MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Jumaat, 3 Julai 2009

SARDIN TUMIS CILI

Makan malam kami yang simple , saya masak kangkung tumis belacan , sardin tumis cili dan telur dadar... dah cukup sedap untuk kami sekeluarga .



BAHAN-BAHAN :

1 tin sardin
1 biji bawang besar
1/2 sudu kecil asam jawa segera
1/2 sudu kecil gula

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

2 biji cili merah
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm belacan

CARA-CARA MEMASAK :

1. Panaskan sedikit minyak kemudian tumis bahan tumbuk sampai masak dan wangi .

2. Masukkan bawang besar yang telah dipotong nipis-nipis dan kacau sampai bawang menjadi layu. Kemudian masukkan semua sardin , gula dan asam jawa , terus kacau sampai mesra dan boleh la ditutup api. Kalaau tak cukup masin tambah la garam sikit.

* Selalunya saya gunakan cili kering yang telah dikisar halus tapi kali ni saya guna cili merah tapi rasanya lebih kurang sama saja tetap sedap...

10 ulasan:

  1. cikin suke makan sardin..!! sedappp..:)

    BalasPadam
  2. akak pun sama sedap dan mudah dimasak heheee

    BalasPadam
  3. Kat rumah saya mestia ada stok sardin. Kalau tak tau nak makan apa, buka je tin sardin.

    BalasPadam
  4. simple tapi sedap lauk2 ni semua kan?..kalau saya mesti makan 2-3x tambah..heheh

    BalasPadam
  5. Lauk2 nie memang pakej yg best nie... dengan nasik panas herus la sedap tak terkata..

    BalasPadam
  6. Hazila n family pun suka makan sardin ya , kat rumah saya sentiasa ada stok ikan sardin dalam tin memang kesukaan suami saya , dlm sebulan mesti masak menu sardin juga

    BalasPadam
  7. to curlbaby,
    memang suami tambah 2 kali nasi sedap sgt dia makan sardin hehee

    BalasPadam
  8. to blogresepi ,
    Memang pun sedap makan nasi panas..hmmm sedap..

    BalasPadam
  9. assalamualaikum.. time kasih kak nannie sbb share resepi2 sedap ni.. :D

    BalasPadam
  10. mampus...
    ikan sardin da mampus kte ye..

    BalasPadam