MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Rabu, 29 April 2009

TUNA CASSEROLE

Resepi ni kakak saya , Amy Doblinger yang bagi .Dulu selalu juga saya makan bila pegi rumah kak Amy , so hari ini untuk lunch saya masak tuna casserole dan memang laju anak-anak makan sampai tak cukup la untuk dinner , malamnya saya bake lasagna pula.

BAHAN-BAHAN :

1 ketul brokoli saiz sedang
1 ketul bunga kobis saiz sedang
3 tin tuna chunks atau flakes
2 tin besar muschroom soup Campbell
1 kilo ubi kentang


CARA-CARA MASAK :

-Potong kecil-kecil bunga kobis dan brokoli kemudian celur sekejap je dalam 3-5 minit.

-Masukkan semua tuna yang sudah di buang air ke dalam bekas yang sesuai kemudian masukkan juga mushroom soup dalam tin dan kacau semua bahan bagi sekata dan mesra macam gambar di atas ini.


- Kupas semua ubi kentang dan potong kecil-kecil dan rebus samapi empuk. Lenyek semua ubi kentang masukkan sedikit garam , butter dan susu low fat atau fresh milk. Kacau semua bahan bagi mesra.

-Letakkan semua mash potatoes ini ke atas bahan-bahan casserole tadi dan ratakannya . Saya taburkan sedikit lagi butter di atas mash potatoes ini.

- Bakar tuna casserole ini selama 20 minit di dalam suhu 250 darjah celsius.


Ini la rupa tuna casserole yang dah siap , hmmm cantik warnanya.



Dah pun masak , hmmm sedap ni.

Isnin, 27 April 2009

MEE REBUS UDANG

Mee rebus resepi dari mak..
Ini ada resepi mee kegemaran kami sekeluarga , resepi ni saya belajar dari mak saya. Dulu arwah mak memang akan masak mee ni kadan-kadang bila masak mak saya tak letak ubi keledek yang dilenyek tapi mak akan masukkan telur sebiji demi sebiji . Sekarang selalu juga saya masak mee rebus ni dan anak-anak yang paling suka makan .

BAHAN-BAHAN:

1 kilo ubi keledek
1 kilo udang sederhana besar
500 gm daging
2 peket fish ball
1-2 peket mee
5 cawan air dari rebusan daging
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS:

10 biji cili kering
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
200 gm udang kering-rendam dulu sekejap

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN:

10 biji telur direbus
1 peket bawang goreng
1 pokok daun bawang
3 biji tauhu - dipotong nipis dan digoreng garing
4 biji cili merah ( kalau tak mau pun boleh)
Taugeh - jumlah beli seringgit je

CARA-CARA MEMASAK:

- Kupas ubi keledek dan dipotong kecil kemudian rebus sampai empuk. Bila dah masak dan empuk lenyek sampai hancur halus.
- Daging juga direbus sampai empuk dan daging ini dipotong nipis dan kecil-kecil. Air rebusan daging di simpan untuk masak kuah nanti.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau kemudian masukkan air rebusan daging. Masukkan daging yang sudah di potong nipis-nipis tadi.

* Kalau kuah nak pedas lagi tambah la cili kisar masa menumis . Anda boleh ubah suai resepi ni ikut pada citarasa sendiri ..kalau nak kuah lebih tambah la lagi air dan kalau nak kuah lagi pekat tambah la ubi keledek lenyek lagi.


- Bila kuah sudah agak panas masukkan semua ubi keledek yang sudah dilenyek tadi dan terus mengacau kuah.Masukkan garam dan biarkan sampai kuah mendidih selama 15 minit lagi.
-Masukkan semua fish ball dan udang tadi dan terus mengacau bila udang sudah masak boleh la ditutup api.
-Celur mee , taugeh dan toskan. Potong daun sup dan cili merah , kupas kulit telur dan belah telur menjadi 2 bahagian.

CARA MENGHIDANG MEE:
Ambil mangkuk letakkan dulu taugeh kemudian mee , tauhu goreng dan kemudian tuang kuah serta tabur la daun sup. bawang goreng dan cili. Dah siap , sedap mee ni cuba la masak sendiri.

Isnin, 20 April 2009

SAYUR CAMPUR GORENG

BAHAN-BAHAN:
4 ekor sotong
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap
1 batang carrot yang kecil
Segenggam kacang panjang
Sedikit bunga kobis

CARA MEMASAK:
1) Kupas semua bawang dan di mayang halus , potong sayur.
2) Bersihkan sotong dan potong nipis-nipis.
3) Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bawang , goreng sehingga bawang menjadi layu kemudian masukkan sotong dan kacau sampai sotong masak.
4) Masukkan sos tiram , kicap dan sayur carrot serta terus megacau.Masukkan sedikit air kemudian masukkan sayur kacang panjang dan bunga kobis serta sedikir garam jika masih kurang masin,Terus mengacau lagi sampai la sayur masak.

MASAK LEMAK IKAN MASIN CAMPUR NANAS

Menu ni kesukaan suami dan saya sendiri , boleh juga guna ikan sepat , ikan kurau atau ikan talang masin. Pilih nanas yang agak hijau sebab isinya masih agak keras.

BAHAN-BAHAN:
2 keping ikan duri masin ( sederhana besar)
1 biji nanas sederhana besar
2 cawan santan pekat
5 biji cili api
1 batang serai dititik
2 biji bawang merah
3 cm kunyit hidup
1 keping asam keping
* Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikir saja air
CARA MEMASAK:
1) Rendam ikan masin seketika dan kupas nanas dan potong menyerong jangan potong terlalu nipis kemudian tos ikan masin.
2) Tumbuk bawang merah, cili api dan kunyit hidup sampai lumat kemudian satukan serai , santan dan bahan tumbuk ke dalam periuk kemudian masak diatas api yang sederhana besar sampai kuah agak mendidih. Masukkan ikan masin dan nanas kacau semua bahan dan biarkan sampai kuah mendidih dan nanas menjadi empuk serta masak.

CAKE PISANG


Ini adalah cubaan pertama saya masak kek pisang , saja nak cuba sebab suami suka kek pisang. Kek naik dengan cantik dan lembut je tak manis sangat dan tak lembab sangat .



Cupcake pisang


BAHAN-BAHAN:

140 gm butter
200 gm tepung
100 gm gula
2 biji telur
3 biji pisang
2 sudu besar fresh cream
1 sudu besar jus lemon
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

CARA MEMASAK:

1) Pukul gula dengan butter sampai kembang , asingkan putih dan kuning telur .Pukul putih telur sampai kembang dan kemudian masukkan ke dalam adunan butter.
2) Masukkan tepung , soda bikarbonat , baking powder dan kacau bagi mesra semua adunan. Lenyek pisang sampai lumat dan masukkan juga ke dalam adunan dan kacau lagi . Akhir sekali masukkan kuning telur dan kacau supaya semua bahan digaul sama rata.

Bila dah siap adunan saya pun masukkan la semua ke dalam bekas cup cake ni, saja je sebab cute je bekas ni dan bila nak makan nanti pun senang je tak payah nak potong-potong.


Semua bancuhan dah siap diletakkan dalam bancuhan dan boleh la di bakar dalam oven selama 30 minit dengan suhu 160 darjah celsius. Saya bakar sampai bahagian atas agak gelap sikit je.

Ahad, 19 April 2009

NASI AYAM


Teringin pula nak makan nasi ayam , anak-anak pun suka jadi semalam( hari Jumaat) saya masak la untuk lunch. Resepi ni saya ambil dari majalah Rasa , sedap dan agak mudah nak masaknya.

BAHAN UNTUK REBUSAN:
1 ekor ayam - di potong kecil
2 liter air
2 ulas bawang putih
2 cm halia
* Tumbuk bawang dan halia
CARA MEMASAK:
Lumurkan ayam dengan bahan tumbuk tadi dan rebus bersama air sehingga ayam masak.
* Ayam yang direbus ini kemudian di perap bersama bahan perap.

BAHAN PERAP AYAM:
1 ekor ayam-ayam yang direbus sekejap tadi
5 sudu kicap pekat
5 sudu sos tiram
2 cm halia
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 sudu kecil minyak bijan
CARA PERAP:
1) Campurkan semua bahan sos perap, bawang putih , halia dan ayam .Lumur ayam biar rata supaya semua bahan perap mesra dengan ayam. Biarkan selama 1 jam.
2) Panaskan 2 cawan minyak dan goreng ayam sehingga masak dan garing. Angkat ayam dan tos.

Ini la rupa ayam yang dah siap digoreng , boleh la dihidangkan dengan sayur salad, tomato dan timun. Kalau tak masak nasi ayam pun kita boleh goreng ayam macam ni untuk dimakan dengan nasi lemak atau nasi putih je.


BAHAN UNTUK NASI:

5 cawan beras
1 cm halia
4 ulas bawang putih
Sedikit butter untuk menumis
Air rebusan secukupnya
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

Tumbuk halia dan bawang putih. Panaskan butter dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi. Kemudian masukkan beras dan kacau sekejap kemudian masukkan air rebusan serta garam.Biarkan nasi masak macam biasa.



KUAH CILI
BAHAN-BAHAN:
4 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka atau jus limau nipis
1 sudu teh garam
1/2 cawan air
Gula secukup rasa
*Kisar semua bahan ini sehingga lumat.

SOS KICAP
BAHAN-BAHAN:
200 ml air rebusan
2 sudu kicap pekat
1 sudu teh seasoning
1 sudu teh minyak bijan
sedikit gula

*Kacau semua bahan. Boleh ditabur sedikit daun bawang/sup.

SUP
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 sup bunjut
Garam secukup rasa
Baki semua air rebusan dan ayam tadi.
Sedikit daun sup/bawang yang dihiris halus.

CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan semua air rebusan dan ayam tadi serta sup bunjut serta masukkan garam kemudian kacau dan biarkan sup sampai mendidih.

Khamis, 16 April 2009

PIZZA


Dah lama saya teringin nak cuba buat pizza sendiri akhirnya hari ini saya dapat masak 2 tray pizza untuk kami sekeluarga, suka sangat happy bebenor saya. Bila dah masak ok juga sedap la saya tengok laju anak-anak je saya makan. Adlina tak habis cakap mama pandai buat pizza , ok la tu.

BAHAN-BAHAN UNTUK DOH PIZZA : ( resepi dari blog Mat Gebu )
500 grm tepung gandum- kalau guna tepung roti berprotein tinggi lagi ok
250 ml air suam
1 paket yis segera
4 camca besar mentega
1 sudu besar gula halus
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh bread improver ( softpro - ada dijual di Bake with Yen )

BAHAN UNTUK TOPPING :
1 tin sos speghetti PREGGO
1 peket sosej ayamas
Cheese monzarella
cili capsicum - potong nipis-nipis
cendawan butang- potong nipis

* Boleh guna apa saja bahan lain ikut pada cita rasa masing-masing.
* Sosej dipotong nipis-nipis dan saya goreng sosej ni sekejap je.

CARA MEMASAK :


UNTUK DOH :- Bancuh yis dengan gula dan 1/2 bahagian air suam, kacau rata dan tunggu berbuih. Sementara itu, gaul garam, bread improver/softerner dengan tepung hingga rata, lambakkan atas meja bersih dan buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan baki air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan kenyal (kena uli lama sikit). Bulat2kan doh dan alih ke dalam bekas, tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 1 jam hingga naik sekali ganda. ( cara nak bancuh ni saya cut& paste dari blog Mat gebu , sila ikut betul-betul mesti jadi doh yang anda buat nanti )


Bila doh dah naik cantik , tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan udara dan uli lagi menjadi bentuk bulat macam dalam gambar diatas. Kemudian doh ni boleh la diletak diatas tray pizza dan gunakan jari je untuk meleperkan doh , saya tekan je guna jari sampai doh menutupi seluruh pemukaan tray pizza, senang je.


Sapu sos pada pemukaan doh tadi, kemudian boleh la ditaburkan sosej , cendawan butang , cili capsicum dan last sekali taburkan cheese monzarella.Masukkan pizza ke dalam oven dan bakar selama 35-40 minit pada suhu 160 darjah celcius.


Lepas 30 minit pizza pun masak .Hmmmm ,yummy Adlina dah ready nak posing dengan pizza yang baru dimasak dan masih panas. Habis saja ambil gambar Adlina pun makan laaa.

BERCUTI KE MELAKA

Pada 3-5 April yang sudah saya dan family pergi ke Pantai Pengkalan Balak untuk bercuti , memang best resort dimana kami tinggal terletak di dalam kawasan kampung tradisional masyarakat melayu Melaka. Suasana yang relek dan tenang kampung Pengkalan Balak dan desiran ombak memang mendamaikan hati dan diri saya yang kadang-kadang dah boring juga hidup di tengah bandar ni. Kami duduk sana selama 3 hari 2 malam. Selalunya bila berjalan atau bercuti kemana pun saya dan suami suka nak cuba makan makanan tradisional yang ada kat tempat tu , macam kat pantai Pengkalan Balak ni kami pegi cari restoran makanan laut la.

Lepas maghrib kami keluar untuk makan malam dan kami singgah je ada satu restoran yang terletak betul-betul di jalan masuk ke pantai ni tapi nama restoran ni saya dah lupa. Restoran ni buka masa malam saja dan menyediakan banyak pilihan menu makanan.

Yang best tentang restoran ni sebab lokasinya terletak betul-betul tepi pantai jadi bila makan boleh dengar desiran ombak tu yang saya suka sangat . Suasananya relek je dan ada live band lagi kat restoran ni boleh tahan juga, lepas tu pengunjung boleh berkaraoke.


Pilihan ikan fresh meamang banyak dan malam tu saya pilih ikan siakap masak 3 rasa , sotong goreng tepung , tomyam , sayur kailan ikan masin dan telur dadar. Rasa masakan boleh tahan sedap terutama tomyamnya. Saya order juga sotong kangkung ok la juga rasanya. Puas hati makan malam tu sebab harganya murah dan kami memang kenyang betul. Lepas makan kami lepak kejap di tepi pantai bila hujan renyai-renyai turun baru kami balik ke resort.


Anak-anak saya yang sentiasa happy kalau dapat bercuti ke kawasan tepi pantai , malam tu Aisyah nak makan roti canai je dan Adlina pula makan nasi dengan telur dadar . Memang best holiday kami kali ni mungkin lain kali kami akan pegi lagi ke pantai Pengkalan Balak , saya masih teringat lagi suasana kampung yang damai dan tenang , best laa.

Rabu, 15 April 2009

TERINGAT KISAH LAMA - KARI IKAN

Abah saya berasal dari utara iaitu negeri Kedah dan menu utama kegemaran dia ialah kari dan kalau kari ikan dia suka ikan bawal dengan ikan kembung. Mak saya pula berasal dari negeri Perak , mak saya cerita masa mula-mula kawin dulu mak saya memang tak tau langsung masak kari jadi dia belajar masak kari dari arwah tok saya. Walaupun masa awal perkahwinan mak saya tak pandai sangat masak kari tapi abah saya sentiasa puji , dia kata kari yang mak saya masak sedap saja.
Bila makin lama mak saya pun semakin mahir masak kari dan dia pasti akan masak menu kari tiap-tiap hari kalau tak abah saya tak begitu berselera makan nasi. Semua jenis kari mak saya tahu masak iaitu masak kari ikan , kari udang campur kacang buncis , kari ketam campur nenas , kari ayam , kari daging , kari telur ayam dan kari ikan talang masin campur nenas .Tiap-tiap hari kami 7 beradik makan nasi berlaukkan kari dan ikan goreng , semenjak saya dari kecil dan sudah boleh mula makan nasi memang kari la favorite menu saya. Mak saya memang pandai masak apa saja menu yang dia masak memang sedap, saya cakap macam ni bukan sebab dia mak saya tapi saudara-mara dan kawan-kawan mak saya sendiri memang puji masakan mak saya sedap terutama menu kari dia.
Saya teringat lagi dulu kadang-kadang mak saya masakla ikan kembung masak lemak kuning , abah saya tak cakap apa-apa tapi dia kurang berselera makan nasi hari tu. Mungkin sebab dah sebati dari kecil sampai sekarang seminggu sekali saya mesti masak kari , suami saya berasal dari Negeri Sembilan pula dan dia kurang makan kari tapi semenjak kawin dengan saya orang Kedah ni dia pun dah belajar pandai makan kari.
Masa saya umur 16 tahun mak saya mula ajar saya macam mana nak masak kari cara orang utara sebab dia dah kurang sihat masa tu. Jadi saya la kadang-kadang take over memasak di rumah. Macam-macam jenis menu masakan serta petua memasak yang mak saya ajar pada saya dan saya pula masa tu dah mula timbul rasa minat memasak. Sampai sekarang saya masih amalkan semua tips dan petua yang mak saya ajar dulu dan for sure saya akan turunkan ilmu memasak ni semua pada anak-anak saya.

KARI IKAN JENAHAK

BAHAN-BAHAN:
1 kilo ikan jenahak
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1 sudu besar cili kering kisar
1 sudu asam jawa segera
1/2 sudu halba campur
1 peket rempah kari ikan
5 cawan santan pekat
8 biji kacang bendi
Garam secukup rasa
* Bawang merah dan bawang putih dimayang halus

CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang , halba campur dan daun kari sehingga naik bau. Sentiasa kacau semua bahan supaya layu sekata dan tidak menjadi hangit.


Letakkan rempah kari di dalam mangkuk kecil dan campurkan sedikit air kemudian tumis di dalam periuk kemudian masukkan cili serta asam jawa . Rempah kari mesti sentiasa dikacau supaya tidak menjadi hangit. Biarkan rempah masak dan terbit minyak.


Bila rempah sudah masak boleh la dimasukkan semua santan tadi dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra. Biar mendidih sedikit dan boleh la dimasukkan semua ikan jenahak tadi dan garam kemudian kacau dan biarkan seketika sehingga kuah mendidih. Jika kuah terlalu pekat boleh ditambah sedikit air. Rasa garam dan masam kuah supaya sesuai dengan selera.

Bila ikan sudah masak boleh la dimasukkan semua kacang bendi dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra dengan kuah kari dan biarkan seketika dan terus tutup api dapur.Tutup periuk dengan tudung periuk supaya kacang bendi terus masak didalam wap panas kuah kari. Saya suka masak kacang bendi begini supaya tidak menjadi terlalu masak dan kacang bendi boleh menjadi lembek.

MUFFIN

Ni oven baru saya beli 3 minggu sudah , happy sesangat saya dapat oven ni lepas berbulan-bulan pegi survey oven jenis apa yang ok , saya ni tak berapa tau baking , masa tinggal di kampung dulu suka juga buat biskut raya dan last sekali saya masak kek masa umur 17 tahun , saya buat kek pandan bakar guna oven bulat mak saya. Lepas tu bila dah habis spm dan belajar balik langsung saya tak guna oven. Bila dah kahwin saya ada beli oven yang biasa je guna 2 tahun rosak that was about 7 years ago.
So, kali ni suami saya kata kalau nak beli cari oven yang ok lagi dan berkualiti . Akhirnya pada satu petang masa pusing-pusing kat Taipan Subang Jaya , kami singgah ke sebuah kedai eletrik yang tengah buat sales dan saya terus beli oven ni yang di bagi diskaun 10% kira ok la dan saya happy sangat. Bila oven dah sampai rumah saya dok bertangguh banyak kali nak guna oven ni ada je kerja lain yang lagi penting kena selesaikan dulu. Semalam masa tengah syok dok buat painting untuk bilik study anak-anak, saya cepat-cepat pegi bancuh adunan muffin dan terus bakar. 30 minutes later dah pun masak dan hasilnya muffin saya ok la , not bad la untuk first timer macam saya ni.
Last month saya ada masuk kelas buat roti dan next week saya akan pegi untuk kelas kek dan pizza pula , sekarang baru saya ada masa nak join semua kelas ni dulu sibuk kerja lepas tu pregnant dan bila dah bersalin jaga baby Adam pulak sekarang dia pun dah nak masuk 2 tahun senang nak dijaga dan saya boleh tinggalkan anak-anak dengan suami bila pegi kelas masak. Sekarang ni saya betul-betul nak mendalami bidang baking sebab memang saya minat sangat bidang masakan tambahan pulak anak-anak dan suami saya jenis yang suka makan roti dan apa saja la yang saya masak.

Ini bancuhan muffin blueberry , saya dah jadi gian nak baking pulak dah. Petang ni nak buat kek pisang , besok plan nak masak lasagna or maybe pizza.



Dah masak pun muffin pisang dan muffin blueberry tapi terover gelap pulak bila saya cubit sikit dan rasa isinya ok, baru first time guna oven ni tak berapa pandai nak set timer dengan tempreture ,hehehe. Best la pulak baking , macam-macam menu dah difikirkan nak masak lepas ni , happy baking to everyone.

Jumaat, 10 April 2009

PETOLA TUMIS AIR


BAHAN-BAHAN:

1 biji petola
1 batang carrot
50 grm bunga kobis
1 peket suhun+fuchuk- direndam sampai kembang
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan petola , carrot, bunga kobis . Kupas kulit sayur petola dan potong ikut pada citarasa kita la. 

2) Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi dan terus masukkan 2 cawan air .Kacau kuah dan biarkan sampai mendidih , kemudian masukkan carrot dulu dan kacau.Lepas 2 minit baru dimasukkan bunga kobis dan petola serta suhun+fhucuk . Kacau lagi dan masukkan garam , biarkan semua sayur masak dan empuk tapi jangan masak terlalu lama nanti sayur jadi lembik dan tak sedap pulak.

MASAK LEMAK IKAN SALAI

Saya tahu cara masak lemak ikan salai ni lepas kahwin dengan suami yang asalnya dari Jelebu , Nogori Sembilan. Kat kampung suami semuanya disalai macam burung puyuh , daging , ikan keli/talapia. Dulu-dulu peti ais tak de jadi cara nak simpan makanan supaya makanan tahan lama semua makanan mentah macam ikan keli disalai guna bara api. Menu ikan keli salai masak lemak cili api ni adalah favorite suami saya .Memang sedap masak lemak cili api ikan keli salai ni....


Ini la rupa ikan keli salai ( smoke cat fish ) , bau smoke tu yang sedap sangat.Saya beli masa on the way balik dari bercuti kat Pengkalan Balak Melaka. Saya beli ikan keli salai ni di gerai tepi jalan kat Rembau , N.Sembilan .Walaupun masa tu hujan agak lebat juga tapi saya minta suami berhenti juga kat gerai ni sebab susah nak cari ikan salai yang fresh baru disalai.Cara nak masak ikan keli ni pun senang je tapi yang penting sekali mesti guna santan kelapa yang fresh dan kunyit hidup baru sedap masak lemak cili api macam mak mertua saya masak , sodap botoi la omak masak.


Masak lemak cili api ikan keli salai
BAHAN-BAHAN:
1 kilo ikan keli salai
5 cawan santan pekat
1 ikat pucuk paku

BAHAN DITUMBUK LUMAT :
10 biji cili api
4 cm kunyit hidup
2 keping asam keping
garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1) Satukan santan pekat dengan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan biarkan kuah mendidih. Kacau kuah santan supaya tak pecah lemak kemudian masukkan asam keping dan kacau lagi.
2) Bila kuah dah mendidih masukkan pucuk paku dulu dan kacau bila pucuk paku dah layu sikit baru masukkan ikan salai dan biarkan kuah mendidih dan ikan keli menjadi lembut dan dah masak. Rasa garam kalau tak cukup masin tambah la garam lagi.

Isnin, 6 April 2009

MASAK LEMAK TELUR CAMPUR SUUHUN


BAHAN-BAHAN:

5 biji telur
4 cawan santan
2 peket pucuk+ suuhun
3 biji ubi kentang
1 batang serai- dititik
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

3 cm kunyit hidup
2 biji bawang merah
3 biji cili api

CARA MEMASAK:

1) Masukkan santan dan bahan ditumbuk serta serai ke dalam periuk kemudian letakkan periuk diatas api dapur dan masukkan pula ubi kentang , biarkan kuah masak sampai mendidih. Kacau kuah , biarkan ubi kentang masak sampai menjadi empuk.

2) Bila kuah sudah mendidih pecahkan telur sebiji demi sebiji , jangan dikacau kuah dan biar seketika apabila sudah nampak bentuk telur yang sudah masak didalam kuah baru la dimasukkan pucuk dan suuhun . Kacau kuah perlahan-lahan dan boleh la ditutup api dapur bila pucuk/suhun sudah masak.

* Jika nak kuah lebih banyak boleh lah ditambah sedikit lagi santan atau air semasa tengah masak.

IKAN MASAK KICAP


BAHAN-BAHAN:

1 kilo ikan
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 biji bawang besar
6 sudu besar kicap
3 sudu sos tiram
1 cawan air
Sedikit lada hitam

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan ikan dan kemudian digaulkan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng ikan dan angkat toskan.

2)Tumbuk semua bawang merah dan putih serta halia.Tumis bahan tumbuk ini sampai naik bau wangi.Masukkan pula bawang besar kacau dan biarkan layu sedikit.

3) Kemudian masukkan air , kicap , sos tiram dan lada hitam. Kacau dan biar sos mendidih, seterusnya masukkan ikan goreng tadi dan kacau sekejap dalam 3 -5 minit lagi dan boleh la ditutup api dapur .Dah pun masak senang je resepi ni.

IKAN SIAKAP KUKUS

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap ( anggaran berat 500 grm)
10 tangkai cendawan tiram
1/2 biji cili capsicum merah dan kuning
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm halia
4 biji cili api
Sedikit daun sup/daun bawang

BAHAN UNTUK SOS:

4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan Thai/nampla
2 sudu jus limau nipis/ kasturi atau lemon
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit bahan perisa atau gula
Garam secukup rasa

* Boleh digunakan asam jawa untuk perisa masam

CARA MEMASAK:

1) Masukkan air ke dalam periuk kukus bahagian bawah sekali dan biar diatas api , tunggu sehingga air agak mendidih. Bentuk periuk kukus adalah bertingkat-tingkat. Bahagian bawah adalah untuk mengisi air dan 2-3 bahagian atas lagi adalah untuk diletak pinggan/mangkuk yang diisi makanan yang nak dikukus.

2) Mayang bawang putih, bawang merah dan halia. Taburkan sedikit bahan yang dimayang ini ke dalam mangkuk yang akan diletakkan ikan nanti.

3) Bersihkan ikan , kelar-kelar ikan dan masukkan sedikit halia dan bawang putih didalam bahagian perut ikan.Kemudian letakkan ikan didalam mangkuk dan taburkan semua bahan yang dimayang tadi diatas ikan.

4) Susunkan semua cili capsicum , cendawan , daun bawang/sup , cili api di atas ikan dan ditepi ikan.

5) Tuang atau curahkan semua bahan sos secara sekata di atas ikan dan sekeliling ikan.

6) Masukkan mangkuk yang berisi ikan ini ke dalam periuk bahagian atas periuk kukus.

7) Bila air sudah agak panas boleh la di letak atau disatukan periuk bahagian atas ini dengan bahagian bawah periuk kukus. Biarkan ikan masak selama 30 - 45 minit dan jika kurang masin boleh ditambah garam atau sos nampla lagi. Bila ikan dah masak buka penutup periuk dan biarkan seketika sampai mangkuk agak sejuk, baru la diangkat keluar mangkuk ini dari periuk kukus.

Khamis, 2 April 2009

SOTONG GORENG KUNYIT

BAHAN-BAHAN:

500 grm sotong
1 biji bawang merah
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh sos nampla/ sos ikan

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup

* boleh ditambah cili api kalau nak pedas

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan sotong dan potong , tos sebentar.

2) Tumiskan bahan tumbuk tadi dan kacau , biarkan seketika sampai naik bau harum.

3) Masukkan bawang besar , sotong , sos tiram dan sos ikan serta terus mengacau.

4) Jika kurang masin tambah la lagi sos ikan dan kacau untuk 3-5 minit lagi sampai sotong masak.


* Jangan masak sotong terlalu lama nanti sotong menjadi kecut dan liat. Makanan laut seperti sotong dan udang tak perlu dimasak terlalu lama nanti isinya menjadi ' over cook ' dan tak sedap.

Rabu, 1 April 2009

NASI GORENG


BAHAN-BAHAN:

5 cawan nasi
1 biji telur
2 sudu besar sos tiram
4 batang sosej- boleh diguna bahan lain juga.
Sikit sayur kobis- boleh digunakan sayur jenis lain.
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN DIKISAR HALUS:

3 biji cili merah atau cili kering
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar udang kering ( direndam dahulu )

CARA MEMASAK :

1) Panaskan 2 sudu minyak dan tumis semua bahan yang dikisar tadi sampai naik bau harum.

2) Masukkan sosej dan kacau sampai sosej masak , kemudian masukkan pula telur dan kacau semua bahan menjadi rata. Seterusnya masukkan sos tiram serta sayur kobis dan terus kacau sampai sayur menjadi layu.

3) Campurkan pula nasi yang telah dilerai-leraikan tadi dan kacau sehingga semua bahan menjadi mesra . Kacau untuk 5 minit lagi sehingga nasi menjadi agak kering dan boleh la ditutup api dapur.

IKAN BAWAL MASAM MANIS

BAHAN-BAHAN:

2 ekor ikan Bawal - dibersihkan
2 biji cili capsicum ( warna merah dan kuning)
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 cm halia
2 biji tomato
* boleh juga ditambah nenas dalam tin atau yang fresh.

BAHAN-BAHAN SOS:

1 cawan air
5 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos tiram
2 sudu besar jus limau nipis
1 sudu besar kicap
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
* Ikan bawal dibersihkan dan dikelar-kelar kemudian ltakkan garam dan kunyit.Goreng ikan sehingga garing , gunakan api sederhana supaya ikan tidak hangit.

Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumis bawang merah/putih dan halia kacau sehingga naik bau kemudian masukkan bawang besar kacau lagi sampai bawang menjadi layu. Seterusnya masukkan sos cili , tomato , sos tiram , kicap , jus limau nipis dan kacau lagi.


Masukkan air , garam , gula dan cili capsicum dan kacau lagi. Rasa la kuah jika ada bahan yang kurang macam garam atau gula boleh ditambah lagi. Jika suka banyak kuah tambah sedikit lagi air dan jika kuah agak cair boleh masukkan bancuhan 1 sudu tepung jagung dicampur dengan sedikit air

Susun semua ikan bawal yang digoreng tadi ke dalam mangkuk atau piring yang sesuai dan terus tuangkan sos masam manis yang sudah masak ke atas ikan bawal . Hmm sedap ni , yummy.