MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Selasa, 21 Julai 2009

MAKARONI BAKAR



BAHAN-BAHAN :

300 gm macaroni - direbus sampai kembang
500 gm ayam/daging cincang
2 cawan cheese monzarella/cheddar
30 gm butter
1 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 cawan susu segar
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh oregano/italian mix herbs
1 kiub pati ayam
4 biji telur
Garam secukup rasa

* Rebus makaroni sampai kembang dan toskan airnya.

CARA MEMASAK :

1. Panaskan butter dan tumis bawang merah dan bawamg putih yang telah dimayang halus. Kemudian masukkan daging cincang dan biar sampai daging masak.

2. Masukkan lada sulah dan serbuk oregano , susu dan kacau , kemudian masukkan semua makaroni tadi dan kacau lagi supaya semua bahan sebati . Masukkan kiub pati ayam yang telah dihancurkan dan jika masih kurang masin baru la ditambah garam.

3. Bila sudah masak tutupkan api dapur dan baru la dimasukkan telur sebiji demi sebiji sambil mengacau macaroni ini.

4. Masukkan macaroni separuh loyang dulu dan boleh la di susun keju monzarella kemudian terus masukkan macaroni lagi sampai penuh loyang pembakar. Susun cheese di atas macaroni. Bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 40 minit atau sampai keju bertukar kewarna golden brown . Boleh la dibawa keluar dari oven dan biarkan sejuk dulu sebelum mengeluarkan macaroni ini dari loyang.

Makaroni yang telah siap dimasak


Makaroni sebelum dimasuk ke dalam oven



Dah pun masak dan boleh dimakan hmmmm...sedap...


3 ulasan:

  1. uuhh nampak sedap nak cuba lah cheese tak de tak pe kan. yang ada cream cheese aja.

    BalasPadam
  2. hi kak, sy baru cuba resepi akak yg ni utk bawa pegi potluck. sedap sangat! kawan2 yg makan pun ckp sedap. :)
    insyallah saya nk cuba resepi lain pulak

    BalasPadam
  3. slm kak..

    dh cuba resipi ni..jiran2 ckp sedap...tq...

    BalasPadam