MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Rabu, 2 Februari 2011

Puding roti coklat chips

Puding roti coklat chips ni memang favorite anak-anak sebab ada banyak coklat chips yang saya taburkan pada setiap lapisan roti dan pada pemukaan paling atas . Anak-anak saya memang suka coklat so semua masakan yang ada coklat mesti cepat je habis dimakan hehe macam kek coklat, roti coklat , muffin coklat dan pudding coklat chips ni..

Kalau google memang ada resepi pudding coklat tapi saya ubah suai je dari resepi puding roti biasa dan tambah bahan-bahan ikut selera anak-anak . So kalau ada sesiapa yang nak cuba pun boleh ubah suai ikut selera masing-masing..


Bahan A:

600 ml susu perisa coklat-dlm kotak
8 keping roti putih
Butter secukupnya utk disapu pada roti

Bahan B:
5 sudu besar gula halus
2 sudu besar milo
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

Bahan C:
2 sudu besar kismis hitam
Coklat chips secukupnya

SOS KASTAD
1 tin susu cair
2 s/b tepung kastad
2 s/b gula

*Kalau nak pudding roti agak kering masak la lebih lama dalam oven dan kalau nak lebih manis tambah la gula lagi

Cara memasak :

1. Sapukan sedikit butter pada pemukaan loyang pembakar . Sapu setiap keping roti dengan butter secukupnya dan susun roti dalam loyang atau bekas yang sesuai . Masa susun roti tu taburkan sedikit kismis dan coklat chips secukupnya pada pemukaan roti . Ulang susun sampai habis roti dan tabur pemukaan paling atas dengan coklat chips dan kismis.

2. Kemudian tuangkan susu coklat ke dalam loyang dan biar roti rendam selama 1/2 jam.

3. Kacau dan gaul rata bahan B.
Masukkan kismis dan tuangkan ke dalam loyang.

4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.

5. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.

6. Tuangkan sos diatas puding semasa men
ghidang.

Isnin, 31 Januari 2011

Shopping pagi Sabtu

Memang best bila dapat pegi kedai Bake with Yen sebab macam-macam sangat barang untuk baking kat sana cukup lengkap pilih saja . Kadang-kadang tu ada barang tak de dalam list pun terbeli hehehe tapi memang saya akan guna juga pun bila nak masak nanti .

Sabtu pagi yang lepas saya ke BWY untuk beli barang-barang baking untuk birthday Adlina Sabtu ni . Bila dalam kedai rambang mata semuanya nak beli so kena buat list barang yang betul-betul perlu nak digunakan .

Icing image/edible image


NI la yang saya beli


Papan kek dan candle



Spices dan coklat emulco

Sabtu, 29 Januari 2011

Cupcake Upin dan Ipin untuk Adlina

Salam pagi Sabtu hari ni mula la cuti sekolah seminggu ya , ke mana kita mesti ada yang dah sampai kampung malam tadi hehe . Saya hanya di rumah sebab raya cina ni baru ada family gathering .

Cup cake ni saya buat untuk birthday Adlina baru-baru ni . Saya guna resepi butter cake dan untuk nak hias cake saya guna bacuhan krimwell serta edible image . Hiasan kek yang saya buat ni simple je dan hasilnya sangat memuaskan yang penting Adlina suka sangat..

Birthday girl Adlina dengan Adam dan kak Aisyah..

Ini la cup cake untuk birthday Adlina, dia suka sangat..

Upin & Ipin

Simple cup cake decorations..

Saya guna perisa strawberry untuk icing decoration ni..


Cup cake yang dah disapu bancuhan krimwell dan saya letak sugar/edible image Upin & Ipin . Kartun Upin & Ipin memang la favorite Adlina dan si kecil Adam , kiranya suka sangat dan rasanya ada dekat 20 kali dah Adam dan Adlina dok ulang tengok movie Upin & Ipin sampai boleh hafal dialog la hehe..

Dah ready ni , dekat setahun saya tak pegang piping bag ni nasib la masih ingat caranya nak pasang nozel dan skill nak hias kek masih maintain hehehe

Proses nak bagi cantik cup cake , anak-anak pun sama join tengok mama in action dan Aisyah cakap dia nak cuba nanti la saya nak ajar Aisyah teknik nak bancuh krimwell atau butter cream dan cara-cara nak hias kek lepas tu boleh ajar Adlina pula..

Best juga sekali-sekala bila dapat deco kek guna cream ni kalau buka untuk ambil tempahan cupcake dari pelanggan ok gak kan hehe

Jumaat, 28 Januari 2011

Pai labu sedapnyaaa

Petang tadi saya masak pai labu ikut resepi dari buku yang saya baru beli tajuknya "In the mood for pastries & tarts" oleh Alan Ooi ( bukan promote buku ni ya hanya bagi cadangan pada yang baru nak cuba masak pie macam saya ni) buku ada dijual di Popular . Semua resepi nampak gayanya macam senang buat dan first time saya buat pie labu jadi juga .
Rasa pie ni memang sedap sangat hmmm cukup lemak manis dan ada rasa rempah macam serbuk kayu manis , semua rasa balance sedapppppnyaaa...saya bagi resepi yang saya ambil dari buku ni..
Yum yum pumpkin pie.........

SWEET SHORT CRUST PASTRIES

Ingredient:
A
200gm plain flour
20gm milk powder
11ogm butter
50gm icing sugar
1 1/4 salt

B
2 1/2 table spoon water

METHOD :

-Mix ingredients A till crumbly . Add in ingredients B, mix to form dough.

-Shape it into ball and press it flat. wrape it up with plastic and chill it in refrigerate for 30 minutes.
______________________________________________________

PUMPKIN PIE

Ingredients:
1 portion sweet short crust pastry

Fillings:
A
400gm pumpkin

B
110gm brown sugar
120ml UHT whipping cream
3 eggs [B]
1/2 teaspoon ground cinnamon
1/2 teaspoon groung ginger
1/8 teaspoon groung clove
1/2 teaspoon salt

METHOD:

Dough:
-Roll short crust pastry into 3mm thickness,press it into mould. Bake in preheated oven at 175 degree celcius for 15 minutes or untill the pastry turns light golden brown.Remove and set aside.

Fillings:
-Steam pumpkin untill softens. Mash it and mix it with Fillings B.Filter it.

-Pour the fillings into pie mould, bake in preheated oven at 180 degree celcius for 40 minutes.

Pai yang dah ready nak masuk dalam oven..

Nasi goreng kicap

Pagi tadi Aisyah ada acara merentas desa di sekolah so saya maska breakfast yang agak heavy bagi Aisyah ada tenaga nak lari 7 kilometer jauh tu ponet la anak den nanti . Awal pagi pukul 6 saya mula masak sarapan . Tengok ada nasi semalam so saya goreng saja dan cara gorengnya sangat mudah yang penting mesti ada kicap kipas udang manis..

BAHAN-BAHAN:

5 cawan nasi
2 biji telur
Kicap secukup rasa

BAHAN-BAHAN DITUMBUK HALUS:

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis ( direndam dahulu )


CARA MEMASAK :

1) Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai terbit bau harum .

2) Masukkan 2 biji telur dan kacau semua bahan menjadi rata .

3) Masukkan semua nasi yang telah dilerai-leraikan tadi dan kacau sehingga semua bahan menjadi mesra . Masukkan kicap secukup rasa dan terus kacau untuk 5 minit lagi sehingga nasi menjadi agak kering dan boleh la ditutup api dapur.

Selasa, 25 Januari 2011

Pengat labu dan keledek..sedapnyaaa..

Balik kampung kali ni banyak juga saya dapat kutip sayur dan hasil tanaman yang mertua tanam sendiri macam labu dan keledek yang saya masak pengat ni . Resepi pengat memang favorite anak saya Aisyah dan selalunya bila saya masak pengat dia la yang rajin ulang makan sampai 2-3 kali . Selalunya lepas masak dan dah sejuk saya akan masuk pengat dalam fridge bagi sejuk . Aisyah memang suka makan pengat yang sejuk-sejuk....
BAHAN-BAHAN :

Ubi keledek
Labu secukupnya
Gula kabong secukupnya
Gula pasir secukupnya
Santan kelapa secukupnya
Sedikit sago biji
Secubit garam
2 helai daun pandan

CARA MEMASAK :

Bersih ubi keledek serta labu dan potong menjadi ketulan kecil kemudian simpulkan daun pandan.

Masukkan santan dalam periuk bersama gula pasir , gula kabung , daun pandan , secubit garam , keledek serta labu . Bila kuah dah mendidih masukkan biji sago dan sekali sekala kacau kuah supaya sago tidak melekat pada pemukaan periuk tadi .

Rasa gula jika kurang manis boleh la ditambah lagi . Kacau bubur dan bila ubi/labu dah empuk serta masak boleh la ditutup api dapur .

Campuran labu dan ubi keledek..

Ni la buah labu yang mertua kutip dari kebun belakang rumah untuk saya bawa balik..