MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Selasa, 28 September 2010

Masam manis kepingan ikan


BAHAN-BAHAN :

4 fillet ikan - dipotong kepada kepingan kecil
3 sudu tepung beras*
1 sudu tepung gandum*
sedikit serbuk lada hitam*
1 biji bawang besar - dipotong membulat
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 biji cili capsicum merah-dipotong kecil
1/2 sudu kecil tepung jagung-utk pekatkan kuah

*Satukan semua tepung dan serbuk lada hitan serta digaul rata

Bahan sos :

2 biji tomato-masak ranum- dipotong kecil-kecil
4 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil sos sotong-nampla
1/2 cawan air - kalau kurang tambah la lagi
Garam dan gula secukup rasa

* Rasa sos jika ada bahan yang terkurang boleh ditambah lagi . Tak perlu ditambah garam atau gula sebab semua bahan untuk sos dah cukup denagn semua perisa .

CARA MEMASAK :

- Bersihkan semua ikan dan ditos , satukan semua bahan tepung kemudian ambil isi ikan ni gaul dengan adunan tepung tadi . Panaskan minyak secukupnya untuk deep fry kemudian goreng semua fillet ikans ehingga masak serta sedikit garing . Angkat fillet ikan dan tos kemudian susun dalam pinggan yang sesuai.

- Kupas semua bawang dan halia kemudian dimayang halus. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang dan halia , kacau serta biar sampai bawang layu. Masukkan cili capsicum dan buah tomato serta kacau sekejap . Masukkan semua air , semua sos dan kacau bagi semua bahan mesra . Bancuh tepung jagung dengans edikit air dan tuang ke dalam kuah tadi dan kacau pelahan samapi kuah jadi pekat .

-Bila kuah dah mendidih dan masak tuang semua kuah ni ke atas fillet ikan yang sudah digoreng tadi , dah pun siap resepi yang sangat mudah..


Kepingan ikan yang telah digoreng dan diketepikan dulu

Isnin, 27 September 2010

PANCAKE

Pancake ni pun favorite anak-anak dan selalunya saya beli pancake mix yang ada dijual di hypermarket . Balik rumah saya bancuh mengikut arahan di kotak . Sangat senang dan hasilnya pun sangat sedap . Bila masak tu saya biarkan pancake ni sedikit garing baru la sedap dimakan dengan apa saja manisan yang anak-anak suka macam madu , jem strawberi dan butter...


Pancake yang dimakan dengan butter, jam strawberi dan madu..

Ahad, 26 September 2010

SARAPAN PAGI NI..

Pagi ni saya masak menu sarapan yang ringkas tapi sangat sedap dan berkhasiat . Dalam masa 20 semuanya dah siap terhidang di meja makan...

Sardin dengan sramble eggs yang sangat enak dimakan dengan roti . Sramble eggs memang favorite anak-anak sementara hubby pengemar ikan sardin...



Saya pula suka makan sramble egg yang dicampur dengan extra bawang besar dan xtra telur putih lepas tu dimakan pula dengan roti sprout/penuh bijirin , romaine lettuce . Memang sedap dan berkhasiat..

AGAR-AGAR KERING


Agar-agar kering

Dah lama saya tak jumpa manisan agar-agar kering atau candy tradisi melayu kita ni . Salah satu sebabnya sekarang ni dah ramai orang tak buat manisan ni . Dulu agar-agar kering ni adalah makanan manis yang mesti ada masa sambutan raya...

Masa saya kecil sekitar tahun 1981-84 dan tinggal di Taiping saya pernah tengok makcik di kejiranan tempat saya tinggal buat manisan agar-agar keras ni . Tiap-tiap hari makcik tu akan jemur agar-agar ni sampai la satu tempoh supaya agar-agar ni cukup kering dan boleh disimpan sampai berbulan .

Dulu masa kecil saya suka makan agar-agar keras ni sebab rasanya yang manis tapi sekarang ni memang saya dah tak leh tahan la kalau nak makan banyak-banyak candy tradisi ni sebab rasanya yang manis bebenor tu..

Teringin juga saya nak cuba buat agar-agar kering ni nanti la kalau ada kelapangan saya akan cuba....

Sabtu, 25 September 2010

Jalan-jalan Aidilfitri..

Aktiviti kami hari ni ialah jalan-jalan memenuhi undang rakan-rakan rapat saya dan suami . Bila dah Aidilfitiri ni memang kita semua ambil peluang la nak lawat saudara mara dan kawan-kawan yang jarang dapat kita jumpa...
Bila dah jumpa macam-macam la cerita yang nak digebangkan sambil dapat menikmati juadah yang sedap-sedap sangat....saya masukkan beberapa keping gambar masa kami jalan-jalan siang tadi...
Gambar-gambar saya dan anak-anak masa jalan-jalan ke rumah terbuka kawan-kawan saya siang tadi...

Home made kek lapis Sarawak yang sangattttttt sedap...


Rendang tok ni dimasak oleh bapa bestfriend saya dan memang sedap sangat . Dimakan pula dengan nasi impit serta lemang ishhhh sedappppnya...


Ini pula juadah open house masa kami sekeluarga pergi ke rumah kawan baik saya di Selayang . Juadah yang disediakan simple saja tapi semuanya sedap sangat alhamdulillah...besok ada lagi beberapa rumah kawan yang kami nak pergi..

Hari raya ni hanya setahun sekali so memang saya akan penuhi setiap undangan open house dari saudara mara atau kawan-kawan...

Tumis labu air

Lama betul saya tak berblog yaa cuti sakan saya kali ni dan hari ni baru saya nak masuk n3 baru . Saya masak resepi yang simple lagi , mudah dan sedap macam resepi labu air tumis air bersama suun+fucuk ni.
BAHAN-BAHAN :
2 biji buah labu air- di kupas kulit luar yang keras dan dipotong
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis-dibasuh
1 batang serai -dititik
2 peket campuran suun+fucuk
1 sudu besar sos tiram
air secukupnya
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang sampai menjadi layu , kemudian masukkan semua ikan bilis dan kacau sehingga terbit bau wangi , kacau semua bahan seterus boleh la dimasukkan semua air dan serai . Masukkan sos tiram dan semua labu air dan kacau semua bahan bila labu hampir masak baru la di masukkan suuhun+fucuk .
- Masukkan garam secukup rasa. Kacau sayur labu ni dan bila fucuk dah masak boleh la ditutup api dapur.

Ni la labu air

Bawal sweet sour berkicap

Ikan favorite saya semestinya ikan bawal , isinya sangat manis dan ikan bawal ni sedap dimasak apa saja resepi . Selalu kalau beli ikan bawal saya suka beli saiz yang sederhana besar macam untuk resepi ni saya beli ikan bawal saiz tapak tangan saja .
Menu yang saya masak kali ni pun sangat la simple sweet sour berkicap , anak-anak saya punya favorite dish ni . Proses nak masak menu ni sangat la singkat tapi rasanya sedap...

BAHAN-BAHAN :

6 ekor ikan bawal - saiz tapak tangan je
1 biji bawang besar
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm halia

Bahan sos :

3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap manis
1/2 cawan air - kalau kurang tambah la lagi

* Rasa sos jika ada bahan yang terkurang boleh ditambah lagi . Tak perlu ditambah garam atau gula sebab semua bahan untuk sos dah cukup denagn semua perisa .

CARA MEMASAK :

- Bersihkan semua ikan dan letak garam/kunyit , goreng ikan sampai masak atau sedikit garing . Angkat ikan dan tos kemudian susun dalam pinggan yang sesuai.

- Kupas semua bawang dan halia kemudian dimayang halus.

- Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang dan halia , kacau serta biar sampai bawang layu. Masukkan semua air , semua sos dan kicap seterusnya kacau bagi semua bahan mesra .

-Bila kuah dah mendidih dan masak tuang semua kuah ni ke atas ikan bawal yang sudah digorang tadi , dah pun siap resepi yang sangat mudah tak sampai 10 minit dah siap..

*Boleh juga ditambah cili capsicum/nenas/cili merah untuk penambah perisa..

Isnin, 13 September 2010

SYAWAL NAN INDAH..

Apa kabar kawan-kawan blogger dan semua pengunjung blog saya ni ? harap semua dalam keadaan sihat sejahtera dan masih bergembira sambut Aidilfitri. Kami selamat sampai dari kampung petang tadi dan insyallah besok saya sekeluarga akan balik beraya di rumah mertua pula . Bila dah balik dari kampung suami nanti baru kami nak jalan-jalan beraya ke rumah saudara-mara dan kawan-kawan yang ada kat sekitar Lembah Kelang ni. Tahun ni memang banyak rumah kawan yang nak kami pergi sebab ramai juga kawan yang saya dan suami dapat contact balik melalui fb. Alhamdulillah Aidilfitri tahun ni kami dapat sambut dengan gembira sekali seperti tahun-tahun yang sebelumnya.....
Kami sekeluarga di pagi Syawal..


Aisyah , Adlina dan Adam
Anak-anak saya la yang teruja sangat bila nak raya biasa la kan anak-anak kita la yang menunggu bila la 1 Syawal nak menjelma , insyaallah tahun depan kalau dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik kita semua akan bertemu semula dengan bulan Ramadhan dan Syawal lagi..
Ok la sampai sini dulu , buat masa ni saya memang tak buat n3 resepi masakkan insyallah mula minggu depan saya akan start balik aktif berblog...

Rabu, 8 September 2010

SALAM AIDILFITRI

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir dan batin kepada semua rakan-rakan blogger,follower,silent readers dan pengunjung yang selalu singgah blog masak saya ni...

Semoga Syawal kali ni lebih bermakna dan kita berbahagia menyambut Aidilfitri di sampaing insan-insan tersayang...

Selasa, 7 September 2010

BISKUT COKLAT CHIPS

Biskut ni saya dapat resepinya dari blog kak Inahar Ali dan hasilnya sangat la sedap yum yum . Sumber asal resepi ni dari Allrecipe . Saya c&p resepi dari blog kak Inahar and thanks Kak Inahar sebab share resepi ni..

INGREDIENTS :
1 cup butter, softened
1 cup white sugar
1 cup packed brown sugar
2 eggs
2 teaspoons vanilla extract
2 cups all-purpose flour
1 cup ground oatmeal
1 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon salt
1 1/2 cups semisweet chocolate chips
1 cup chopped almond

Directions

Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C).

Sift the flour with baking soda. Set aside.Cream together the butter, white sugar, and brown sugar until smooth. Beat in the eggs one at a time, then stir in the vanilla. Add salt. Stir in flour & ground oatmeal, chocolate chips, and nuts. Drop by large spoonfuls onto ungreased pans. The batter will be quite thick and easier for you to to shape the cookies to a smaller or bigger size.

Bake for about 15 minutes in the preheated oven, or until edges are nicely browned.

BISKUT MENTEGA SALJU

Saya mula buat biskut dari semalam dan hari ni , setakat ni saya dah dapat buat 3 jenis biskut raya yang mudah-mudah je adunannya dan walaupun biskut ni rupanya biasa-biasa saja tapi rasanya memang sedap..
Biskut yang sangat enak...
BAHAN A :
1 cawan mentega(227 gm)
1/4 cawan gula castor (30 gm)
1 1/2 cawan tepung gandum naik sendiri(195 gm)
1/2 cawan tepung jagung(60gm)
1 sudu teh esen vanilla

BAHAN B:
Gula icing secukupnya

CARA MEMBUAT :

Pukul mentega dengan gula sehingga kembang dan menjadi ringan kemudian masukkan esen vanilla dan pukul lagi .

Satukan tepung gandum dan tepung jagung dan diayak .

Masukkan semua tepung ke dalam adunan mentega tadi dan gaul hingga menjadi doh yang lembut .

Masukkan doh ni ke dalam bekas plastik bertutup dan simpan dalam fridge selama sejam.

Keluarkan doh dari fridge dan uli menjadi bentuk bola kecil sebesar ibu jari . Susun dalam dulang pembakar , jangan susun terlalu dekat anggaran 1 inci antara setiap bebola sebab biskut ni akan menjadi leper apabila dah masak nanti . Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170`C selama 15 - 20 minit.

Bila biskut dah masak keluarkan dari oven dan biarkan sejuk dulu . Tuangkan gula aising dalam pinggan dan masukkan biskut yang dah sejuk tadi ke dalam gula icing ni .Gaul biskut ni dengan gula aising ni dan boleh la disimpan biskut dalam bekas kedap udara..

CORNFLAKES MADU


Satu lagi jenis biskut atau cookies yang jadi favorite anak-anak saya sebab tu tiap-tiap tahun saya mesti buat , kali ni saya cuba resepi dari blog kak Inahar Ali pula dan hasilnya memang sedap..

BAHAN-BAHAN A :

110 grm cornflakes
50 grm mix fruits
50 grm kepinggan kacang almond


BAHAN B :

110 grm butter
90 gula
5 sudu besar madu

*Ikut pada kreativiti masing-masing untuk hias cornflakes madu ini..

CARA-CARA :

Satukan semua bahan B ke dalam kuali dan masak dengan api yang kecil serta kacau semua bahan-bahan sehingga cair dan mesra.

Masukkan semua bahan A ke dalam kuali yang ada bahan B tadi dan gaul semua bahan sehingga sebati dan sama rata.

Masukkan cornflakes madu ni ke dalam paper cup kecil dan susun dalam tray pembakar . Panaskan oven pada suhu 175`C selama 5 minit kemudian bakar cornflakes madu ni selama 7-10 minit .

Keluarkan cornflakes madu ni dari oven dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara .

BISKUT OATS RANGUP

Minggu ni baru saya mula buat biskut untuk Aidilfitri dan n3 yang first dalam edisi biskut raya ni saya buat biskut oats ranggup . Resepinya saya dapat dari blog Mat Gebu dan memang sedap biskut ni . Proses nak buat pun senang yang penting ikut betul-betul resepi . Rasa biskut ni pun tak terlalu manis just nice dan anak-anak saya punya la suka semalam masa baru masak anak-anak saya yang makan banyak so hari ni nak buat lagi...
So untuk resepinya saya ambil dan c&p dari blog Mat Gebu juga , thanks to Mat yang sudi share resepi ni...

BAHAN-BAHAN :
200 grm mentega
80 grm gula aising
1 camca teh esen vanilla
125 grm tepung gandum
60 grm tepung beras
130 grm "rolled oats"

CARA MEMBUATNYA :

Satukan mentega, esen vanilla dan gula aising dalam mangkuk, pukul hingga rata, tak perlu kembang. Gaul rolled oats dan tepung hingga rata, masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gaul hingga menjadi doh. Bulat2kan doh, bungkus dengan plastik dan sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit.

Keluarkan doh, kemudian ambil secubit, bulat2 kan sebesar ibu jari, susun atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega dan tekan sedikit doh tadi dengan garfu. Buat hingga siap dan sapukan kuning telur di atas biskut ni . Bakar dalam oven pada suhu 175`C selama 20 - 25 minit. Sejukkan biskut atas jaringan. Simpan dalam bekas kedap udara...

Isnin, 6 September 2010

POPIAH SARDIN

Selalu karipap saja berinti sardin kan kali ni saya buat popiah sardin pula . Popiah sardin ni memang sedap sangat dan menjadi hidangan favorite kami sekeluarga...

Popiah sardin ni sungguh sedap dan kalau dah makan sekali mesti nak lagi ...


Tumis sardin seperti biasa dan kemudian buat la proses mengulung popiah dan saya guna telur untuk gam hujung popiah ni supaya melekat . Goreng popiah sehingga masak .

SHEPHERD PIE

BAHAN-BAHAN :

1 peket daging cincang
3 biji bawang besar potong dadu
2 sudu besar tepung gandum
Garam
3 sudu butter
1 sudu minyak
Serbuk lada hitam secukupnya
Mix Vegetable secukupnya

CARA MEMASAK :

Panaskan minyak dan butter , masukkan bawang besar, goreng hingga layu . Kemudian masukkan daging, goreng hingga daging masak kemudian masukkan tepung gandum dan kacau rata . Masukkan mix vegetable dan black pepper . Kacau rata, goreng hingga daging empuk . Masukkan garam, kacau sebati . Tutup api dan ketepikan.


MASHED POTATO

10 biji kentang - rebus hingga empuk
5 sudu besar butter
200 ml susu segar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukupnya

CARA MEMASAK :

Kentang direbus hingga empuk, angkat kemudian lenyek hingga hancur . Masukkan semua butter , susu dan lada hitam ke dalam adunan kentang lenyek . Kemudian masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga sebati semua bahan-bahan ni .

PENYEDIAAN SHEPHERD PIE

Sediakan bekas , masukkan kentang lenyek ratakan di bahagian dasar dan di tepi bekas dan masukkan bahan inti daging dan ratakan.

Kemudian masukkan mashed potato ke atas inti daging tadi dan ratakan . Tekan mashed potato ni supaya melekat dgn inti daging .

Buat corak garisan diatas mash potato dengan menggunakan garfu dan sapu kuning telur di atasnya . Bakar pada suhu 180`C selama 30-40 minit atau sehingga bahagian atas mash potato kekuningan.

Yummy...

SAMBAL SOTONG KEMBANG

Resepi sambal sotong kembang ni dah banyak kali saya masukkan dalam blog ni kiranya ni macam n3 ulangan la so layan je la..
BAHAN-BAHAN:
1 kilo sotong kembang
2 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
Garam , gula dan air asam jawa secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

BAHAN DIKISAR HALUS:

15 biji cili kering
5 bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm belacan

CARA MEMASAK :

1) Sotong kembang ni dipotong dan direbus sekejap untuk buang air kapur . Sotong akan jadi kecut dan boleh la ditos sotong ni dan ketepikan dulu.

2)Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau , kemudian masukkan gula , asam jawa , garam dan terus kacau sambal sampai masak dan pecah minyak .

3) Masukkan sotong , bawang besar dan terus kacau jika terlalu kering masukkan sedikit sahaja air . Kacau lagi sehingga semua bahan menjadi mesra dan bila sudah masak boleh la tutup api.

Saya guna minyak yang agak banyak masa tumis sambal cili ni supaya sambal ni cukup masak , jika kurang minyak sambal ni akan jadi kering . Nak bagi sambal sedap semua rasa mesti seimbang rasa pedas,manis dan masam .

Ahad, 5 September 2010

KEK CARROT SEDAP..

Kek carrot yang saya buat ni saya dapat resepinya dari SINI . Ikut betul-betul resepi dan kek anda mesti jadi sedap . Saya dah banyak kali buat kek carrot guna resepi yang sama dan ahsilnya hmmm sangat la yummy... cuba la....

Sebelum ni bila buat kek carrot saya tak letak serbuk kayu manis tapi kali ni saya cuba letak sedap juga cuma kali ni saya dah kehabisan walnut laa tapi kek carrot ni tetap sedap yummy..

BIRTHDAY KAKAK SAYA

Semalam 4 September birthday kakak saya so saya buatkan sebiji kek carrot untuk sambut birthday Kak Amy . Happy birthday to my beloved sister , we loved u so much and u are soo special in many ways . Bertuahnya Nannie dapat kakak yang sangat understanding , loving , caring dengan adik-adik...we loved u Kak Amy...
Kak Amy dengan anak-anak sedara dan cucu tersayang..

Special birthday cake for a very special sister..

Jom-jom kita makan kek carrot ni..

SABTU YANG BEST..

Happynya bila dapat berkumpul dengan famili
Gendang gendut tali kecapi , kenyang perut senang hati
Semalam saya buat majlis buka puasa kat rumah saya ni dan kami adik beradik dengan famili masing-masing berkumpul . Best sangat bila dapat sama-sama berbuka puasa sambil catch-up cerita masing-masing . Menu yang saya masak semuanya simple saja dan memang favorite kami .Saya buat kek carrot untuk sambut birthday Kak Amy sekali..
Masa ni famili saya baru sampai so releks la tengok tv sambil bersembang dulu , macam-macam cerita . Anak sedara saya pun ramai yang dah mula cuti dan baru balik dari asrama..


Juadah yang saya sediakan untuk berbuka semalam semuanya menu simple tapi semuanya favorite kami dan Kak Ija ada bawa shepherd pie dengan roti arab yang sangat sedap hmmm yummy..

Lagi menu berbuka semalam ada kari ayam , shephard pie , sambal sotong dgn telur dadar dan popia sardin . Syukur alhamdulillah semuanya habis...lepas raya saya nak buat lagi open house..

Kami bertiga Kak Ija , Kak Amy dan saya le...

TUMIS SAYUR CAMPUR

BAHAN-BAHAN:

Bunga kobis secukupnya
300 grm buncis
1 batang carrot
3 ekor sotong yang besar
2 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
2 sudu sos tiram
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

1. Kupas semua bawang dan dimayang halus , potong sayur buncis , bunga kobis dan carrot.

2. Bersihkan sotong dan potong nipis-nipis. Panaskan sedikit minyak dalam frying pan dan tumis semua bawang biar sampai layu. Masukkan sotong , sos tiram dan carrot , kacau sampai sotong separuh masak dan masukkan buncis , bunga kobis dan garam . Terus kacau supaya semua bahan mesra dan tutup api bila sayur buncis masak.

Rabu, 1 September 2010

AGAR-AGAR KOKTEL


Agar-agar koktel berperisa strawberry sedap dimakan sejuk..
BAHAN-BAHAN :

1 peket agar-agar
1 liter air
1 cawan susu sejat
200 grm gula pasir
1 tin fruit koktel
2 helai daun pandan
2 sudu besar perisa strawberry
Sedikit pewarna merah

CARA MEMASAK :

Masakkan agar-agar , daun pandan dengan air sehingga mendidih kemudian masukkan gula , sirap dari buah koktel . Kemudian masukkan sedikit pewarna merah dan perisa strawberry kacaus emua bahan bagi mesra.

Masukkan susu sejat dan kecilkan api serta terus kacau dan biarkan sehingga mendidih sedikit.

Tapis bancuhan agar-agar ni dan masukkan ke dalam bekas kemudian masukkan semua buah-buahan koktel ke dalam bekas berisi agar-agar ni , simpan dalam peti sejuk .


Selain dimakan begitu saja agar-agar koktel ni pun sedap dimakan dengan ais krim yum..yum...