MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Jumaat, 27 Mac 2009

IKAN MASAK TAUCU


BAHAN-BAHAN:

1  kilo ikan
2  peket taucu
1  biji bawang merah
1  ulas bawang putih
1  biji bawang merah
4  biji cili merah
3  cm halia
1  sudu teh asam jawa segera
1  cawan air
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK :

*Bersihkan ikan dan gaulkan bersama garam dan kunyit , kemudian goreng dahulu dan ditoskan.

Mayang bawang merah , bawang putih, halia dan bawang besar. Cili boleh dipotong nipis-nipis atau dipotong dua sahaja kemudian panaskan sedikit minyak dan tumis semua jenis bawang tadi dan halia. Kacau bahan tumis sampai naik bau dan masukkan cili merah dan terus kacau sebentar.


Terus masukkan semua tauchu dan kacau sebentar kemudian masukkan air dan asam jawa. Biarkan kuah mendidih dan kacau kemudian masukkan garam dan gula. Jika kurang kuah masukkan sedikit lagi air.


Bila kuah sudah mendidih masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan kacau semua bahan supaya menjadi mesra , jangan masak terlalu lama nanti isi ikan akan mudah terlerai dari tulang.


Dah pun masak , hmmm sedap ni. Jom kita makan.

6 ulasan:

  1. waduh nannie, berkerocong perut nie lapar, kononnya nak diet tapi tgk gulai tauchu nie tak jadi diet mlm nie!

    BalasPadam
  2. Hehehehehehehe, makan je besok malam diet balik.

    BalasPadam
  3. I like this dish too. I have tried to cook it once here in PD. Jadi pulak tu. Instead of putting asam jawa, I replaced it with vinegar. Mak dulu selalu masak. Maybe tomorrow I will cook this dish.

    BalasPadam
  4. hmmm yummy yummy teringat cara mak masak dulu kan.

    BalasPadam
  5. Nampak sedap sangat....tambah tambah di bulan puasa niii...hmmm...yummy yummy...kalaulah bebuka malam ni buat masak ni gerenti nasik sampai bontot periok lah jawabnyerrrrrr....Congratulation Nannie pandai anak Mak masak siap ngan gambar step by step lagiiiii.... Lengkap dan mudah educate....Tq...

    BalasPadam
  6. Memang nampak sedap ni kakk...
    saya cuba nanti..

    BalasPadam