MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Rabu, 19 Januari 2011

Lasagna

Semalam saya masak menu yang mudah dan cepat nak disiapkan . Sekali-sekala tukar pulak kepada menu western . Anak-anak memang suka la...

Lasagna

Lapisan berselang-seli lasagna dengan sos becamel dan sos bolognaise serta parutan keju .

BAHAN-BAHAN:
1 kotak instant lasagna
2 tin sos pasta bolognaise PREGO perisa tradisional
2 peket ayam cincang
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu besar minyak zaiton
Sedikit herba oregano fresh
Garam secukup rasa-bila perlu sahaja

BAHAN UNTUK SOS BACHAMEL :
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar butter
1 liter susu segar kotak
parutan keju parmesan atau chedder secukupnya
Sedikit black pepper
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK SOS BOLOGNAISE :
Kupas semua bawang dan cincang halus , kemudian panaskan minyak zaitun di dalam frying pan dan tumis semua bawang tadi dan kacau sampai layu. Masukkan pula ayam cincang dan kacau selepas itu masukkan sausage yang telah di potong nipis-nipis , terus kacau sampai ayam dan sausage masak, tambah garam jika sos kurang masin . Masukkan semua sos spaghetti Preggo dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra dan masak .

SOS BECHAMEL:
Panaskan butter dan masukkan tepung serta kacau sehingga tepung masak kekuningan kemudian masukkan susu dan terus kacau kuah ini . Masukkan sedikit parutan parmesan cheese dan serbuk black pepper. Biarkan kuah mendidih dan masak , terus kacau kuah sehingga masak dan menjadi pekat . Boleh ditutup api dapur..

CARA MEMASAK :

Susun lapisan pertama lasagna dalam tray/baking dish yang sesuai . Saya curah sos bechamel dengan banyak sampai banjir supaya kuah sos bechamel yang sudah mesra bercampur dengan sos bolognaise meresap dengan sempurna dalam kepingan lasagna .

A - susun kepingan lasagna
B - lapis sos bolognaise ayam
C - lapis sos bechamel
D - tabur cheese

* Ulang susunan di atas sampai habis semua bahan - bahan .

Lapisan taburan keju kemudian ulang balik cara susunan A,B,C dan D.

Ini ialah lapisan yang paling atas, penuh dengan cheese monzarella dan chedder . Nak banyak mana cheese ikut suka la . Saya curah kuah bechamel sampai banjir supaya kepingan lasagna masak dengan elok .


Bakar dalam oven pada suhu 170'C selama 45 minit atau sehinga lasagna masak . Selalunya saya bakar sampai bahagian atas agak garing .

7 ulasan:

  1. slm..

    nampak mudah je nak buat ye? sy nak tanye, kire nye dalam kotak instant lasagna tu, ada kepingan lasagna je?

    selame ni ingatkan memang dah ada semua nye dalam kotak tu. hehe.

    btw, sy dah try puding roti yg macam nannie post dulu. first time buat, ade kurang2 sikit (kurang manis, dah siap baked, bhgn atas tak keras sangat) tapi second time buat alhamdulillah dah almost perfect (tapi perfect sgt la untuk tekak sy.hehe). thanx nannie! :)

    BalasPadam
  2. pandai budak pesen masak ek,, teruskan nani, akak ikuti setiap resepi nani dengan penuh minat, hehe

    BalasPadam
  3. salam kak nanie,

    nk tnya, sebab confuse brand prego ni halal ye kak? sebab dulu mcm ade status yg meragukan. kalau ade info, tolong bgtau ye.

    Thna x post resepi lasagna. my favourite!!!

    BalasPadam
  4. wlksalam syura,

    Kalau lasagna yg frozen/sejuk beku mmg dah siap balik kita hanya panaskan dlm oven tapi kalau beli instant kepingan lasagna mmg kena masak mcm akak buat ni . Kepingan instant lasagna ni ada dijual dlm kotak kt bahagian sphagetti.

    Biasa la tu Syura nakmaska ni mmg kena byk kali cuba practice make perfact . Resepi pudding roti tu pun akak dpt internet kalau kurang manis tambah la gula .

    BalasPadam
  5. Wlksalam k Azni,
    Thaks sudi singgah blog saya hehe budak art & design mmg pandai masak ceewwahhh perasaan kejap hehe thanks kak singgah lg ya

    BalasPadam
  6. wlksalam Nurul,
    Cuba hri ni adik pegi tesco/giant/carefour/jaya jusco atau kedai runcit kt ner pn yg ada jual sos tin prego nk check ada ke tak logo halal. Terang2 logo halal kt depan tin sos prego ni siapa da no siri sijil yang JAKIM keluarkan ishhh tak kan la senang2 JAKIM nk bagi status halal kannnnnnnnnnnn.

    Nurul gi check yaaaaaaaaaaaaaaaaa

    BalasPadam
  7. kalau cheese mozarella tu guna brand apa yeks? sy takut terbeli yg tak halal

    BalasPadam