MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Jumaat, 21 Januari 2011

Macaroni dan keju

Ada balance keju cheddar so saya masak resepi macaroni dan cheese yang sangat mudah serta cukup sedap ni . Satu lagi menu kesukaaaaaa anak-anak dan bila dengar je saya nak masak mac & cheese Aisyah dan Adlina senyum sambil cakap nakkk sedapnya...
Macaroni and cheese ni sangat simple dan pada sesiapa yang gemar makan cheese mesti cuba resepi ni...
Mac and cheese

BAHAN-BAHAN :

1 peket macaroni
2 cawan parutan keju cheddar -boleh tambah
1/2 cawan keju parmesan-boleh tambah
1 lter susu segar dalam kotak-boleh tambah
4 sudu besar mentega
2 sudu tepung gandum
Black pepper secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara nak masak sos ni macam nak buat sos bechamel . Kalau resepi asal tak letak keju parmesan tapi saya yang tambah .

CARA PENYEDIAAN PASTA :

- Didihkan air didalam periuk yang cukup besar . Bila air dah cukup mendidih masukkan semua macaroni dan rebus sehingga cukup kembang dan lembut. Bila dah masak toskan macaroni ini dan ke tepi kan dulu.

- Masukkan semua butter dalam periuk dan panaskan periuk kemudian masukkan semua tepung gandum dan kacau bahan-bahan ni sampai la tepung gandum bertukar warna kekuningan dan masak .

-Dengan cepat terus masukkan susu dan kacau sekejap . Kemudian masukkan semua keju cheedar dan parmesan serta serbuk black pepper didalam periuk dan kacau .

-Terus kacau sos dan guna api dapur sederhana besar serta biarkan sampai sos masak serta menjadi pekat .

-Kemudian masukkan semua macaroni secukupnya dalam sos dan kacau sehingga sos dan pasta sebati .

- boleh juga ditabur parmesan cheese masa nak makan hmmmm yummmy....

yum yum..


Senyum je Adlina sambil makan mac & cheese ya..

5 ulasan:

  1. kak nannie, ceddaapppnya..baca entry je pn...rasa dah tangkap leleh...nnti nak cuba gak laa..err..boleh kan? :)

    BalasPadam
  2. salam....
    nak sepinggan...
    n follow ....

    BalasPadam
  3. Salam kak nannie.
    sy follow akak
    brminat sgt ngn macaroni cheez ni
    slalu bli yg paket je
    guna cream cheez bleh?
    hek3..

    BalasPadam
  4. nk cikit.. sedap nyer nmpk cheese tuh.. terliur nih..

    BalasPadam
  5. to norgee,
    boleh cuba la tukar2 ikut selera sendiri ya

    mr.mama,
    wlksalam , nak sepinggan meh la singgah rumah hehe

    to cik iffah,
    wlksalam,tq follow akak ya . boleh guna cream chezz .

    to aloy,
    mmg sedap ni cuba la yum2

    BalasPadam