MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Jumaat, 26 Februari 2010

SAMBAL TEMPOYAK


Sambal tempoyak

Bahan-bahan :

10 biji cili api
Sedikit garam
Tempoyak secukupnya

-Tumbuk cili api bersama garam sampai lumat dan dihidangkan bersama tempoyak . Bila nak makan baru la digaul rata. Tempoyak mesti la jangan terlalu masan dan jangan baru sangat nanti masih manis .

Hmmm sedap ni pembuka selera lagi sedap jika dapat dimakan bersama gulai ayam kampung atau gulai daging salai . Ada pula ulam-ulaman macam petai dan kerdas perhhh tambah nasi banyak kali u hehehehe....




Rabu, 24 Februari 2010

APA ADA DI BAWAH TUDUNG SAJI...


Selamat malam untuk semua pengujung blog saya ni , dah makan malam ke ?? kalau dah makan syukur alhamdulillah.....

HMmmmmm apa ada dibawah tudung saji



Jeng jeng jeng saya masak gulai daging salai , ada timun untuk ulam , telur dadar , ikan masin gelama , sambal tempoyak dan buah kerdas hmmmmmmmmmmmm sodap-sodap syukur alhamdulillah...

Ohh lupa pula set pinggan-mangkuk yang saya guna ni baru ambil dari kampung . Mak yang bagi dia dah tak pakai simpan je dalam stor . So , saya dapat la serba 6 biji , pinggan lauk dapat 6 biji dan pinggan nasi 6 biji syukur la serta saya dapat 6 biji cawan bujang kangkung juga hehehe . Mak kata dulu ada teko cukup satu set tapi dah pecah hmm nak buat macam kan kalu dah pecah nasib la saya dah ada beberapa jenis bentuk teko kangkung .

Selasa, 23 Februari 2010

GULAI TELUR ITIK


Mak mertua saya masak gulai telur itik untuk lunch masa hari ke dua kami di kampung masa cuti raya cina yang lepas . Suami saya bila nampak je mak dia masak gulai telur itik ni terus jee senyum hehehehe . Apa yo yang omak masak dio berselero yio mesti la kan dari kocik sampai bosar makan masakan omak masak mesti la sodap .

Resepi sama macam masak lemak cili api yang lain cuma cili api diguna sikit saja dan daun kunyit dipotong nipis-nipis . Santan mesti pekat sangat tu yang kuahnya jadi cukup berlemak dan sodap . Kunyit hidup pula ada jenisnya haaa bab nak pilih kunyit hidup ni saya tak habis belajar lagi dari mak nanti la lain kali gi pasar dengan mak saya akan tanya lagi . Hari tu saya dah belajar masak rendang minang ayam kampung perhhhh sodapnya.


Gulai telur itik



Menu kami tengahari itu hmmmm sodap sodap kerdas ado , gulai tolor itik , sambal ikan koli hancur , ikan sepat goreng hmmmmm sodap sodap den makan nasi bertambah 2 kali hehe macam mana la nak kurang makan ni hehe...


Jumaat, 19 Februari 2010

BUAH KERDAS


Saya memang suka makan ulam-ulaman tak kira ulam berdaun atau macam buah kerdas dan petai . Cuma bila makan ulam berbiji ni kena la berus gigi sebab ada aroma yang kuat pada nafas kita nanti hehehe.
Buah kerdas ni memang la favorite suami saya , suami saya jadi suka sangat bila nampak je buah kerdas di jual di mana-mana. Saya pulak suka makan petai lagi dan ulama lain macam kacang botol , daum selom , pucuk pegaga , pucuk gajus atau ulam raja hmmmmm sedapnya kalau dimakan dengan sambal kelapa atau sambal belacan dan kalau ada ikan bakar hmmmm sedapnya tapi di kampung suami saya tak ada menu ikan bakar , tak pe la lain tempat lain menu makanannya kan , saya ni apa-apa menu pun saya makan hehehe.

Ini la rupa buah kerdas yang masih baru di petik dari pokok , suami saya beli masa kami on the way nak balik kampung . Buah kerdas ni dijual orang asli yang buka gerai di tepi jalan dan murah pulak tu dia jual 3 ikat ni baru RM5 hmm lagi seronok la suami saya hehehe


Buah kerdas yang baru dikopek macam rupa isi buah durian pun ada warna dah serupa , betul kan kan kan


Buah kerdas yang baru memang berwarna macam ni sebab kulitnya belum bertukar jadi coklat gelap , rasanya pun sangat fresh dan sangat ranggup krup krap krup krap saja bunyinya . Hmmmm sedap ni dimakan bersama sambal tempoyak hehehe ada ramai orang yang tak suka makan buah kerdas ni tapi itu la kan lain orang lain seleranya...

Khamis, 18 Februari 2010

SEDAPNYA...

Memang best sangat bila dapat makan nasi dengan juadah yang simple tapi sedap macam ni . Bila kami balik kampung mertua mesti masak gulai ayam dan semua menu masak lemak kuning macam sayur kacang panjang dengan hati ayam tu dan kentang yang dimasak gulai juga , kadang-kadang tu kangkung pun di masak gulai juga .
Ada pula sambal tempoyak dan kerdas hmmm laju la makan tengahari tu hehehhee . Lepas tu adik ipar belikan kek sebab Isnin yang lepas ada lah hari lahir mertua so kami raikan sekali la senyum dan happy je mak hari tu .

Hmmm yum yum syukur alhamdulillah...

GULAI AYAM


Hujung minggu sudah masa cuti raya cina saya berkumpul dengan keluarga kakak serta abang yang datang dari Penang di rumah kakak saya di Nilai dan sempat la saya bercerita dan anak-anak berjumpa sepupu mereka semua.

Petang yang sama lepas balik dari rumah kakak , saya sekeluarga pun balik ke kampung suami pula Nilai nak ke Kuala Kelawang bukannya jauh sangat dalam 45 minit masa perjalanan je.

Mak mertua saya seperti biasa mesti masak gulai ayam kampung yang menjadi favorite kami semua yang balik ke kampung hujung minggu lepas hmmm memang sedap sangat la ayam kampung ni.

Gulai ayam kampung


Mertua saya masak gulai ayam ni guna kayu api dan dimasak di luar rumah sebab lagi mudah dan ruang dapur tak la berbau asap . Ayam kampung ni kena masak lama juga sebab nak bagi isinya cukup empuk baru la best nak dimakan , bab nak nyalakan api semua ni memang bapa mertua saya yang buat . Saya tolong kupas ubi kentang dan perah santan serta masak sayur serta masak lauk lain la . Mertua saya guna kuali besar sebab nak masak 3 ekor ayam senang sikit nak kacau ayam ni masa proses masak tu.


Ini pula air rebusan masa proses mencelur dan buang bulu ayam , masa proses ni pun saya tengok saja la . Masa tinggal di kampung dulu saya pernah sekali je buat proses ni dari mencelur lepas tu buang bulu ayam dan potong ayam kampung yang mak saya bela . Ok la juga kan kiranya saya ada la pengalaman kalau nak buat lagi sekarang pun tak de hal punya hehehehe .



Ayam yang dah togel dan dah siap dibersihkan serta dilayor pada bara api . Bila proses potong ayam pula encik suami la punya turn . Bila balik kampung begini la cara kami gotong royong sama-sama masak sebab bila balik memang ramai adik-beradik suami saya so semua kerja dibuat bersama bagi cepat siap dan cepat la kami dapat berjamu selera.

Rabu, 17 Februari 2010

GUMBIRANYA


Gumbiranya saya menyambut kedatangan kawan-kawan ke rumah saya pada tengahari Jumaat lepas .Terima kasih banyak-banyak pada kak Chah yang datang jalan-jalan jauh dari Kemaman dan pada Yatt serta kak Azzah8 . Bestnya dapat berkumpul bersama teman-teman sealiran sebabnya kami dapat berkongsi cerita tentang hobi kami yang sama iaitu tentang vintage/antique porcelian or pinggan mangkuk antik . Kalau ada kelapangan di masa depan jom la kita berkumpul lagi...

Menu pada lunch Jumaat lepas saya masak sambal sotong , masak lomak ayam , ikan goreng dan sayur goreng campur and for dessert saya baked a simple chocolate cake hmmm yummy..


Kami berempat dari kiri saya , kak Chah , kak Azzah8 dan Yatt...

Kalau ada sumur di ladang ,
Boleh la saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang ,
Boleh la kita berjumpa lagi .

Selasa, 16 Februari 2010

CHOCOLATE CAKE


Selamat malam , dah lama juga saya tak masukkan entry ya bukannya apa sebab menu yang saya masak sejak kebelakangan ni adalah resepi yang biasa saja dan saya dah ada masuk dalam blog saya sebelum ni . Macam kek cokolat ni pun saya dah ada buat n3 resepinya sama saja dari blog Maklang corner la hmmm memang sedap.

Kek cokolat ni saya buat untuk meraikan kawan-kawan blog yang sudi datang ke rumah saya pada hari Jumaat yang lepas . Saya ajak beberapa orang kawan tapi yang free dan boleh datang ialah Chah , Yatt dan kak Azzah8 . Ikut plan asal pada mulanya hanya saya plan nak dating gan Chah saja yang turun dari Kemaman lepas tu lagi 3 hari Chah nak datang baru saya teringat yang Yatt memang ada nak ambil barang dari saya dah kak Azzah8 pula ada nak ambil barang dengan Chah . Saya nak ajak kawan-kawan blogger lain juga tapi takut pula nanti saya menganggu hari kerja mereka lain la kalau hujung minggu pasti mereka semua free . Apa pun insyallah lain kali saya akan ajak semua blogger dan kita boleh la berkumpul di rumah saya ni lagi la best . Saya dah copy n paste resepi chocolate kek ni dari blog maklang corner so selamat mencuba ya hmmm sodapnya....



MOIST CHOC. CAKE

BHN A - diayak
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1st bpowder
1st soda bicarbonate

4 biji telur
2 cwn gula halus
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
1½ cwn air panas mendidih


Cara Membancuh adunan :

Pukul gula + telur = kembang (high speed)
Masukkan susu pekat }
Masukkan minyak }low speed
Masukkan bhn A sedikit demi sedikit }
Masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu)
Bakar 40-45’

Rabu, 3 Februari 2010

SAYUR BAYAM


Selamat malam , lama juga saya tak masukkan entry dalam blog saya ni . Ok lah dah makan malam ke semua pengunjung blog saya malam ni ? Sayur bayam masak lemak putih ni memang favorite kami sekeluarga dan bila di tambah dengan suhun dan fucuk lagi sedap jadinya . Perencah tambahan yang saya guna selalu ialah ikan bilis atau udang sayur , sayur lemak putih ni first time saya makan masa tinggal di Kota Baharu selama 5 minggu sebab praktikal masa belajar dulu . Ada satu kedai makan di depan tempat saya praktikal yang selalu masak lemak putih bayam ni hmmmm memang sedap bila dah balik dari praktikal pun kalau ada kesempatan saya cuba masak resepi ni dan bila dah berkeluarga lagi selalu la saya masak sebab anak-anak suka sangat . Selalunya resepi sayur ni kami makan dengan ikan goreng saja dan kadang-kadang saya buat sambal tumis telur atau sambal tumis lain.


Hmmm sedap ni ..


BAHAN-BAHAN :

2 ikat bayam
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cawan santan pekat
2 peket suhun+ fucuk

* Kalau kuah terlalu pekat masuk la sedikit air ke dalam kuah . Jika kuah sedikit boleh ditambah lagi santan .

CARA MEMASAK :

Bersihkan sayur bayam dan potong ikut citarasa kita la . Kupas semua bawang dan dimayang nipis serta bersihkan ikan bilis . Remdam suhun/fucuk sehingga lembut dan toskan , ketepikan dahulu.

Masukkan santan dan ikan blilis serta bawang ke dalam periuk dan masak sehingga kuah mendidih kemudian baru la dimasukkan sayur bayam dan suhun/fucuk .

Masukkan garam secukup rasa dan kacau semua bahan sehingga rata , bila sayur dah layu boleh la ditutup api dapur.



Sayur bayam masak lemak putih dengan ikan goreng , hmmm dah cukup sedap dan nak bagi pedas sikit saya buat la sambal belachan pergg lagi la sodap...