MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Selasa, 25 Januari 2011

Pengat labu dan keledek..sedapnyaaa..

Balik kampung kali ni banyak juga saya dapat kutip sayur dan hasil tanaman yang mertua tanam sendiri macam labu dan keledek yang saya masak pengat ni . Resepi pengat memang favorite anak saya Aisyah dan selalunya bila saya masak pengat dia la yang rajin ulang makan sampai 2-3 kali . Selalunya lepas masak dan dah sejuk saya akan masuk pengat dalam fridge bagi sejuk . Aisyah memang suka makan pengat yang sejuk-sejuk....
BAHAN-BAHAN :

Ubi keledek
Labu secukupnya
Gula kabong secukupnya
Gula pasir secukupnya
Santan kelapa secukupnya
Sedikit sago biji
Secubit garam
2 helai daun pandan

CARA MEMASAK :

Bersih ubi keledek serta labu dan potong menjadi ketulan kecil kemudian simpulkan daun pandan.

Masukkan santan dalam periuk bersama gula pasir , gula kabung , daun pandan , secubit garam , keledek serta labu . Bila kuah dah mendidih masukkan biji sago dan sekali sekala kacau kuah supaya sago tidak melekat pada pemukaan periuk tadi .

Rasa gula jika kurang manis boleh la ditambah lagi . Kacau bubur dan bila ubi/labu dah empuk serta masak boleh la ditutup api dapur .

Campuran labu dan ubi keledek..

Ni la buah labu yang mertua kutip dari kebun belakang rumah untuk saya bawa balik..

6 ulasan:

  1. canteknye buah labu tu nanie.. kak ilah baru nak tanam dikebun di melaka.. tah dah tumbuh ke tidak.. tak de org jaga huhu

    BalasPadam
  2. seronoknya kalau boleh main petik2 saja kat belakang rumah kan..

    BalasPadam
  3. to k ilahjy,
    tu la kak cantikkan bentuk labu ni mertua saya rajin tanam buah labu byk lagi saya bawa balik 2 biji je , waa best tu kak dah berbuah la tu

    to cek chun,
    kalau tanam luas macam kt kampung mmg best tanam apa saja menjadi mertua saya mmg rajin bercucuk tanam dan saya la yang rajin bawa balik rumah

    to nur easy.
    cantikkan labu ni

    BalasPadam
  4. labu tu cute le

    BalasPadam
  5. salam .. bestnye... izin copy ye kak

    BalasPadam