MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Khamis, 29 Oktober 2009

SPAGHETTI GORENG LADA HITAM


Spaghetti goreng dengan lada hitam , bila sudah masak dan nak makan boleh la ditabur dengan parmesan cheese hmmmm....yummmy...

Tumisnya sama macam nak goreng bihun cuma saya tak letak cili kisar tapi saya ganti dengan lada hitam , nanti la saya masukkan resepinya...

TAUGEH GORENG KICAP


Taugeh ni simple saja cara masaknya dan ditambah dengan kicap , sedap . Kalau masak taugeh saya tak suka masak lama-lama sebab saya tak mau terover masak nanti jadi lembik . Saya goreng sekejap lepas sayur taugeh ni layu sikit saya terus tutup api , baru la rasa taugeh ni masih crunchy dan manis sayurnya kekal...masak cara stir fry...

Rabu, 28 Oktober 2009

CENDAWAN GORENG


Cendawan yang baru di goreng , memang sedap di makan saja tanpa sos . Digoreng garing hmmm sedap . Resepi ni lagi sedap kalau dapat cendawan fresh macam dari pasar tani .


Saya guna tepung goreng segera brand Adabi atau brand apa pun boleh . Cendawan ni saya basahkan sikit dengan air supaya tepung ni dapat melekat dengan elok pada cendawan. Kalau nak guna telur pun boleh juga tak perlu guna air ,Pastikan cendawan di seliputi dengan tepung goreng ni , goyang-goyang sikit cendawan untuk buang tepung yang tebal /berlebihan melekat pada cendawan ni .


Minyak perlu betul-betul panas dan boleh la digoreng cendawan sampai garing baru la crunchy..bila dah cukup garing boleh la di angkat pastikan guna tissue dapur untuk lapik bekas yang akan di letak cendawan yang baru di goreng ni supaya semua minyak dapat serap ke kertas tisu.

Selasa, 27 Oktober 2009

Kek pisang n badam


Kek pisang yang saya tabur badam dan coklat chips di atas , hmmm sedap dan wangi saja kek pisang ni......resepinya saya dapat dari My Resipi .com , kalau sesiapa nak resepi pegi la ke sana macam-macam resipi ada memang best.....

Ikut resepi asal taka da coklat chips dan badam , saya yang tambah sendiri sebab ada balance yang lama , sedap juga...

Kek yang baru masak , saya letak atas rak supaya sejuk dulu..



Adunan kek yang dah ready untuk dimasukkan ke dalam oven ....

BAYAM MASAK LEMAK PUTIH


Masa saya praktikal di Kota Baharu pada tahun 1993 , saya selalu gi makan lunch di satu gerai ni saja sebab masakan nya memang sedap . Salah satu menu yang selalu makcik gerai tu masak adalah sayur bayam masak lemak ni...hmmm memang sedap. Bila dah berkeluarga saya selalu masak menu ni sebab anak-anak suka . Berselera saja mereka kalau makan nasi dengan sayur bayam ni dengan ikan gorang saja dah sedap .


Nak masak menu ni pun senang saja sama macam masak lemak yang biasa tu. Campurkan santan , bawang merah+putih yang dimayang halus ke dalam periuk , segenggam ikan bilis (basuh ya) dan biarkan kuah santan ini sampai mendidih , kemudian boleh di masukkan semua sayur bayam serta garam , kacau semua bahan sampai la sayur bayam masak . Dah pun siap......

Isnin, 26 Oktober 2009

Sabtu, 24 Oktober 2009

SATAY KAJANG

Saya dan hubby memang suka jalan-jalan cari tempat makan baru kat restoran yang famous ke , gerai tepi jalan atau di mana saja untuk merasa sendiri masakan yang ada di restoran tu.....
Selalunya hujung minggu ialah hari saya dan hubby bawa semua anak gi jalan-jalan , saya masih ingat pesan ustazah rakan baik ( saya dah anggap mcm mak juga la ) rakan sekerja masa saya kerja cikgu dulu ...Kak Nah ada cakap dengan saya " Ani masa anak kau tengah kecik ni la seronok bawa dia org jalan-jalan , mana kita bawa dia orang ikut saja , anak-anak memang tengah seronok saja ..., bila dah besau nanti diaorang tak mau ikut sebab dah ada hal dan aktiviti sendiri "....memang betui juga cakap kak Hasnah ni.....macam saya la juga...masa kecil ikut mak dan abah kemana saja , bila dah besar ada aktiviti sendiri .
Saya ni anak bongsu so ke mana saja mak dan abah pergi saya ni mesti di usung/dibawa , kiranya saya memang tak pernah berpisah dengan mak dan bila mak pergi menunaikan Haji masa saya berumur 11 tahun saya ditinggal dengan jiran dan 2 minggu sebelum abah dan mak balik dari Haji saya tinggal dengan kakak saya di Subang Jaya , memang saya menangis bila nak tidur malam sebab teringatkan mak dan abah....saya memang anak manja . Kini semua tinggal kenangan , kasih sayang arwah mak dann arwah abah akan saya ingat sampai akhir hayat ni...
Saya memang tak boleh nak berenggang dengan anak-anak , ke mana saja mesti bawa ( semua parents mcm tu kan) tapi saya tau satu hari nanti bila anak-anak dah besar , mereka perlu berdikari dalam kehidupan mereka sendiri dan mereka juga akan berkeluarga dan hidup berasingan dari saya .
Selalunya restoran yang kami pergi adalah yang kami mampu nak berbelanja dan kalau mahal-mahal sangat harga makanannya kami tak pegi la....
Suami saya memang sukaaaa....sangat makan satay , favorite dia sementara saya ok la selalunya saya boleh makan paling banyak 10 cucuk lepas tu kenyang sebabnya saya suka makan sate dengan timun dan bawang jadi cepat kenyang..kalau makan satay saya mesti minta extra bawang dan timun.
Anak-anak tengah menunggu satay yang lambat sampai..tak pa la sebab satay ni memang sedap dari satay Kajang famous yang lagi satu tu.......( tak boleh sebut nama )....


Kalau nak makan satay kajang kami suka pegi ke Medan Satay Kajang yang terletak bersebelah dengan Muzium Satay yang terletak dekat dengan Stadium Bola Kajang. Kami lebih suka makan sate Emas Eksotik sebab sataynya fresh , kuah yang sedap.... memang puas laa makan...


Satay ayam , daging , paru dan limpa....


Jom makan ...hmmm memang sedap.... satay yang tak habis kami makan kena tapau la bawa balik rumah..simpan bila nak makan baru di panaskan balik...

SUP AYAM


Sup ayam yang simple...yum..yum..

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam (sederhana besar)
8 biji kentang
1 pokok daun sup
Garam secukup rasa
Air mencukupi untuk kuah sup


BAHAN-BAHAN TUMIS :

4 biji bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm kayu manis ( 1 ketul )
2 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil lada hitam

CARA MEMASAK :

- Potong ayam kepada bahagian yang kecil-kecil . Semua bawang , halia di kupas kulit dan dimayang halus . Ketumbar serta lada hitam ditumbuh halus . Kupas semua ubi kentang dan dipotong empat , daun sup diracih halus.

-Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bahan yang ditumbuk , semua rempah serta semua bawang tadi . Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk .Biarkan kuah hampir mendidih dan boleh la dimasuk semua ayam dan ubi kentang.

-Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali sehingga ayam masak serta ubi kentang menjadi empuk .Akhir sekali sebelum tutp api dapur tabur la daun bawang dan bawang goreng ( jika ada )

Jumaat, 23 Oktober 2009

SPAGHETTI GORENG

Spaghetti ni saya goreng bersama kepingan bologna ayam dan sos Prego perisa Tradisional...bila nak makan di tabur dengan parmesan cheese..hmmm yum..yum simple tapi sedap...

MENU MALAM TADI...


Malam tadi saya masak scrambble eggs , sausages dan toast whole meal bread yang saya masak sendiri..nasib la jadi hehe sedap juga , selalunya menu macam ni saya masak untuk breakfast tapi malam tadi saya rasa macam nak ubah selera dan kebiasaan kami yang mesti makan nasi untuk dinner...apa pun syukur alhamdulillah kenyang dan anak-anak suka sangat ( biasa la kan..anak-anak saya memang suka menu macam ni )...



makan dengan sardin pun sedap juga


Roti wholemeal yang saya masak semalam , nasib la jadi hehee...sedap juga....

Rabu, 21 Oktober 2009

MASAK LEMAK PETOLA



BAHAN-BAHAN :

2 biji buah petola
2 peket campuran suuhun/fucuk
1 genggam ikan bilis atau udang kering
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cawan santan pekat
Garam secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMASAK :

- Bersihkan buah petola dan buang kulit yang keras , kemudian potong kecil-kecil . Rendam semua suuhun dan fucuk. Tumbuk semua bawang dengan ikan bilis .

-Masukkan semua santan dan bahan tumbuk dalam periuk dan didihkan di atas api sampai kuah masak . Kemudian masukkan sayur eptola tadi dan kacau jika kuah agak pekat bolehlah di tambah sedikit air .

-Masukkan garam kacau sampai sampai sayur petola agak layu , kemudian masukkan semua fucuk serta suuhun , kacau lagi sampai la sayur petola ini masak.

LONTONG


Kuah lodeh , nasi impit dan sambal tumis ini saya masak masa jamuan keluarga pada hari Ahad yang lepas , menu ringkas yang sangat sedap dan mudah juga nak masaknya...favorite kami semua.


BAHAN-BAHAN KUAH LODEH:

1 ikat kacang panjang
1 ketul sederhana besar cauliflower
2 biji carrot
1 peket tempe-digoreng dulu
2 peket campuran suuhun/fucuk - direndam
Separuh biji sayur kobis
4 cawan santan pekat
1 cawan air
Garam secukup rasa

* Boleh ditambah lagi air jika mahu kuah tidak terlalu pekat . Boleh di pelbagaikan lagi jenis-jenis sayur. Boleh juga ditambah udang segar di dalam kuah lodeh ni.

BAHAN-BAHAN DIKISAR :

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
4 cm kunyit hidup
200 grm udang kering -direndam dulu
2 batang serai-potong nipis-nipis

CARA MEMASAK :

-Bersihkan semua sayur-sayuran dan potong ikut saiz yang sesuai .
-Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bahan yang dikisar ,kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan santan ke dalam periuk , biarkan kuah santan sampai mendidih .

-Masukkan sayur yang keras dulu dan kacau kuah sekali-sekali , kemudian masukkan sayur yang lebih lembut . Kacau kuah lagi serta di masukkan garam , akhir sekali masukkan sayur fucuk/suuhun dan tempe.Biarkan kuah mendidih , bila sayur dah masak boleh la di tutup api dapur .

Sabtu, 17 Oktober 2009

CUCUR JAGUNG


Cucur jagung...yum..yum sedap dicicah dengan cili sos atau kari...

BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung gandum
3 batang jagung
1 biji bawang besar
2 genggam ikan bilis
1 biji telur
2 cawan air
Garam secukup rasa

1)Boleh ditambah 2 biji cili hidup yang ditumbuk lumat jika mahu cucur pedas atau tambahkan soda bikarbonat supaya adunan lebih ranggup.

2) Lebih sedap jika ditambah udang segar dalam adunan cucur ini.

CARA MEMASAK :

Bahan-bahan yang saya campur bersama tepung , 1 biji telur , garam secukup rasa dan sedikit air dan dikacau rata.


Adunan cucur yang dah siap dan boleh la di goreng..

Jumaat, 16 Oktober 2009

PUCUK TIMUN DURI



First time saya makan menu sayur labu ni masa di kampung suami , bapa mertua saya memang berkebun dan pokok labu adalah salah satu jenis sayur yang dia suka tanam . Bila pokok labu ni mula membesar selalunya mak mertua saya akan kutip pucuk labu ini untuk di masak lemak putih .

Proses nak siang dan bersihkan pucuk labu ni agak lama , bulu-bulu pada batang pucuk labu perlu disiat dan dibuang . Kalau di area rumah saya ni pucuk sayur labu ni boleh di beli di Tesco , pasar malam dan di pasar kat rumah saya . Jenis yang di jual pun tak ada bulu so mudah la nak dibersihkan dan dimasak .


Ini la rupa pucuk labu , jenis ni tak ada bulu-bulu di batangnya so tak payah disiat kulit batang labu ni . Boleh terus di potong ambil pucuk labu serta batang yang lembut je....

BAHAN-BAHAN :
2 ikat pucuk labu
1 genggam ikan bilis atau udang kering
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cawan santan pekat
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

- Bersih kan pucuk labu . Tumbuk semua bawang dengan ikan bilis .

-Masukkan semua santan dan bahan tumbuk dalam periuk dan didihkan di atas api sampai kuah masak . Kemudian masukkan semua pucuk labu serta garam kacau sampai sayur pucuk labu menjadi layu dan masak.

SUP TULANG


Sekali-sekala masak sup tulang pun sedap juga , kuahnya sedap di hirup saja .


BAHAN-BAHAN:

1 kilo setengah tulang lembu
6 biji kentang
3 biji tomato
1 pokok daun sup
Garam secukup rasa
Air mencukupi sehingga menutupi tulang dalam periuk

*Air kena banyak sebab nak kena rebus tulang ni sampai dagingnya empuk , kena check daging untuk pastikan daging empuk atau belum jika tidak perlu lah ditambah air dan terus rebus tulang lagi.

BAHAN-BAHAN TUMIS :

1 peket sup bunjut
3 biji bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan putih
1 sudu kecil lada hitam


CARA MEMASAK :

- Semua bawang , halia di kupas kulit dan dimayang halus . Ketumbar serta jintan putih tumbuh halus . Kupas semua ubi kentang dan dipotong empat , tomato juga dipotong 4 .

-Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bahan yang ditumbuk serta semua bawang tadi . Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk . Masukkan bunjut sup dan semua tulang tadi , biarkan sampai mendidih . Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali sehingga daging masak serta menjadi empuk , kemudian boleh la di masukkan semua ubi kentang . Biarkan ubi kentang empuk dan baru la dimasukkan buah tomato , bila buah tomato nampak layu boleh la ditutup api dapur dan tabur la daun sup yang sudah di potong halus ke dalam sup.

Rabu, 14 Oktober 2009

NASI GORENG SARDIN


Malam tadi saya masak sambal sardin untuk dinner dan sambal sardin yang tak habis tu saya simpan la , pagi ini tengok banyak juga nasi semalam . So , untuk sarapan pagi ini saya masak la nasi goreng sardin favorite kami sekeluarga .
Selalunya kalau ada lebihan sambal sardin saya memang suka masak nasi goreng ni , memang sedap pada sesiapa saja yang suka ikan sardin tin...


BAHAN DITUMBUK LUMAT :

2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis

* Nak lagi pedas boleh diletak sekali cili api

BAHAN-BAHAN LAIN :

3 cawan nasi
1 sudu besar sos tiram
1 biji telur
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk tadi , kacau sampai terbit bau wangi . Masukkan sambal ikan sardin dan hancur-hancurkan ikan sardin tapi tak perlu sampai lumat. Kacau semua bahan kemudian masukkan telur dan kacau lagi , terus la masukkan semua nasi dan kacau mesra semua bahan. Masukkan garam dan kacau nasi goreng ini sampai nasi nampak sedikit kering atau sampai nasi gorang cukup masak .


Sambal ikan sardin

Isnin, 12 Oktober 2009

MINI PIZZA LAGI


Request dari anak-anak untuk sarapan semalam saya buat mini pizza lagi , cara saya sangat mudah dan ringkas , untuk resepi doh dan topping saya ada bagi dalam entry blog saya yang sebelum ni .

Mini pizza ni memang favorite Adlina , saya suka buat pizza dalam saiz yang kecil-kecil sebab lebih mudah anak-anak pegang masa nak makan..


Untuk doh pizza ni saya guna tangan saja bila nak dapatkan bentuk leper dan bulat , pada saya ni cara yang lebih cepat dan mudah dari saya guna rolling pin , dalam tray penbakar je saya tekan-tekan doh ni , letak sos spaghetti Prego prisa traditional lepas tu letak topping dan tabur dengan cheese monzarella . Bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 20 minit atau sampai pizza masak...

Ahad, 11 Oktober 2009

TORTILLA

Tortilla ni roti lempeng dari Mexico kira lebih kurang macam lebanese bread yang kita jumpa di Kyros Kebab , kadang-kadang saya beli sebab suka makan roti ni , texture roti ni liat-liat tu yang sedap..


Filling untuk tortilla ni macam-macam ikut suka kita la nak letak , apa-apa pn boleh .Saya sapu dulu sedikit butter dan baru la saya letak lebihan sosej yang saya guna untuk buat mini pizza serta saya letak pula dengan monzarella cheese , lepas tu kena la gulung dan kita terus letak dalam frying pan. Bila cheese ni cair dan jadi macam gam so tortilla ni akan melekat dan tak la terbuka senang nanti bila kita nak makan..

Resepi filling :

5 batang sosej
1 biji bawang besar
2 biji tomato
1 biji bawang putih
Sedikit italian herbs atau oregano
Cara penyediaan :

Potong sosej nipis-nipis , kupas semua bawang dan di mayang halus . Potong kiub semua tomato.

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan kacau sampai bawang layu kemudian masukkan bawang merah dan kacau lagi sehingga layu. Kemudian masukkan semua sosej dan serbuk italian herbs , kacaus ehingga sosej masak .


Tortilla yang saya masak bagi garing sikit bahagian luar dan supaya cheese kat dalam jadi cair baru la sedap di makan...


Dah siap dan boleh dimakan , hmmm memang sedap ni

Jumaat, 9 Oktober 2009

KANGKUNG GORENG BELACAN

Sayur kangkung tumis belacan ni saya dah ada bagi resepinya dalam entry yang lama . Resepi ni memang saya selalu juga masak sebab sedap kadang-kadang tu sayur ni boleh di makan macam tu saja tanpa nasi .


BAHAN-BAHAN :

1 cawan udang kertas kecil
2 ikat kangkung
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
2 cm belacan

CARA MEMASAK :

-Tumbuk lumat cili merah,bawang merah+bawang putih,belacan . Bersihkan sayur kangkung dan potong serta bersihkan udang.

-Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk sampai naik wangi , masukkan udang dan kacau. Bila udang dah masak masukkan semua sayur dan kacau , masukkan garam dan terus kacau sehingga la sayur masak baru la di tutup api dapur.

SUP SUHUN n UBI KENTANG

Resepi sup yang sangat mudah tapi lazat , anak-anak saya suka sangat . Resepinya saya ada bagi dalam entry lama dalam blog saya ni.

Khamis, 1 Oktober 2009

SPAGHETTI

Ini hidangan untuk suami tanpa parmesan cheese.


Ini cara saya dan anak-anak makan , parmesan cheese mesti taruk atas banyak juga tu , hehhee... baru la sedap....hmmm yummy...


BAHAN-BAHAN :

1 peket spaghetti
1 peket daging ayam cincang
1 labu bawang besar Holland atau bawang besar biasa – dicincang halus
2 ulas bawang putih – dicincang halus
1 tin sedang tomato soup
1 tin kecil tomato puree
4-5 tomato segar - didadu
1 tin cendawan butang – dihiris kecil-kecil
1 kiub stok ayam
4 helai daun bay
1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs

Garam secukup rasa
1 sudu gula
Keju parmesan

Cara Memasak :

1. masak air di dalam air untuk merebus spaghetti . Bila air mendidih baru masukkan spaghetti dan sedikit minyak , tujuan dimasukkan minyak supaya spaghetti tidak melekat bila dah masak nanti. Kacau sekali-sekala. Bila spaghetti sudah lembut angkat dan toskan.Letakkan satu sudu margerin atau butter pada spaghetti yang baru direbus ini dan kacau supaya pasta tak melekat .


Cara masak sos :

1.Panaskan sedikit minyak zaitun atau minyak biasa saja.Bila minyak dah panas masukkan bawang besar dan bawang putih cincang tadi . Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.

2. Masukkan ayam cincang . Kacau dan pisah-pisahkan daging ayam ni biar semua hancur dan goreng hingga daging ayam masak dan keperangan.Kemudian masukkan cendawan butang yang dipotong kecil-kecil dan terus kacau sebentar.

3.Masukkan tomato sup , tomato puree dan tomato segar . terus kacau kuah sos ini supaya semua bahan mesra.

5.Masukkan bay leafs dan italian herbs /oregano, kiub ayam, garam.

6.Biar kan sos mendidih lebih kurang 10-15 minit , kacau sekali - sekala , bila kuah dah mesra dan pekat boleh la ditutup api dapur.

7. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan .Saya goreng juga sausages untuk dimakan bersama spaghetti .

KUEH TEOW GORENG


Pagi tadi saya goreng kueh teow untuk sarapan , nak mengorengnya senang dan kena cepat kalau tak hancur habis kueh teow ni .

BAHAN-BAHAN :

1 peket kuey teow
30 ekor udang , dibersihkan
4 ekor sotong-dibersihkan
150 g taugeh
1 cawan isi ayam
1 cekak kucai - cuci bersih
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1 peket fish ball
2 biji telur
2 camca makan cili kisar
3 camca besar sos tiram
2 camca besar sos cili
3 camca besar kicap manis
2 camca besar kicap cair

Boleh ditambah kicap - ikut pada citarasa masing-masing.

Cara memasaknya:-

Kupas semua bawang dan tumbuk lumat . Bersihkan sotong dan dipotong kecil-kecil . Bersih kan sayur kucai dan potong ikut pada citarasa.

Dalam kuali panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dengan cili kisar dan biar sampai cili cukup masak .Masukkan daging ayam, udang, fish ball dan sotong sampai masak , kemudian masukkan semua telur dan kacau semua bahan bagi sekata .

Masukkan sos tiram , sos cili , kicap cair dan kicap manis dan gaul . Masukkan kucai dan taugeh dan kacau lagi .

Bila taugeh agak layu terus masukkan semua kueh teow , garam/serbuk lada sulah dan kacau hingga rata dan mesra semua bahan. Boleh la ditutup api dapur bila kueh teow dah masak .