MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Selasa, 29 Jun 2010

KARI IKAN KEMBONG


Semalam masa dipasar malam ada ikan kembong fresh dari Kuala Selangor , ikan kembong fresh ni memang sedap terasa manis isinya dan sedap dimasak resepi apa saja . Saya beli sekilo ikan kembong ni dan hari ni saya masak kari la tapi untuk kuahnya saya tak guna santan pekat tapi saya guna yogurt low fat dan rasa kari ni masih sedap cuma kurang berlemak macam selalu serta lebih baik untuk kesihatan .

BAHAN-BAHAN:
6-7 ekor ikan kembong sederhana besar
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1/2 sudu halba campur
1 peket rempah kari ikan
1 cawan yogurt plain
1-2 cawan air
8 biji kacang bendi
Garam dan air asam jawa secukup rasa

* Bawang merah dan bawang putih dimayang halus

CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumis semua bawang bersama halba campur serta daun kari.
-Letakkan rempah kari di dalam mangkuk kecil dan campurkan sedikit air kemudian tumis di dalam periuk. Rempah kari mesti sentiasa dikacau supaya tidak menjadi hangit. Biarkan rempah masak dan terbit minyak.

-Bila rempah sudah masak boleh la dimasukkan sedikit air dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra. Biar mendidih sedikit dan boleh la dimasukkan air serta yogurt dan kacau sebentar bila kuah dah nak mendidih masukkan semua ikan kembong tadi dan garam kemudian kacau . Biarkan seketika sehingga kuah mendidih kemudian rasa garam dan masam kuah supaya sesuai dengan selera. Jika kurang masam tambah la air asam jawa.

-Bila ikan sudah masak boleh la dimasukkan semua kacang bendi dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra biarkan kuah mendidih seketika dan boleh la ditutup api dapur .Tutup periuk dengan tudung periuk supaya kacang bendi terus masak didalam wap panas kuah kari. Saya suka masak kacang bendi begini supaya tidak menjadi terlalu masak dan kacang bendi boleh menjadi lembek.

Isnin, 28 Jun 2010

IKAN KUKUS


Selalunya kalau kukus ikan saya suka guna ikan siakap tapi kali ni saya guna 2 ekor ikan gerut ok sedap rasanya lebih kurang sama dengan ikan siakap juga. Kalau guna ikan siakap saya beli yang sederhana besar.

BAHAN-BAHAN :
2 ekor ikan gerut sederhana besar atau 1 ekor ikan siakap
Daun sup
Daun bawang

BAHAN-BAHAN SOS :

3 sudu besar kicap cair
1-2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 camca teh serbuk lada hitam
1 sudu kecil minyak bijan
3 inci halia, dimayang halus
1 biji bawang besar-dimayang halus
3 ulas bawang putih-dimayang halus
Garam dan gula secukup rasa

* boleh di tambah air limau kasturi atau jus lemon untuk sos perapan ikan ini.

Cara memasak :

- Bersihkan ikan dan perap bersama air asam jawa sekejap untuk buang hanyir.

- Masukkan semua bahan-bahan sos, garam, gula dan lada hitam. Kacau sebati.

- Letakkan ikan di dalam pinggan dan curahkan campuran sos ke atas ikan.

- Taburkan halia serta bawang diatas ikan dan masukkan juga halia serta bawang didalam perut ikan .Taburkan juga daun bawang atau daun sup ke atas ikan ni.

5. Kukus ikan sehingga masak .

SALAD n AYAM PANGGANG


Dinner tadi saya masak ayam panggang lagi dan saya kukus brokoli serta ada salad romaine. Saya hanya guna low fat thousand island untuk salad dressing dan untuk saladnya saya campur kidney beads , kiub nenas tin dan tomato cherry . Kalau ada sayur salad lain pun boleh dicampur sama...


Romaine lettuce dengan kidney beans , tomato cherry dan nenas hmm sedapnya

Sabtu, 26 Jun 2010

AYAM PANGGANG n SALAD



BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam sederhana besar yang dipotong 12
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu kecil black pepper
1/2 cawan minyak zaitun
1/2 cawan Worcestershire sauce
2-3 sudu besar kicap
1 sudu kecil italian mix herbs
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
- Kisar bawang merah dan bawang putih .
- Bersihkan ayam dan tos sekejap , masukkan semua ayam ke dalam bekas yang sesuai kemudian masukkan bahan kisar , semua bahan lain dan gaul rata dan peram selama 6-8 jam . Simpan ayam dalam fridge.
- Pre-heat oven selama 10 minit , susun ayam dalam tray pembakar dan bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 45 minit atau sampai ayam masak.

SALAD KOBIS UNGU
BAHAN-BAHAN :

1/4 kobis merah
1 biji apple hijau
1 biji apple merah
1 peket kacang gajus atau kacang walnut

DRESSING UNTUK SALAD :

10 sudu besar olive oil
2 sudu besar balsamic vinegar
Garam , gula dan serbuk lada hitam secukup rasa

*Banyak mana nak guna balsamic vinegar atau bahan-bahan dressing lain adalah bergantung pada citarasa kita.

CARA PENYEDIAAN :

Bersihkan kobis dan semua buah apple kemudian kobis ini di potong nipis-nipis , buah apple di potong kiub. Semua bahan dimasukkan dalam sebuah mangkuk yang sesuai. Kemudian masukkan kacang gajus kedalam mangkuk ni juga.

Dalam bekar tupperware atau balang kaca yang sesuai campurkan semua bahan dressing tadi dan goncang sampai semua bahan sebati.

Bila nak makan boleh la di tuang dressing tadi ke dalam mangkuk yang berisi salad dan gaul semua bahan sampai sebati dan sos menjadi sekata.


GRAVY
-Saya guna semula tray yang diguna untuk panggang ayam ni , letakkan tray ni di atas api dapur dan saya cairkan 1 sudu butter kacau kemudian saya masukkan 1 cawan susu segar dan saya kacau sehingga semua saki-baki sos perapan dari ayam panggang tadi larut dalam susu ini .
-Kemudian saya masukkan 1 sudu besar serbuk Bisto atau boleh juga digunakan serbuk brown sauce jenama Mc Cormick . Kacaus emua bahan sampai gravy masak , sebati dan mendidih.

Khamis, 24 Jun 2010

CHICKEN & EGG MAYO SANDWICH


Bila buat sandwich saya suka pelbagaikan filling macam kali ni saya guna isi ayam panggang dengan telur rebus yang hancur serta digaul dengan mayonis dan cara macam ni agak mudah serta rasanya memang sedap yum yum..

Chicken & egg mayo sandwich..sedapnya..


Macam-macam bahan lain yang boleh ditambah macam timun , avacado, tomato , alfafa sprouts dan macam-macam jenis salad . Saya suka sapu roti dengan butter atau cream cheese dulu tapi kalau tak mau sapu pun boleh sandwich yang kita buat ni jadi makanan yang lagi baik untuk kesihatan sebab kurang lemak..


Lepas dah letak chicken mayo kita letak pula egg mayonis ni dan banyak mana kuantitinya ikut pada selera masing-masing la...


Lepas tu boleh la kita susun pulak sayur-sayurnya lagi banyak sayur lagi bagus lagi sihat sebab banyak fiber . Dah pun siap sandwich kita ni ermmm sedapnya dan sangat mengenyangkan..cuba la...

CHICKEN & EGG MAYO


Saya suka makan sandwich sebab mudah nak disediakan dan sedap . Filling untuk sandwich ada macam-macam jenis dan yang saya tunjukkan dalam n3 kali ni ialah chicken mayonis dan egg mayonis .
Semalam saya ada beli roast chicken dari hypermarket tapi tak habis so yang left over ni la saya buat jadi chicken-mayo . Selalunya bila saya panggang ayam anak-anak tak suka makan bahagian dada ayam so saya buat jadi chicken mayo la juga . Boleh juga beli dada ayam kemudian direbus dan lepas tu dipotong kecil-kecil sebelum digaulkan dengan mayonis..


Isi ayam yang dah dicarik kecil-kecil digaul dengan mayo secukup rasa dan tambah la sedikit serbuk lada hitam . Saya tak ambil kulit ayam ni tapi ikut pada selera masing-masing la . Filling sandwich yang saya bagi resepi ni sama saja macam kat Deli France , Dave`s Deli atau Dunkin Donut tapi kat restoran-restoran tu harga sandwich macam ni memang mahal la so lagi untung buat sendiri sebab boleh buat banyak..



Rebus telur sehingga masak kemudian hancurkan dan gaul dengan mayonis . Berapa banyak nak letak mayonis ikut pada selera masing-masing la . Egg mayo ni sedap di campur dengan tuna mayo atau chicken/salami..

Ahad, 20 Jun 2010

TEMPE GORENG KICAP

BAHAN-BAHAN :

2 peket tempe
1 cawan ikan bilis
6 biji ubi kentang
2 biji bawang besar
10 biji cili hijau
1 biji cili kapsicum kuning
2 sudu besar sos tiram
4-5 sudu besar kicap

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar ikan bilis

CARA-CARA MEMASAK :

-Potong tempe kecil-kecil dan ubi kentang di kupas kemudian dipotong nipis-nipis juga .Tempe , ubi kentang dan ikan bilis digoreng kemudian ditos dan ketepikan dulu sekejap.

-Tumis bahan tumbuk sampai terbit wangi kemudian masukkan bawang besar yang dimayang nipis-nipis dan semua cili sampai naik wangi . Kemudian masukkan sos tiram dan kacau semua bahan-bahan .

-Masukkan tempe , ubi kentang dan ikan bilis kemudian masukkan kicap dan terus kacau sehingga semua bahan menjadi mesra . Jika masih kurang masin boleh la ditambah kicap atau garam lagi . Resepi yang mudah dan cepat disediakan.

NASI MINYAK n KARI AYAM


Hari Jumaat lepas untuk lunch saya masak nasi minyak dan kari ayam ni . Bila tengok dalam peti ais hanya ada tinggal ayam dan ada sedikit lagi beras basmathi dari jamuan birthday Aisyah dulu . Saya masak kari simple saja tanpa sayur acar atau lauk-pauk lain mudah dan ringkas je .

Nasi minyak
BAHAN-BAHAN:

3 cawan beras basmathi
4 cawan air
1 cawan susu cair
2 helai daun pandan- disimpul & ikat
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna kuning-tak letak pun tak pe
Sedikit kismis kuning
5 sudu besar minyak sapi untuk menumis

BAHAN TUMISAN :

2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci halia
4 biji buah pelaga
2 inci kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji bunga cengkih


CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan halia serta dipotong nipis-nipis . Basuh beras dan rendam beras selama sejam .

Periuk nasi di letakkan atas dapur dulu untuk menumis semua bahan-bahan . Panaskan semua minyak sapi dalam periuk nasi kemudian tumis semua bahan tumisan sampai wangi dan bawang menjadi layu kekuningan .

Kemudian masukkan semua air , susu cair, daun pandan serta biarkan sampai mendidih dan boleh la dimasukkan semua beras , garam secukup rasa dan kacau bagi mesra semua bahan-bahan . Terus angkat periuk nasi ini dan masukkan ke dalam badan periuk nasi untuk proses masak seterusnya macam kita masak nasi biasa guna eletrik . Bila dah masak boleh la ditaburkan sedikit saja pewarna kuning serta kismis dan gaul perlahan-lahan supaya sekata warna kuning dan kismis ini bersama nasi minyak . Boleh la ditutup suis periuk nasi ini.


Kari ayam
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam
5 biji ubi kentang yg besar
4 cawan santan pekat
1 peket rempah kari ayam
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kayu manis - 1 batang je
4 biji bunga cengkih
2biji bunga lawang
4 biji buah pelaga
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1) Kupas bawang, halia dan dimayang halus , panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang bersama kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih sehingga terbit bau wangi.

2) Campurkan rempah kari dengan sedikit air di dalam mangkuk plastik .Bila bawang sudah layu masukkan rempah kari dan terus kacau sehingga rempah kari masak dan terbit minyak.

3) Kemudian masukkan semua santan dan kacau , masukkan semua ubi kentang dan biarkan kuah mendidih sekejap.Masukkan ayam dan garam dan kacau supaya semua bahan mesra.

4) Perlahan api dapur dan tutup periuk dengan tudung periuk , biarkan kuah terus mendidih . Kacau kuah sekali-sekala dan bila ayam dan ubi kentang sudah masak boleh la di tutup api dapur dan hidangkan kari ayam ini.

Sup ubi kentang n crab stick


Resepi yang sangat mudah nak dimasak dan sekejap je dah siap . Resepi ni memang favorite kami sekeluarga . Anak-anak suka sangat so saya guna pelbagaikan rencah untuk sup ini macam kali ni saya masukkan sekali crab sticks.

BAHAN-BAHAN :

8 biji ubi kentang
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis
1 peket campuran suhun/fucuk
10 batang crab stick
4 -5 cawan air
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

- Kupas semua bawang dan dimayang halus , kupas semua ubi kentang dan dibelah 4 . Rendam fucuk/suhun , basuh ikan bilis.

- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang , biar sampai bawang layu dan masukkan ikan bilis kacau semua bahan sampai terbit bau harum.

- Masukkan air dan ubi kentang , biar kuah mendidih dan ubi kentang menjadi empuk , masukkan garam secukup rasa , crab stick dan suhun/pucuk . Kacau semua bahan bagi mesra dan bila suhun dah lembut boleh la di tutup api dapur.

SARAPAN APA PAGI TADI..

Salam pagi Ahad

Makan apa sarapan pagi tadi ? pagi Sabtu kami sekeluarga makan di restoran favorite kami di area rumah saya ni . Kalau nak makan roti canai atau tosei paper memang kami mesti singgah restoran Benazir la kat Puchong Indah ni.

Makanan bergoreng yang dijual kat sini pun sedap , set nasi dengan lauk-pauk pun sedap kiranya semua sedap la . Kalau malamnya ada masakkan panas ala Thai yang sedap juga dan harga pun masih murah semua menu bergoreng masih RM3.50 dengan potion makanannya banyak . Paling saya suka mihun kungfu hmm memang sedap portion banyak sangat . Restoran ni pun bersih tu yang penting sekali .

Saya makan tosai paper yang sodap dan Aisyah makan roti canai la , Kuah dal dan karinya pun sodap . Suami saya kalau makan nasi kat sini mesti ambil sendiri kuah kari ayam campur dengan kari ikan taruh atas banyak sangat banjir la...


Adlina yang memang suka sangat makan roti canai , anak-anak saya memang suka makan roti canai hari-hari makan roti canai pun boleh..


Kuah ubi kentang favorite kami sekeluarga kalau makan di sini rasanya ubi kentang ni direbus dulu kemudian ditumis dengan biji sawi , bawang , cili api,daun kari dan serbuk kunyit memang sedapp ni...



Adam yang happy menikmati sarapan..

Jumaat, 18 Jun 2010

SOTONG TUMIS KUNYIT

Resepi sotong yang simple dan senang nak dimasak dan anak-anak saya memang suka sotong masak macam ni sebab tak pedas..


BAHAN-BAHAN:

500 grm sotong
1 biji bawang merah
1 sudu besar sos tiram
Garam dan air asam jawa secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
3 cm kunyit hidup

* boleh ditambah cili api kalau nak pedas

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan sotong dan potong , tos sebentar. Tumiskan bahan tumbuk tadi dan kacau , biarkan seketika sampai naik bau harum.

3) Masukkan bawang besar , sotong , sos tiram , air asam jawa dan terus kacau . Jika kurang masin tambah sedikit garam dan kacau untuk 3-5 minit lagi sampai sotong masak.

* Jangan masak sotong terlalu lama nanti sotong menjadi kecut dan liat. Makanan laut seperti sotong dan udang tak perlu dimasak terlalu lama nanti isinya menjadi ' over cook ' dan tak sedap.

JERUK MANGGA


Saya suka juga makan jeruk tapi tak boleh makan banyak sangat perut ni tak tahan la . Suami saya lagi suka jeruk kalau jumpa kiosk jeruk kat hypermarket hubby mesti beli la kena pula dengan sambal rojak atau serbut sambal yang macam-macam perasa hmmm sedap.

Masa balik kampung minggu lepas kami ke rumah nenek suami dan buah mangga tengah lebat berbuah so hubby dapat kait dalam 20 biji buah mangga apple yang dah nak masak dan yang masih muda..

Bila balik rumah saya pun buat la jeruk guna mangga apple yang muda hmm sedap . Saya hanya letak garam dan gula secukup rasa gaul semua bahan dan biarkan semalam dalam bekas tupperware bertutup rapat. Besok pagi bila buka bekas ni tengok mangga dah jadi jeruk yang sedap , air lebihan dari buah mangga ni saya buang sikit dan jeruk mangga ni saya simpan dalam fridge supaya lebih tahan lama .

Jeruk mangga..yummy..


Buah mangga yang dicampur dengan gula dan garam secukup rasa dan gaul semuanya bagi sekata simpan semalam . Besok pagi mangga ni dah bertukar jadi jeruk yang sedap...



Buah mangga yang dah siap digaul dengan garam dan gula kalau nak pedas masukkan sedikit cili merah yang ditumbuk hancur...

Selasa, 15 Jun 2010

SAMBAL IKAN SARDIN


N3 saya kali ni pun edisi balik kampung juga...
Sambal ikan sardin tin yang mak masak simple je cara nak masak sambal ni tapi sangat la sedap . Kali ni mak masak sambal ni berkuah sikit mak ambil kuah sardin ni sikit dan kadang-kadang tu mak masak sambal ni kering mana-mana cara pun sedap....

BAHAN -BAHAN :

1 tin besar ikan sardin cap ayam saja
1 cawan minyak
2 biji bawang besar
8 biji cili api
1 keping asam keping
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

1) Asingkan ikan sardin dari kuah dan ketepikan sedikit kuah sebab akan diguna nanti . Panaskan minyak dan goreng ikan sardin sampai agak garing atau betul-betul garing . Kuah ikan sardin akan digunakan sedikit untuk resepi ini.

2) Cili api ditumbuk lumat dan bawang besar di potong kecil-kecil.

3) Panaskan sedikit minyak dan tumis cili api yang ditumbuk tadi dan biar sampai naik bau kemudian masukkan bawang besar , kacau sampai bawang besar agak layu dan terus masukkan ikan sardin , asam keping , sedikit kuah sos sardin dan garam secukup rasa . Kacau lagi sehingga semua adunan menjadi mesra dan boleh la ditutup api.

PUCUK PEGAGA


Pucuk pegaga tumbuh banyak di rumah mertua saya ni kena pula sekarang ni musim hujan memang segar dan merimbun la...
Paling besar daun pegaga ni saiz syiling 50 sen selama duduk di kampung memang tiap-tiap hari saya kutip . Saya makan sebagai ulam dengan sambal gesek ada yang mertua masak gulai dengan ikan tenggiri memang sedap . Saya kutip juga bawa balik rumah sendiri dan saya buat kerabu pucuk pegaga nanti ya saya masukkan gambarnya dalam blog saya ni..


Nampak tak pokok pegaga yang merimbun kat bawah pokok buah naga memang best saya kutip....


ulam pegaga

Isnin, 14 Jun 2010

GULAI PUCUK LABU


Gulai pucuk labu ni mak saya masak masa kami balik kampung minggu lepas . Saya dah lama tak merasak masakan gulai pucuk labu ni sebab bila mertua berkebun tanam buah labu baru la dapat pucuknya . Memang sedap sangat gulai pucuk labu ni rasanya lembut dan cukup lemak lain dari rasa pucuk labu yang biasa saya beli di pasar atau hypermarket kat rumah saya ni yang agak liat dan ranggup .

Semalam menu makan tengahari kami hanya lah masak gulai pucuk labu ni , sambal ikan sardin , ikan masin sepat dan saya kutip pucuk pegaga untuk dibuat ulam makan bersama sambal gesek tapi bagi kami yang memang suka masakan kampung memang sedap sangat . Berselero la suami den makan bertambah 2 kali la juga nasi kena pulak ada ikan masin sepat dengan sambal gesek yang memang favorite suami den hehehe...


Gulai pucuk labu

Mak perah santan dari 2 biji kelapa dan sedikit bawang serta garam secukup rasa , itu saja bahannya cukup simple tapi sangat la sedappp....



Pucuk labu
Pagi-pagi lagi bapa mertua saya pegi kutip di kebun belakang rumah . Saya memang tak reti cara-cara nak siat bulu pada batang pucuk labu ni so saya hanya tengok la cara mak buat .


Mak sedang siat kulit luar batang pucuk labu ni yang berbulu semua bulu kena buang sebab tak boleh makan kalau makan juga nanti kita boleh kena batuk .



Semalam memang saya perhatikan saja cara mak siat bulu pucuk labu ni ada caranya sangat teliti mak siat kulit batang labu ni nanti la lain kali saya cuba..

Jumaat, 11 Jun 2010

DAGING BLACK PEPPER



BAHAN-BAHAN :

500 grm daging batang pinang
4-5 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1-2 sudu besar kicap manis
1 cawan air
1 biji cili capsicum
1 biji cili merah

BAHAN DIMAYANG HALUS :

2 biji bawang merah
3 biji ulas putih
2 cm halia
1 biji bawang besar


CARA MEMASAK :

- Bersihkan daging dan potong kecil-kecil kemudian diperap dengan sos black pepper selama 4 jam . Simpan daging didalam peti sejuk bahagian biasa/fridge bukan dibahagian beku/freezer.

- Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan dimayang halus dan kacau sampai terbit bau wangi . Masukkan bawang besar , sos tiram , minyak bijan , kicap dan kacau lagi kemudian masukkan semua daging yang telah diperap tadi . Masukkan cili capsicum serta cili merah , air dan kacau serta biarkan daging ni mendidih sehingga kuah menjadi sedikit dan daging menjadi empuk.Jika daging masih kurang empuk tambah air lagi dan biarkan daging masak lagi .

-Biarkan kuah menjadi sedikit dan sekali sekala Kacau semua bahan sehingga rata dan rasa dulu garamnya jika kurang masin baru la ditambah garam .

* Selalunya saya tak tambah garam sebab masakan ni dah masin dari sos yang diguna.

Khamis, 10 Jun 2010

SANDWICH CHICKEN SALAMI


Saya memang makan roti sahaja untuk sarapan kerana saya nak cepat bersarapan kalau makan roti ni dengan apa-apa pun boleh sapu dengan butter pun dah cukup .

Kadang-kadang tu saya beli chicken salami atau bologna yang halal ni bila ke hypermarket atau ke Cold Storage . Anak-anak pun suka sangat sandwich begini kadang-kadang chicken bologna atau salami ni pun boleh diguna untuk perencah salad atau untuk dimasak bersama sos pasta hmmm sedapnya...

Sandwich chicken salami

Satu set sarapan yang mudah nak disediakan dan sangat mengenyangkan cukup dengan protein dan fibernya , sedap ni...


Kepingan chicken salami yang saya grill sekejap dan baru la saya satukan bersama salad serta roti whole meal . Sapukan sedikit cream cheese dan mayonis hmmm bertambah-tambah sedap la hehehe . Saya suka letak salad banyak-banyak dan kalau ada tomato atau avacado slice lagi la sedap .

Kita boleh guna apa saja sayur untuk rencah tambahan dan kalau nak lagi sedap letak la kepingan keju cheedar aduhhh sedapnya cheese slice memang kegemaran anak-anak saya ni , sandwich macam ni kalau makan di restoran mau mencecah harga RM7 untuk satu set . Tapi bila sediakan sendiri dirumah lagi la puas hati memang la kena beli banyak bahan-bahannya tapi kta boleh makan berulang kali...



Saya sapu dulu cream cheese yang sangat la sedap ni sebelum saya susun bahan-bahan lain boleh guna roti croissant untuk sandwich ni lagi la sedap...

Rabu, 9 Jun 2010

DURIAN , PULUT n KUAH SANTAN


Buah durian ni sedap dimakan begitu saja atau kadang-kadang boleh juga dimasak kuah durian dan ada satu lagi cara nak menikmati kelazatan buah durian ni iaitu buah durian ini dimakan bersama pulut dan kuah santan .

Menu durian ini adalah favorite kakak- kakak saya , abang dan saya sendiri . Menu ini adalah makanan tradisi masyarakat utara di Perlis dan Kedah . Durian dimakan bersama pulut yang dikukus dan juga kuah santan yang telah dicampur sedikit garam . Kadang-kadang sedikit gula ditambah bersama-sama menu ini macam dalam gambar dibawah ini . Durian yang dimakan dengan pulut n kuah santan ni hmmmmmm memang terlalu sedap....

Durian bersama pulut n dicurahkan kuah santan serta ditabur sedikit gula..alhamdulillah sedapnya menu ni...



Durian tembaga dari Balik Pulau , Pulau Pinang..
Apa jenis durian pun boleh diguna untuk menu ni cuma kali ni abang saya beli durian tembaga ni yang sangat la sedap Masyallah syukur nikmat dari Allah , rasa durian ni memang la lazat selain rupa dan warnanya yang sangat menarik perhatian berbeza dari durian jenis yang biasa saya makan sebelum ni..



Bila sampai saja ke rumah saya , suami dan abang saya buka durian ni hmm semerbak harum bau durian...

MIX GRILL



Mix grill ada udang , daging dan sotong hmmm yummy...


Saya guna dapur mudah alih dengan grill pan dan butter untuk mengrill semua daging dan makanan lain ini . Mix grill ini boleh dirata begitu saja dan dicicah dengan sos atau dimakan dengan nasi putih atau nasi goreng .



Daging topside yang saya perap dengan sos black pepper segera yang boleh dibeli di hypermarket . Sotong dan udangnya pula saya hanya lumur dengan garam serta kunyit . Bila nak grill kita sapukan sedikit butter pada pan grill ini dan kita grill semua bahan sehingga masak , sedap ni cuba la...


Isnin, 7 Jun 2010

FAMILY GATHERING


Salam pagi Isnin..
Hari ni dah mula cuti sekolah ya , ramai la parent yang bercuti bawa anak-anak melancong atau balik kampung dan mungkin ada yang relek saja di rumahkan . Hari Sabtu dan Ahad yang baru lepas ni saya memang sibuk sebab saya buat family gathering di rumah dan selalunya bila cuti sekolah memang jadi kebiasaan saya akan berkumpul bersama kakak-kakak dan abang .
Semalam hari Ahad pula saya ke rumah kakak di Nilai dan kami keluar pergi jalan-jalan bila dah makan malam bersama baru la saya balik ke rumah . So hari ni memang saya mengemas segala peralatan dapur yang masih belum disimpan balik dan akan menjahit beberapa projek yang belum habis lagi sebab besok saya nak spend time dengan kakak lagi . Bila cuti sekolah macam ni la saya dapat berkumpul dengan family dan anak-anak main sepuas-puasnya dengan sepupu mereka .
Dah lama saya plan nak buat jamuan steam boat so Sabtu lepas tercapai la hasrat saya tu nak buat steam boat and bbq party ni . Selain dari steamboat saya pun buat bbq grill , saya guna grill pan je , saya perap daging guna black pepper sauce dan ada juga udang dan sotong . Saya guna butter untuk grill daging , sotong dan udang ni hmmm sedapnya..

Saya masak kuah tomyam untuk steamboat dan bahan-bahan lain untuk steam boat tu saya beli di hypermarket je . Kak Ija bawa nasi goreng kampung dan kak Amy bawa udang dengan sotong kembang serta ada juga kek dengan rojak buah . Menu simple tapi sedap...


Steam boat


Bbq grill hmmm sedap dan yang paling laku...


Abang saya yang datang dari Penang pun bawa durian dari jenis tembaga yang memang sedappp sangat selalunya abang Kamal akan bawa durian dari rumah dia saja tapi kali ni abang Kamal beli lagi durian tembaga ni yang dibeli dari Balik Pulau , Penang mari la . Saya masak pulut dan buat kuah santan untuk di makan dengan durian ini hmmm sedap sangat syukur alhamdulillah...

FAMILY GATHERING


Bila semua dah berkumpul ramai-ramai memang la best , makan-makan dan berkumpul bercerita catch-up perkembang hidup masing-masing . Saya memang close dengan abang dan kakak-kakak saya (kita semua mesti la macam tu kan close dengan family kita) . Family gethering ni memang selalu kami buat dan bergilir-gilir di rumah masing-masing .

Masing-masing berjamu selera dan saya pula tengah grill udang , daging dan sotong . Alhamdulillah jamuan makan-makan di rumah saya berlangsung dengan lancar dan best sangat...

Anak-anak sedara yang melayan diri sendiri nak makan apa saja serta pilih saja udang , daging atau sotong lepas tu grill sendiri la..


Makan-makan sambil sembang-sembang dan tengok movie releks je , great weekend...


Insyallah lain kali boleh saya buat lagi party steam boat ni nak prepare bahan-bahannya pun tak susah sangat dan bila dah habis majlis senang je nak berkemas..