MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Isnin, 24 Januari 2011

Makaroni goreng sardin

Hari ni untuk bekal anak-anak ke sekolah saya goreng makaroni yang dicampur dengan rencah lauk semalam iaitu sambal sardin . Mudah je nak goreng makaroni ni , cepat dimasak sedap dimakan...
Sambal sardin ni saya masak malam tadi untuk dimakan dengan nasi so memang dah sedap la sebab saya dah masak tumis dulu dgn bawang, cili kering kisar , belacan dan bahan-bahan lain secukup rasa .
makaroni goreng simple tapi sedap la..
BAHAN-BAHAN :

5 cawan macaroni
Sambal ikan sardin secukupnya
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu besar sos tiram
2 biji telur
Kicap dan garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan dimayang halus . Rebus macaroni sampai empuk dan ditos.

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang , kacau sampai terbit bau wangi . Masukkan sos tiram dan kacau bila kemudian boleh la dimasukkan telur ayam . Kacau semua bahan dan boleh la dimasukkan semua sambal sardin serta hancur-hancurkan sardin . Kacau semua bahan dan masukkan macaroni serta kicap dan kacau mesra semua bahan. Jika kurang masin baru la ditambah garam dan bila macaroni dah masak boleh la ditutup api.

5 ulasan:

  1. kreatif...tp kan, kalo kat umah kita, lauk sardin ni tak sempat nk simpan sampai esoknya..gerenti abis punyer

    BalasPadam
  2. to nieza,
    cuba la mmg sedap

    to cendana kasih,
    TQ ya biasa2 je menu nak cepat siap hehe

    to kellykatz,
    cuba la

    BalasPadam
  3. Terima kasih akak . search dekat google resipe terus dapat link akak . hehe . sekarang dah masak dah . yummy

    BalasPadam