MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Khamis, 13 Januari 2011

Kepah tumis asam pedas

Selalunya kalau menu kepah saya suka masak black pepper , sweet sour atau tumis serai tapi kali ni saya cuba tumis stail asam pedas dan memang sedap la...Masa saya beli tu kepah-kepah ni masih hidup tu yang bestnya kalau ke Pantai Remis segala siput yang dijual memang fresh so isi kepah ni memang terasa manisnya..
BAHAN-BAHAN:

2 kilo kepah segar
2 batang serai
1 bunga kantan- dibelah dua
Asam jawa secukup rasa atau asam keping
Segenggam daun kesum/ 1 ikat
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DI BLEND:

10 biji cili kering - direbus supaya menjadi lembut
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
3 cm belacan

*Tak perlu tambah air sebab kepah ni akan keluarkan air bila dah masak dan kalau nak pedas tambah la cili lagi.

CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan diblend sehingga naik bau.Kacau sehingga sambal menjadi masak dan pecah minyak.Kemudian masukkan serai dan kacau lagi.
Seterusnya daun kesum, asam keping dan bunga kantan. Kacau semua bahan dan terus masukkan semua kepah .
Masukkan garam dan gula kemudian kacau supaya semua bahan menjadi mesra. Bila dah hampir masak kepah akakn keluarkan air dan akan cengkerangnya terbuka .


Kepah fresh dari Pantai Remis , Kelang..

2 ulasan:

  1. Salam kak,

    Jalan2 blog akak cari resipi, teringat sy pernah tinggal komen sini dulu pasal timun duri. Rupanya itu panggilan kt tempat sy je.. nama betul dia di pasaran timun jepun..cuba akak ke link ini..ada gambar sayur timun jepun..dlm gambar ni jenis tak berduri..dia ada jenis lain yg berduri.

    http://www.wkfarm.8m.com/photo.html

    Saja betulkan info :)

    Sakinah.

    BalasPadam
  2. salam...ini kali pertama komen.. thanks akak resepi2 yg dkongsi ini.. saya selalu singgah kat sini untuk salin resepi di sini, semasa saya tinggal dirumah sewa ..terima kasih byk2

    BalasPadam