MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Isnin, 31 Januari 2011

Shopping pagi Sabtu

Memang best bila dapat pegi kedai Bake with Yen sebab macam-macam sangat barang untuk baking kat sana cukup lengkap pilih saja . Kadang-kadang tu ada barang tak de dalam list pun terbeli hehehe tapi memang saya akan guna juga pun bila nak masak nanti .

Sabtu pagi yang lepas saya ke BWY untuk beli barang-barang baking untuk birthday Adlina Sabtu ni . Bila dalam kedai rambang mata semuanya nak beli so kena buat list barang yang betul-betul perlu nak digunakan .

Icing image/edible image


NI la yang saya beli


Papan kek dan candle



Spices dan coklat emulco

Sabtu, 29 Januari 2011

Cupcake Upin dan Ipin untuk Adlina

Salam pagi Sabtu hari ni mula la cuti sekolah seminggu ya , ke mana kita mesti ada yang dah sampai kampung malam tadi hehe . Saya hanya di rumah sebab raya cina ni baru ada family gathering .

Cup cake ni saya buat untuk birthday Adlina baru-baru ni . Saya guna resepi butter cake dan untuk nak hias cake saya guna bacuhan krimwell serta edible image . Hiasan kek yang saya buat ni simple je dan hasilnya sangat memuaskan yang penting Adlina suka sangat..

Birthday girl Adlina dengan Adam dan kak Aisyah..

Ini la cup cake untuk birthday Adlina, dia suka sangat..

Upin & Ipin

Simple cup cake decorations..

Saya guna perisa strawberry untuk icing decoration ni..


Cup cake yang dah disapu bancuhan krimwell dan saya letak sugar/edible image Upin & Ipin . Kartun Upin & Ipin memang la favorite Adlina dan si kecil Adam , kiranya suka sangat dan rasanya ada dekat 20 kali dah Adam dan Adlina dok ulang tengok movie Upin & Ipin sampai boleh hafal dialog la hehe..

Dah ready ni , dekat setahun saya tak pegang piping bag ni nasib la masih ingat caranya nak pasang nozel dan skill nak hias kek masih maintain hehehe

Proses nak bagi cantik cup cake , anak-anak pun sama join tengok mama in action dan Aisyah cakap dia nak cuba nanti la saya nak ajar Aisyah teknik nak bancuh krimwell atau butter cream dan cara-cara nak hias kek lepas tu boleh ajar Adlina pula..

Best juga sekali-sekala bila dapat deco kek guna cream ni kalau buka untuk ambil tempahan cupcake dari pelanggan ok gak kan hehe

Jumaat, 28 Januari 2011

Pai labu sedapnyaaa

Petang tadi saya masak pai labu ikut resepi dari buku yang saya baru beli tajuknya "In the mood for pastries & tarts" oleh Alan Ooi ( bukan promote buku ni ya hanya bagi cadangan pada yang baru nak cuba masak pie macam saya ni) buku ada dijual di Popular . Semua resepi nampak gayanya macam senang buat dan first time saya buat pie labu jadi juga .
Rasa pie ni memang sedap sangat hmmm cukup lemak manis dan ada rasa rempah macam serbuk kayu manis , semua rasa balance sedapppppnyaaa...saya bagi resepi yang saya ambil dari buku ni..
Yum yum pumpkin pie.........

SWEET SHORT CRUST PASTRIES

Ingredient:
A
200gm plain flour
20gm milk powder
11ogm butter
50gm icing sugar
1 1/4 salt

B
2 1/2 table spoon water

METHOD :

-Mix ingredients A till crumbly . Add in ingredients B, mix to form dough.

-Shape it into ball and press it flat. wrape it up with plastic and chill it in refrigerate for 30 minutes.
______________________________________________________

PUMPKIN PIE

Ingredients:
1 portion sweet short crust pastry

Fillings:
A
400gm pumpkin

B
110gm brown sugar
120ml UHT whipping cream
3 eggs [B]
1/2 teaspoon ground cinnamon
1/2 teaspoon groung ginger
1/8 teaspoon groung clove
1/2 teaspoon salt

METHOD:

Dough:
-Roll short crust pastry into 3mm thickness,press it into mould. Bake in preheated oven at 175 degree celcius for 15 minutes or untill the pastry turns light golden brown.Remove and set aside.

Fillings:
-Steam pumpkin untill softens. Mash it and mix it with Fillings B.Filter it.

-Pour the fillings into pie mould, bake in preheated oven at 180 degree celcius for 40 minutes.

Pai yang dah ready nak masuk dalam oven..

Nasi goreng kicap

Pagi tadi Aisyah ada acara merentas desa di sekolah so saya maska breakfast yang agak heavy bagi Aisyah ada tenaga nak lari 7 kilometer jauh tu ponet la anak den nanti . Awal pagi pukul 6 saya mula masak sarapan . Tengok ada nasi semalam so saya goreng saja dan cara gorengnya sangat mudah yang penting mesti ada kicap kipas udang manis..

BAHAN-BAHAN:

5 cawan nasi
2 biji telur
Kicap secukup rasa

BAHAN-BAHAN DITUMBUK HALUS:

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis ( direndam dahulu )


CARA MEMASAK :

1) Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai terbit bau harum .

2) Masukkan 2 biji telur dan kacau semua bahan menjadi rata .

3) Masukkan semua nasi yang telah dilerai-leraikan tadi dan kacau sehingga semua bahan menjadi mesra . Masukkan kicap secukup rasa dan terus kacau untuk 5 minit lagi sehingga nasi menjadi agak kering dan boleh la ditutup api dapur.

Selasa, 25 Januari 2011

Pengat labu dan keledek..sedapnyaaa..

Balik kampung kali ni banyak juga saya dapat kutip sayur dan hasil tanaman yang mertua tanam sendiri macam labu dan keledek yang saya masak pengat ni . Resepi pengat memang favorite anak saya Aisyah dan selalunya bila saya masak pengat dia la yang rajin ulang makan sampai 2-3 kali . Selalunya lepas masak dan dah sejuk saya akan masuk pengat dalam fridge bagi sejuk . Aisyah memang suka makan pengat yang sejuk-sejuk....
BAHAN-BAHAN :

Ubi keledek
Labu secukupnya
Gula kabong secukupnya
Gula pasir secukupnya
Santan kelapa secukupnya
Sedikit sago biji
Secubit garam
2 helai daun pandan

CARA MEMASAK :

Bersih ubi keledek serta labu dan potong menjadi ketulan kecil kemudian simpulkan daun pandan.

Masukkan santan dalam periuk bersama gula pasir , gula kabung , daun pandan , secubit garam , keledek serta labu . Bila kuah dah mendidih masukkan biji sago dan sekali sekala kacau kuah supaya sago tidak melekat pada pemukaan periuk tadi .

Rasa gula jika kurang manis boleh la ditambah lagi . Kacau bubur dan bila ubi/labu dah empuk serta masak boleh la ditutup api dapur .

Campuran labu dan ubi keledek..

Ni la buah labu yang mertua kutip dari kebun belakang rumah untuk saya bawa balik..

Masak lemak cili api pucuk pegaga

Resepi ni memang favorite encik husband . Bila masak resepi ni boleh juga dicampur dengan ikan sungai atau dengan ikan bilis . Nak masak pun senang dengan bahan yang mudah nak di cari . Pucuk pegaga ni saya kutip dari kebun mertua masa kami balik baru-baru ni .
BAHAN-BAHAN :

Pucuk pegaga-dibersihkan buang akar
Segenggam ikan bilis-dibasuh
3 cawan santan pekat
1 serai-dititik
1 keping asam keping saiz kecil
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api
3 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK

Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , serai , asam keping dan santan ke dalam periuk . Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan pucuk pegaga dan kacau serta biarkan samapai kuah mendidih dan pucuk pegaga masak .

* Sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah minyak

Pucuk pegaga

Isnin, 24 Januari 2011

Makaroni goreng sardin

Hari ni untuk bekal anak-anak ke sekolah saya goreng makaroni yang dicampur dengan rencah lauk semalam iaitu sambal sardin . Mudah je nak goreng makaroni ni , cepat dimasak sedap dimakan...
Sambal sardin ni saya masak malam tadi untuk dimakan dengan nasi so memang dah sedap la sebab saya dah masak tumis dulu dgn bawang, cili kering kisar , belacan dan bahan-bahan lain secukup rasa .
makaroni goreng simple tapi sedap la..
BAHAN-BAHAN :

5 cawan macaroni
Sambal ikan sardin secukupnya
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu besar sos tiram
2 biji telur
Kicap dan garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan dimayang halus . Rebus macaroni sampai empuk dan ditos.

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang , kacau sampai terbit bau wangi . Masukkan sos tiram dan kacau bila kemudian boleh la dimasukkan telur ayam . Kacau semua bahan dan boleh la dimasukkan semua sambal sardin serta hancur-hancurkan sardin . Kacau semua bahan dan masukkan macaroni serta kicap dan kacau mesra semua bahan. Jika kurang masin baru la ditambah garam dan bila macaroni dah masak boleh la ditutup api.

Jumaat, 21 Januari 2011

Macaroni dan keju

Ada balance keju cheddar so saya masak resepi macaroni dan cheese yang sangat mudah serta cukup sedap ni . Satu lagi menu kesukaaaaaa anak-anak dan bila dengar je saya nak masak mac & cheese Aisyah dan Adlina senyum sambil cakap nakkk sedapnya...
Macaroni and cheese ni sangat simple dan pada sesiapa yang gemar makan cheese mesti cuba resepi ni...
Mac and cheese

BAHAN-BAHAN :

1 peket macaroni
2 cawan parutan keju cheddar -boleh tambah
1/2 cawan keju parmesan-boleh tambah
1 lter susu segar dalam kotak-boleh tambah
4 sudu besar mentega
2 sudu tepung gandum
Black pepper secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara nak masak sos ni macam nak buat sos bechamel . Kalau resepi asal tak letak keju parmesan tapi saya yang tambah .

CARA PENYEDIAAN PASTA :

- Didihkan air didalam periuk yang cukup besar . Bila air dah cukup mendidih masukkan semua macaroni dan rebus sehingga cukup kembang dan lembut. Bila dah masak toskan macaroni ini dan ke tepi kan dulu.

- Masukkan semua butter dalam periuk dan panaskan periuk kemudian masukkan semua tepung gandum dan kacau bahan-bahan ni sampai la tepung gandum bertukar warna kekuningan dan masak .

-Dengan cepat terus masukkan susu dan kacau sekejap . Kemudian masukkan semua keju cheedar dan parmesan serta serbuk black pepper didalam periuk dan kacau .

-Terus kacau sos dan guna api dapur sederhana besar serta biarkan sampai sos masak serta menjadi pekat .

-Kemudian masukkan semua macaroni secukupnya dalam sos dan kacau sehingga sos dan pasta sebati .

- boleh juga ditabur parmesan cheese masa nak makan hmmmm yummmy....

yum yum..


Senyum je Adlina sambil makan mac & cheese ya..

Jemput-jemput pisang

Pagi tadi saya tengok ada pisang yang dah masak ranum so petang ni saya masak cucoq kodok pisang . Kuih tradisi melayu yang paling senang nak dimasak dan yang penting favorite anak-anak kejap je habis..seronok mama tengok..

Jemput-jemput pisang atu coqkodok pisang..



Nak masak coqkodok pisang ni saya tak ada sukatan tetap ikut suka hait saya nak bancuh macam mana . Bahan-bahannya mudah je pisang lenyek ,tepung gandum , gula , air dan sikitt je garam . Gaul rata semua bahan-bahan dan boleh la digoreng .

Saya tak suka guna tepung banyak sangat nanti tak rasa pisang tak best la...

Menu hari ni


Asam pedas ikan pari,masak lemak cili api pegaga dan ikan masin..

Menu pilihan hari ni ikut citarasa encik husbandku yang sangat simple kalau ada masak lemak cili api pegaga dan ikan masin pun dah cukup untuk buat suami saya berselera . Menu simple masakan melayu ada pedas dan ada yang cukup lemak ditambah pula dengan ikan masin hmmmmm sedapnya syukur alhamdulillah....


Khamis, 20 Januari 2011

Asam pindang ikan sembilang

BAHAN-BAHAN :

2 ekor ikan sembilang saiz sederhana besar
2 batang serai - dititik
i ikat pokok daun kesum
1 keping asam keping - boleh ditambah ikut selera sendiri
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :
1 biji cili merah yang besar - kalu nak tambah pun boleh
2 cm kunyit hidup
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm belacan yang dah dibakar

*Selalunya asam pindang utara ni tak terlalu pedas dan semua rasa masam , pedas adalah seimbang..

CARA MEMASAK :

- Bersihkan ikan sembilang dan potong kepada beberapa bahagian.

- Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk , serai , air dan asam keping . Masukkan semua ikan sembilang dan garam , kacau . Biarkan kuah memdidih dan ikan masak baru la ditutup api dapur.

Sandwich peanut butter n pisang yummy..

Sandwich favorite anak-anak saya ni . Saya ambil resepi ni dari blog masakkan Kak Ija my sister . Jom singgah blog kak Ija sebab ada banyak sangat resepi-resepi yang sangat sedap dan kalau nak ke sana klik saja DISINI......jom...
Sedapnya sandwich ni...
Ingredients

Bread or wheat bread
Bananas sliced
Butter
Creamy or crunchy Peanut Butter
Honey or pancake syrup (optional)

Toasted the bread evenly, coat one piece of bread with butter and one piece with peanut butter . Cover the peanut butter with a layer of bananas and then the other piece of bread. Pour a little bit of honey or pancake syrup. Serve immediately.

Rabu, 19 Januari 2011

Lasagna

Semalam saya masak menu yang mudah dan cepat nak disiapkan . Sekali-sekala tukar pulak kepada menu western . Anak-anak memang suka la...

Lasagna

Lapisan berselang-seli lasagna dengan sos becamel dan sos bolognaise serta parutan keju .

BAHAN-BAHAN:
1 kotak instant lasagna
2 tin sos pasta bolognaise PREGO perisa tradisional
2 peket ayam cincang
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu besar minyak zaiton
Sedikit herba oregano fresh
Garam secukup rasa-bila perlu sahaja

BAHAN UNTUK SOS BACHAMEL :
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar butter
1 liter susu segar kotak
parutan keju parmesan atau chedder secukupnya
Sedikit black pepper
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK SOS BOLOGNAISE :
Kupas semua bawang dan cincang halus , kemudian panaskan minyak zaitun di dalam frying pan dan tumis semua bawang tadi dan kacau sampai layu. Masukkan pula ayam cincang dan kacau selepas itu masukkan sausage yang telah di potong nipis-nipis , terus kacau sampai ayam dan sausage masak, tambah garam jika sos kurang masin . Masukkan semua sos spaghetti Preggo dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra dan masak .

SOS BECHAMEL:
Panaskan butter dan masukkan tepung serta kacau sehingga tepung masak kekuningan kemudian masukkan susu dan terus kacau kuah ini . Masukkan sedikit parutan parmesan cheese dan serbuk black pepper. Biarkan kuah mendidih dan masak , terus kacau kuah sehingga masak dan menjadi pekat . Boleh ditutup api dapur..

CARA MEMASAK :

Susun lapisan pertama lasagna dalam tray/baking dish yang sesuai . Saya curah sos bechamel dengan banyak sampai banjir supaya kuah sos bechamel yang sudah mesra bercampur dengan sos bolognaise meresap dengan sempurna dalam kepingan lasagna .

A - susun kepingan lasagna
B - lapis sos bolognaise ayam
C - lapis sos bechamel
D - tabur cheese

* Ulang susunan di atas sampai habis semua bahan - bahan .

Lapisan taburan keju kemudian ulang balik cara susunan A,B,C dan D.

Ini ialah lapisan yang paling atas, penuh dengan cheese monzarella dan chedder . Nak banyak mana cheese ikut suka la . Saya curah kuah bechamel sampai banjir supaya kepingan lasagna masak dengan elok .


Bakar dalam oven pada suhu 170'C selama 45 minit atau sehinga lasagna masak . Selalunya saya bakar sampai bahagian atas agak garing .

Isnin, 17 Januari 2011

Masak lemak putih pucuk manis

Sayur favorite kami sekeluarga dan kalau masak sayur pucuk manis mesti ada ubi keledek . Nak masak menu sayur ni sangat mudah yang penting sayurnya mesti fresh dan guna santan segar yang pekat . Menu sayur ni sedap dimakan dengan ikan goreng atau ikan masin dan ada sambal belacan ishhhhh sedap sungguh...

BAHAN-BAHAN :

2 ikat sayur pucuk manis
1 biji keledek
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis
2-3 cawan santan
Garam secukup rasa


CARA MEMASAK :

1) Bersih kan sayur pucuk manis dan lurut semua daun-daun pucuk manis ini dari batangnya , kupas semua bawang dan dimayang halus . Kupas ubi keledek dan potong menjadi ketulan kecil.

2) Masukkan semua santan ke dalam periuk bersama dengan ikan bilis dan bawang yang di mayang halus tadi . Gunakan api yang sederhana besar untuk masak kuah ini dan masukkan semua ubi keledek . Biarkan ubi keledek masak sampai empuk dan bila kuah dah mendidih boleh la di masuk kan sayur pucuk manis serta garam . Kacau semua bahan supaya menjadi mesra dan bila sayur pucuk manis sudah layu serta masak boleh la ditutup api dapur.

Resepi yang sangat simple tapi sedap sangat.

Khamis, 13 Januari 2011

Kepah tumis asam pedas

Selalunya kalau menu kepah saya suka masak black pepper , sweet sour atau tumis serai tapi kali ni saya cuba tumis stail asam pedas dan memang sedap la...Masa saya beli tu kepah-kepah ni masih hidup tu yang bestnya kalau ke Pantai Remis segala siput yang dijual memang fresh so isi kepah ni memang terasa manisnya..
BAHAN-BAHAN:

2 kilo kepah segar
2 batang serai
1 bunga kantan- dibelah dua
Asam jawa secukup rasa atau asam keping
Segenggam daun kesum/ 1 ikat
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DI BLEND:

10 biji cili kering - direbus supaya menjadi lembut
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
3 cm belacan

*Tak perlu tambah air sebab kepah ni akan keluarkan air bila dah masak dan kalau nak pedas tambah la cili lagi.

CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan diblend sehingga naik bau.Kacau sehingga sambal menjadi masak dan pecah minyak.Kemudian masukkan serai dan kacau lagi.
Seterusnya daun kesum, asam keping dan bunga kantan. Kacau semua bahan dan terus masukkan semua kepah .
Masukkan garam dan gula kemudian kacau supaya semua bahan menjadi mesra. Bila dah hampir masak kepah akakn keluarkan air dan akan cengkerangnya terbuka .


Kepah fresh dari Pantai Remis , Kelang..

Rabu, 12 Januari 2011

Kupang black pepper

Kupang yang saya beli di Pantai Remis ni jenis besar dalam 3-4 inci panjang kulitnya dan isinya sedap dan manis ..
BAHAN-BAHAN :

1 kilo kupang
Sos black pepper secukupnya
Sos tiram secukupnya
Sedikit air asam jawa secukup rasa
Garam secukup rasa

Bahan di kisar halus :

4 biji bawang merah
3 biji ulas putih
2 cm halia

CARA MEMASAK :

- Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar dan kacau sampai terbit bau wangi . Masukkan sos tiram serta air asam jawa dan kacau kemudian masukkan sos black pepper secukupnya . Masukkan semua kepah yang sudah dibersihkan dulu .Kacau semua bahan sehingga rata dan rasa dulu garamnya jika kurang masin baru la ditambah garam . Tak perlu tambah air sebab bila masak kupang ni akak keluarkan air . Bila dah masak kupang akan terbuka .

Isi kupang yang fresh dan besar rasanya manis serta sangat sedap..


Kupang yang baru beli kotor la saya basuh bersih dan gosok/kikis guna pisau permukaan kulitnya..

Selasa, 11 Januari 2011

Mentarang di Pantai Remis

Petang Ahad di tepian Pantai Remis kelihatan seorang pakcik sedang menolak sampan kecil menuju ke pantai . Saya memang tahu pakcik ni mesti baru habis mencari mentarang sejenis hidupan bercengkerang macam kepah dan kupang . Sebelum ni masa saya cuti-cuti di D`Muara Resort di Sungai Besar saya pernah nampak nelayan yang cari kerang dan mentarang masa air surut di pantai cuma saya tak pernah tengok dengan dekat . So kali ni saya dan suami memang tak mau lepas kan peluang nak tengok hasil yang pakcik ni dapat .

Kagum saya dengan kegigihan pakcik ini mencari rezeki dan saya pasti nak cari mentarang ni bukan kerja senang sebab perlu mengharung lumpur hampir separuh badan mesti penat dan perlu tenaga yang kuat selain kemahiran sebab ada cara nak kutip mentarang silap caranya luka berdarah la tangan kena muncung mentarang atau cengkerang mentarang yang nipis serta tajam . Mungkin disebabkan kerja keras mencari mentarang yang buat badan pakcik ni maintain kurus dan fit tak payah pergi gym hehehe..

Sebelum ni saya pernah jumpa dan beli mentarang yang dah dijual di tepi jalan sepanjang perjalanan nak ke Sungai Besar atau nak ke Sekinchan tapi kali ni saya jumpa mentarang yang baru di kutip fresh laaa...

Mentarang fresh...

Gigih pakcik ni kerja untuk sara keluarga dan baik orangnya semua soalan dijawab penuh semangat..
Pakcik dengan hasil kutipan beliau di petang Ahad , sambil tengok sempat juga kami interview dan dengar cerita pakcik ni . Macam-macam la suami saya tanya cuma saya tak beli sebab tengok mentarang ni banyak betul selutnya . Dulu saya pernah beli mentarang ni rasanya sedap tapi saya lebih suka makan kepah atau kerang serta kupang fresh..


'Seluk selut sampai ke pangkal lengan'

Pakcik tengah bercerita sambil jawab macam-macam soalan dari encik suami ku dan orang lain yang nak tahu cara dan kisah pengalaman pakcik yang dah lama mencari rezeki dengan mengutip mentarang ni..

Pelanggan yang bawa bekas sendiri bila beli mentarang dengan pakcik ni..

Doa saya moga pakcik ini sentiasa di beri kudrat , tenaga dan kesihatan yang baik untuk dia terus mencari rezeki dengan mengutip mentarang , amin..

Jalan-jalan ke Pantai Remis..

Petang hari minggu yang lepas kami sekeluarga jalan-jalan ke Pantai Remis , Kelang . Tarikan utama kat pantai ni ialah deretan gerai yang jual macam-macam siput dan hidupan laut bercengkerang macam mentarang, lokan , kepah, kerang giant ,siput sedut hidup fresh la dan macam-macam lagi yang saya pun tak tau namanya serta tak pernah tengok sebelum ni selain tu ada juga ikan fresh yang dijual . Pantai Remis ni memang berlumpur so tak boleh nak mandi-manda laut la so kalau ke sini hanya nak relek-relek bersama keluarga .
Bila hari Sabtu dan Ahad memang ramai la dan seronok juga tengok susana meriah di Pantai Remis . Gerai makanan memnag banyak dan boleh tahan sedap makanan yang djual dan ada juga gerai atau medan ikan bakar yang memang jadi tumpuan .
Deretan gerai jualan siput, ikan dan sayur-sayuran best la kena pegi sana lagi..


Model tetap blog saya hehehe..


Siput sedut fresh..


macam-macam ada..fresh pula tu..