MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Rabu, 7 Julai 2010

ASAM PEDAS IKAN PARANG

Favorite saya semestinya asam pedas ikan terubuk walaupun banyak tulang tapi isi ikan terubuk yang cukup berlemak memyebabkan saya tak peduli pada semua tulang tu . Kalau tak ada ikan terubuk pilihan saya semestinya ikan parang yang isinya sedap lembut cukup lemak .
Isi ikan parang yang lembut dan manis tu memang kena sangat dengan kuah asam pedas tambahan lagi tulang ikan parang pun tak banyak sangat so lagi best la bila nak berjamu selera .

BAHAN-BAHAN:

1 kilo ikan parang segar
2-3 cawan air
2 batang serai
2 bunga kantan- dibelah dua
Asam jawa secukup rasa atau asam keping
Segenggam daun kesum/ 1 ikat
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DI BLEND:

10 biji cili kering - direbus supaya menjadi lembut
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
3 cm belacan

*Jika suka lebih kuah masukkan lebih air dan kalau nak lagi pedas tambah la cili lagi.

CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan diblend sehingga naik bau.Kacau sehingga sambal menjadi masak dan pecah minyak.Kemudian masukkan serai dan kacau lagi.
Seterusnya masukkan air , daun kesum, asam keping dan bunga kantan. Kacau semua bahan dan biarkan kuah hampir mendidih.
Masukkan ikan parang , asam keping , garam dan gula . Kemudian kacau supaya semua bahan menjadi mesra. Jangan kacau terlalu laju dan kuat nanti ikan parang boleh pecah.

Biar kuah mendidih untuk 3-5 minit lagi dan boleh la dimatikan api dapur .Tutup periuk dengan penutup, ini adalah untuk membiarkan ikan parang terus masak di dalam wap panas kuah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan