MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Isnin, 17 Januari 2011

Masak lemak putih pucuk manis

Sayur favorite kami sekeluarga dan kalau masak sayur pucuk manis mesti ada ubi keledek . Nak masak menu sayur ni sangat mudah yang penting sayurnya mesti fresh dan guna santan segar yang pekat . Menu sayur ni sedap dimakan dengan ikan goreng atau ikan masin dan ada sambal belacan ishhhhh sedap sungguh...

BAHAN-BAHAN :

2 ikat sayur pucuk manis
1 biji keledek
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis
2-3 cawan santan
Garam secukup rasa


CARA MEMASAK :

1) Bersih kan sayur pucuk manis dan lurut semua daun-daun pucuk manis ini dari batangnya , kupas semua bawang dan dimayang halus . Kupas ubi keledek dan potong menjadi ketulan kecil.

2) Masukkan semua santan ke dalam periuk bersama dengan ikan bilis dan bawang yang di mayang halus tadi . Gunakan api yang sederhana besar untuk masak kuah ini dan masukkan semua ubi keledek . Biarkan ubi keledek masak sampai empuk dan bila kuah dah mendidih boleh la di masuk kan sayur pucuk manis serta garam . Kacau semua bahan supaya menjadi mesra dan bila sayur pucuk manis sudah layu serta masak boleh la ditutup api dapur.

Resepi yang sangat simple tapi sedap sangat.

1 ulasan:

  1. resepi simple tapi sedap,kalau cik yah masak sayur ni sayurnya habis dulu nasinya kendian

    BalasPadam