Sekarang ni kuih melayu yang paling saya suka masak ialah apam kukus sebab proses nak bancuh dan masaknya yang boleh dikatakan agak ringkas dan mudah . Kali ni saya cuba masak apam pisang dan resepinya saya dapat dari blog masakan Mat Gebu . Sedap apam ni anak-anak suka bila hidang saja habis hehehe hari ni nak buat lagi la...
Resepi apam ni saya copy & paste dari blog Mat Gebu..terima kasih ya Mat.....
Bahan-Bahannya :
1 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
2 biji telur gred A
100 ml minyak jagung (atau mentega cair)
1/4 cawan gula (mat guna gula perang)
4 biji pisang emas, sederhana besar*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
Secubit garam*(*disatukan dan lecek hingga halus)
Cara membuatnya :
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
2 biji telur gred A
100 ml minyak jagung (atau mentega cair)
1/4 cawan gula (mat guna gula perang)
4 biji pisang emas, sederhana besar*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
Secubit garam*(*disatukan dan lecek hingga halus)
Cara membuatnya :
- Pukul minyak, gula dan telur hingga sebati menggunakan whisk. Masukkan pisang lecek, gaul rata. Masukkan pula tepung, kacau hingga sebati. Ketepikan.
- Panaskan kukusan, sediakan acuan kegemaran (mat guna acuan kecil2), sapu dengan sedikit minyak pada acuan, panaskan 2 minit. Tuang adunan apam 3/4 penuh dan kukus 12 - 15 minit. Buat hingga siap.
- Keluarkan dan boleh dihidang bersama kelapa parut atau begitu sahaja. Balut tutup kukus dengan kitchen towel untuk mengelakkan air menitis atas apam..
Apam pisang yang sedap...yummy...
sedap tu akak...
BalasPadamanak2 mr.mama suka sgt2 tu....
saya add link akak yee...
BalasPadamkalau sudi tu link la mr.mama yeeee...
masuk list..hehe..suka kuih apam pisang..wangi je bau nya tuu
BalasPadamada apam pisang la kat sini... sedap tuuu!! pisang2 ni mmg my fav... nannie ada lagi tak mintak seketul nak jamah takut kempunan....hihihi
BalasPadamto mr.mama,
BalasPadamsama la anak-anak akak mmg suka mmg sedap apam ni.
Tq ya link nanti saya ke sana pula.
To izahdaut,
mmg eangi sedap lak tu hehe
To Azlita,
alamak ita dah habis la apam ni nanti nannie masak and pos pada ita ya hehehe
bestlah resepi kat dalam blog ni.sekali try trs ja
BalasPadamdi.
Norishaqisya.blogspot.com