MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Selasa, 28 September 2010

Masam manis kepingan ikan


BAHAN-BAHAN :

4 fillet ikan - dipotong kepada kepingan kecil
3 sudu tepung beras*
1 sudu tepung gandum*
sedikit serbuk lada hitam*
1 biji bawang besar - dipotong membulat
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 biji cili capsicum merah-dipotong kecil
1/2 sudu kecil tepung jagung-utk pekatkan kuah

*Satukan semua tepung dan serbuk lada hitan serta digaul rata

Bahan sos :

2 biji tomato-masak ranum- dipotong kecil-kecil
4 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil sos sotong-nampla
1/2 cawan air - kalau kurang tambah la lagi
Garam dan gula secukup rasa

* Rasa sos jika ada bahan yang terkurang boleh ditambah lagi . Tak perlu ditambah garam atau gula sebab semua bahan untuk sos dah cukup denagn semua perisa .

CARA MEMASAK :

- Bersihkan semua ikan dan ditos , satukan semua bahan tepung kemudian ambil isi ikan ni gaul dengan adunan tepung tadi . Panaskan minyak secukupnya untuk deep fry kemudian goreng semua fillet ikans ehingga masak serta sedikit garing . Angkat fillet ikan dan tos kemudian susun dalam pinggan yang sesuai.

- Kupas semua bawang dan halia kemudian dimayang halus. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang dan halia , kacau serta biar sampai bawang layu. Masukkan cili capsicum dan buah tomato serta kacau sekejap . Masukkan semua air , semua sos dan kacau bagi semua bahan mesra . Bancuh tepung jagung dengans edikit air dan tuang ke dalam kuah tadi dan kacau pelahan samapi kuah jadi pekat .

-Bila kuah dah mendidih dan masak tuang semua kuah ni ke atas fillet ikan yang sudah digoreng tadi , dah pun siap resepi yang sangat mudah..


Kepingan ikan yang telah digoreng dan diketepikan dulu

Isnin, 27 September 2010

PANCAKE

Pancake ni pun favorite anak-anak dan selalunya saya beli pancake mix yang ada dijual di hypermarket . Balik rumah saya bancuh mengikut arahan di kotak . Sangat senang dan hasilnya pun sangat sedap . Bila masak tu saya biarkan pancake ni sedikit garing baru la sedap dimakan dengan apa saja manisan yang anak-anak suka macam madu , jem strawberi dan butter...


Pancake yang dimakan dengan butter, jam strawberi dan madu..

Ahad, 26 September 2010

SARAPAN PAGI NI..

Pagi ni saya masak menu sarapan yang ringkas tapi sangat sedap dan berkhasiat . Dalam masa 20 semuanya dah siap terhidang di meja makan...

Sardin dengan sramble eggs yang sangat enak dimakan dengan roti . Sramble eggs memang favorite anak-anak sementara hubby pengemar ikan sardin...



Saya pula suka makan sramble egg yang dicampur dengan extra bawang besar dan xtra telur putih lepas tu dimakan pula dengan roti sprout/penuh bijirin , romaine lettuce . Memang sedap dan berkhasiat..

AGAR-AGAR KERING


Agar-agar kering

Dah lama saya tak jumpa manisan agar-agar kering atau candy tradisi melayu kita ni . Salah satu sebabnya sekarang ni dah ramai orang tak buat manisan ni . Dulu agar-agar kering ni adalah makanan manis yang mesti ada masa sambutan raya...

Masa saya kecil sekitar tahun 1981-84 dan tinggal di Taiping saya pernah tengok makcik di kejiranan tempat saya tinggal buat manisan agar-agar keras ni . Tiap-tiap hari makcik tu akan jemur agar-agar ni sampai la satu tempoh supaya agar-agar ni cukup kering dan boleh disimpan sampai berbulan .

Dulu masa kecil saya suka makan agar-agar keras ni sebab rasanya yang manis tapi sekarang ni memang saya dah tak leh tahan la kalau nak makan banyak-banyak candy tradisi ni sebab rasanya yang manis bebenor tu..

Teringin juga saya nak cuba buat agar-agar kering ni nanti la kalau ada kelapangan saya akan cuba....

Sabtu, 25 September 2010

Jalan-jalan Aidilfitri..

Aktiviti kami hari ni ialah jalan-jalan memenuhi undang rakan-rakan rapat saya dan suami . Bila dah Aidilfitiri ni memang kita semua ambil peluang la nak lawat saudara mara dan kawan-kawan yang jarang dapat kita jumpa...
Bila dah jumpa macam-macam la cerita yang nak digebangkan sambil dapat menikmati juadah yang sedap-sedap sangat....saya masukkan beberapa keping gambar masa kami jalan-jalan siang tadi...
Gambar-gambar saya dan anak-anak masa jalan-jalan ke rumah terbuka kawan-kawan saya siang tadi...

Home made kek lapis Sarawak yang sangattttttt sedap...


Rendang tok ni dimasak oleh bapa bestfriend saya dan memang sedap sangat . Dimakan pula dengan nasi impit serta lemang ishhhh sedappppnya...


Ini pula juadah open house masa kami sekeluarga pergi ke rumah kawan baik saya di Selayang . Juadah yang disediakan simple saja tapi semuanya sedap sangat alhamdulillah...besok ada lagi beberapa rumah kawan yang kami nak pergi..

Hari raya ni hanya setahun sekali so memang saya akan penuhi setiap undangan open house dari saudara mara atau kawan-kawan...

Tumis labu air

Lama betul saya tak berblog yaa cuti sakan saya kali ni dan hari ni baru saya nak masuk n3 baru . Saya masak resepi yang simple lagi , mudah dan sedap macam resepi labu air tumis air bersama suun+fucuk ni.
BAHAN-BAHAN :
2 biji buah labu air- di kupas kulit luar yang keras dan dipotong
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis-dibasuh
1 batang serai -dititik
2 peket campuran suun+fucuk
1 sudu besar sos tiram
air secukupnya
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang sampai menjadi layu , kemudian masukkan semua ikan bilis dan kacau sehingga terbit bau wangi , kacau semua bahan seterus boleh la dimasukkan semua air dan serai . Masukkan sos tiram dan semua labu air dan kacau semua bahan bila labu hampir masak baru la di masukkan suuhun+fucuk .
- Masukkan garam secukup rasa. Kacau sayur labu ni dan bila fucuk dah masak boleh la ditutup api dapur.

Ni la labu air