resepi kek pisang ni yang saya copy dari facebook kak Amy , selamat mencuba.

Use cup or mug (for all measurements)
One cup enough to make a tray of 6"x6"
I always make 2 cups

Banana Cake

Bowl A mix all ingredients together
1 cup of flour
1 cup of sugar
1 cup of banana (mashed)
1 tsp bicarbonate soda
1 tsp vanilla essense
1 tsp salt

Bowl B (stir slowly)
1/2 cup olive oil
2 eggs

Mix bowl B to bowl A (do not beat but fold slowly until mixed)
Butter tray
Bake in oven for 45 mins at 180 deg

For carrot cake topping beat philadelphia cheese with icing sugar (I dont put sugar) and spread on top of cake (after cooling the cake).

Good luck.

SAMBAL IKAN


Menu sambal ikan ni memang kegemaran saya dan kakak-kakak , seingat saya dulu arwah mak saya memang selalu masak menu ikan sambal ni sebab tu sampai sekarang sekali sekala bila teringin nak makan saya mesti masak sambal ikan .
Seawal umur 12 tahun lagi saya sudah dilatih oleh mak untuk menolong beliau di dapur lagi dan menu sambal ikan ni lah masakan pertama yang diajar oleh mak saya . Masa tu sebelah tangan mak saya tak berfungsi dengan elok selepas dia diserang penyakit strok yang agak teruk . Jadi saya lah yang banyak bantu mak di dapur sebab kakak-kakak dah bekerja dan tak tinggal sekali dengan kami . Saya pula memang suka nak cuba memasak walaupun masa tu masih budak lagi . Rupa-rupanya memang diri saya ni minat sangat memasak sampai la ke hari ni dan segala tunjuk ajar arwah mak saya guna sekarang ni . Bila bulan puasa ni saya selalu teringat pada arwah mak saya yang memang mahir memasak dan segala masakannya memang sedap sanagt especially kari , sebak rasa hati tapi saya perlu la terima hakikat yang arwah mak dah lama meninggalkan saya tapi kenangan , peluk cium dan kasih sayang mak akan saya ingat sampai ke hujung hayat ni... moga roh mak sentiasa dicucuri rahmat...
Ok la ni pula gambar sambal ikan yang saya masak semalam untuk family gathering dekat rumah kakak saya .

Bahan-bahannya:-

1 kilo ikan kembong segar
Sedikit air asam jawa
1-2 biji bawang besar - dipotong membulat
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk mengoreng ikan dan menumis

Bahan-bahan dikisar :-

12 biji cili kering
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 inci belacan

Kalau nak pedas boleh ditambah lagi cili kering

Cara memasaknya:-

1.Bersihkan ikan kembong dan dilumur dengan garam serta kunyit kemudian digoreng sehingga masak dan sedikit garing .

2.Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.Kemudian masukkan air asam jawa , bawang besar dan gula ,sekali sekala kacau semua bahan . Selalunya saya akan masukkan 2 sudu besar gula dalam sambal ikan ni untuk bagi seimbang rasa pedas dari cili kering .

3.Bila sambal dah masak serta pecah minyak baru la boleh dimasukkan ikan serta garam dan kacau rata.Rasa garam jika kurang boleh ditambah dan gaul semua bahan supaya menjadi sekata dan boleh la ditutup api dapur.