MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Selasa, 30 November 2010

Kari kepala ikan nyok-nyok

Kari memang menu favorite saya sebabnya dari kecil lagi tiap-tiap hari mak saya mesti masak kari dan kalau ada menu kari mesti ada sambal belacan hmmm sedapnya kombinasi dua menu ni .
Cuma mak saya akan tukar bahan lauk kari tu je macam ayam,udang,ketam,daging,sotong dan ikan talang masin yang dimasak campur nenas hmm yummy . Ikan favorite yang selalu mak saya pilih macam ikan kembung, bawal dan ikan nyok-nyok ni . Isi ikan nyok-nyok ni macam ikan tenggiri + bawal so memang sedap sangat isinya kalau ikan tu betul-betul cukup fresh .
Kalau ikan ni besar bahagian kepala la paling best bila dimakan dan saya memang suka sangat bahagian kepala ni . Bila masak kari kepala ikan saya suka guna kepala ikan merah , jenahak , nyok-nyok , tenggiri dan siakap . Cara nak masak karinya masih sama dan resepi original kari orang melayu Kedah mesti ada halba campur dan daun kari . Kalau resepi kari yang dah di campur lengkuas , serai memang dah totally bukan resepi kari ikan asli .

Kari kepala ikan nyok-nyok


Isi ikan nyok-nyok yang fresh...
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan nyok-nyok ( 700 grm-1kg )
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur
1 peket rempah kari ikan
2-3 cawan santan pekat
4 biji tomato masak ranum
8 biji kacang bendi
Garam dan air asam jawa secukup rasa
* Bawang merah dan bawang putih dimayang halus , tomato dipotong kecil-kecil

CARA MEMASAK:
-Bersihkan ikan nyok-nyok dan potong menjadi beberapa bahagian kecil .
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumis semua bawang bersama halba campur serta daun kari . Masukkan semua tomato dan terus kacau sekejap sampai tomato layu .
-Letakkan rempah kari di dalam mangkuk kecil dan campurkan sedikit air serta kacau kemudian tumis di dalam periuk . Rempah kari mesti sentiasa dikacau supaya tidak menjadi hangit. Biarkan rempah masak dan terbit minyak.

-Bila rempah sudah masak boleh la dimasukkan sedikit air dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra. Biar mendidih sedikit dan boleh la dimasukkan santan dan kacau sebentar bila kuah dah nak mendidih masukkan semua ikan nyok-nyok tadi dan garam kemudian kacau . Biarkan seketika sehingga kuah mendidih kemudian rasa garam dan masam kuah supaya sesuai dengan selera. Jika kurang masam tambah la air asam jawa.

-Bila ikan sudah masak boleh la dimasukkan semua kacang bendi dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra biarkan kuah mendidih seketika dan boleh la ditutup api dapur .Tutup periuk dengan tudung periuk supaya kacang bendi terus masak didalam wap panas kuah kari. Saya suka masak kacang bendi begini supaya tidak menjadi terlalu masak dan kacang bendi boleh menjadi lembek.

Ikan nyok-nyok yang fresh dari Labuan...

Khamis, 25 November 2010

Spaghetti goreng cili api


BAHAN-BAHAN :

1 peket spaghetti-saya guna jenis wholemeal warna gelap sikit
500gm udang -kupas semua kulit n kepala
4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos sotong Thai
1 sudu kecil minyak bijan
2 biji telur
2 biji carrot-potong ikut saiz yang sesuai
2 peket cendawan inoki
Daun sup/bawang secukupnya-dimayang halus
Garam secukup rasa-jika perlu saja
Minyak secukupnya untuk menumis

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5-7 biji cili api
segenggam udang kering-direndam kejap

CARA MEMASAK :

Rebus speghetti sampai empuk dan ditos.

Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan tumbuk serta kacau sampai terbit bau wangi . Masukkan carrot kacau sekejap bagi carrot ni empuk sikit dan kemudian masukkan semua udang kacau semua bahan . Masukkan semua telur serta sos tiram dan kacau semua bahan ni bagi mesra .

Masukkan semua spaghetti tadi dan kacau mesra semua bahan dan kalau tak cukup masin boleh la ditambah garam secukup rasa . Masukkan semua daun bawang/sup tadi serta terus kacau bagi semua bahan mesra . Kacau lagi dan bila spaghetti dah masak boleh la ditutup api.

Ikan tongkol tumis kicap

Resepi ikan tongkol ni dah lama saya amsak cuma hari ni abru dapat di buat n3 . Ikan tongkol memang salah satu spesis ikan favorite hubby . Isi ikan ni padat dan macam ikan tuna tin tu rasa ikan ni ok sedap kalau dimasak menu ikan singgang atau tumis kicap dan masak sambal memang best.
Ikan tongkol tumis kicap

BAHAN-BAHAN:

2 ekor ikan tongkol
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 biji bawang besar
1/2 sudu kecil jintan manis-yang halus tu
6 sudu besar kicap
3 sudu sos tiram
1 cawan air
1/2 sudu kecil lada hitam-boleh ditambah

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan ikan potong ikut saiz yang sesuai dan kemudian digaulkan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng ikan dan angkat toskan.

2)Tumbuk semua bawang merah/putih , biji lada hitam , jintan manis dan halia .Tumis bahan tumbuk ini sampai naik bau wangi. Masukkan pula bawang besar yang telah dipotong nipis-nipis serta kacau dan biarkan layu sedikit.

3) Kemudian masukkan sedikit air , kicap , sos tiram dan kacau , seterusnya masukkan ikan tongkol goreng tadi dan kacau sekejap dalam 3 -5 minit lagi dan boleh la ditutup api dapur .Dah pun masak senang je resepi ni.

Kalau terkurang kuah boleh ditambah sedikit lagi air dan tambah la juga sedikit kicap supaya kuah jadi pekat semula.


Ikan tongkol dan ikan mackerel dari laut China Selatan ni hubby beli dari Labuan masa dia gi out station dulu . Isi ikan putih sebab masa beli tu dari bot nelayan so ikan-ikan ni fresh sangat.

Selasa, 23 November 2010

MUFFIN COKLAT

Resepi untuk muffin ni saya dapat dari Myresipi.com , click SINI untuk tengok resepi asal muffin ni
BAHAN-BAHAN :
250 grm tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bicarbonat
2 sudu besar serbuk koko-saya guna van houten
175 grm gula
150 grm coklat chip
90 ml minyak sayur-saya guna minyak jagung
250 ml susu segar-kotak
1 biji telur-size A
1 sudu kecil esen vanilla

CARA MEMASAK :
- Campur dan gaul rata semua bahan kering macam tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder, gula dan serbuk koko.
- Pecahkan telur dalam bekas yang sesuai dan pukul sekejap macam nak buat telur dadar tapi jangan sampai kembang n masukkan gula dan minyak sayur . Kacau lagi supaya sebati kemudian masukkan esen vanilla dan susu . Kacau semua bahan basah ni.
- Masukkan campuran bahan kering tadi ke dalam adunan telur(bahan basah)kemudian masukkan coklat chip dan gaul rata.
-Masukkan adunan dalam paper cup dan bakar pada suhu 170'C selama 30 minit atau sehingga muffin masak.

Sabtu, 20 November 2010

Inoki goreng ranggup

Akak selalu juga masak cendawan tiram goreng ranggup tapi tak pernah pulak terfikir nak guna cendawan inoki ni tapi bila jalan-jalan cari resepi kat blog Hana Jepun akak jumpa resepi cendawan Inoki goreng ranggup ni . Akak pun nak cuba la juga sebab anak-anak akak memang suka sangat dengan menu cendawan goreng ranggup dicicah dengan sos thai memang sedap...

Cendawan Inoki goreng ranggup

Proses nak gorengnya sama je macam goreng cendawan tiram . Mula-mula akak potong bahagian bawahnya sikit lepas tu akak lerai-leraikan cendawan inoki ni . Akak guna 2 biji telur yang dipukul kembang macam nak buat telur dadar tu . Lepas tu akak celup sikit demi sikit cendawan inoki ni dalam telur . Akak guna tepung goreng segera jenama Adabi . Tepung goreng ni akak tuang secukupnya dalam pinggan leper dan cendawan yang dah dicelup telur tadi akak masukkan dalam pinggan berisi tepung dan akak gaul rata . Cendawan ni mesti la jadi kering bila dah disalut tepung tadi .

Panaskan minyak secukupnya dah goreng cendawan ni sampai masak kemudian diangkat dan tos . Sedap dimakan bila dicicah dengan sos cili atau sos Thai..


Ni la rupa cendawan inoki sebelum digoreng..

Rabu, 17 November 2010

MASAK LEMAK KETAM

Resepi ketam lagi kali ni saya masak ketam yang datang jauh dari Labuan . Resepi simple tapi sangat sedap yang penting kuah mesti pekat dan mesti guna cili api burung yang kecil , kunyit hidup dan serai mesti lebih dari sebatang . Ikut cara mertua saya yang pure keturunan Minang bila masak lemak cili api ni tak guna sebarang jenis bawang pun selain tu dia suka guna garam kasar yang asli dan hanya pati santan kelapa yang pekat .
BAHAN-BAHAN :

6 ekor ketam yang besar
3-4 cawan santan pekat-kalau tak cukup tambah sikit lagi
8 biji cili api-boleh ditambah
3 cm kunyit hidup
3 batang serai - dititik
1-2 keping asam keping
Garam secukup rasa

* Boleh juga dimasukkan nenas dalam masak lemak ni dan tak perlu la guna asam keping

CARA MEMASAK :

Bersihkan ketam dan potong dua , titik kaki bagi senang nak makan nanti . Semua cili api dan kunyit hidup ditumbuk lumat . Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk bersama santan pekat dan serai yg dititik . Hidupkan api dapur dan biar sampai kuah mendidih . Masukkan semua ketam dan garam serta asam keping . Kacau kuah sekali-sekala supaya tak pecah minyak, bila dah masak ketam akan bertukar warna .

SELAMAT HARI RAYA HAJI

Assalamualaikum..

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Haji pada semua, bersyukurlah pada Allah diatas segala nikmat yang dikurniakanNya pada kita selama hidup didunia ini dan mengharapkan rahmatNya diakhirat kelak. Amin.

Isnin, 15 November 2010

Ketam sweet sour

Selalunya bila beli ketam saya akan masak menu kari ketam bersama nenas atau masak lemak cili api so kali ni saya masak ketam sweet sour hmmm sedapnyaaaa..
Saya tambah sedikit santan pada kuah ketam masak masam manis bagi ada rasa lemak manis masam haa cukup semua rasa you...
yum yum sungguh enak...

BAHAN-BAHAN:
2 kg ketam
3 biji tomato masak ranum
4 batang serai - dititik
Sedikit air asam jawa-boleh tambah kalau suka kuah masam
1 cawan santan-tak tambah santan pn ok
Sedikit air - jika perlu saja

* Boleh ditambah nenas atau cili capsicum

BAHAN-BAHAN DIKISAR LUMAT :
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3cm halia
2cm lengkuas
4 biji cili kering-direndam dalam air panas sampai kembang

BAHAN-BAHAN SOS:
5 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan/nampla-boleh ditambah kalau kurang masin
Sedikit minyak bijan

CARA MEMASAK :
* Bersihkan semua ketam dan dipotong 2 kemudian dibasuh bersih dan diketepikan dulu . Kisar semua bahan menumis .

* Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan dikisar dan kacau biar sampai masak dan terbit bau wangi . Masukkan tomato dan semua bahan sos terus kacau sambil rasa jika ada terkurang apa-apa bahan boleh ditambah ikut pada cita rasa kita . Masukkan semua ketam tadi serta santan dan gaul rata kemudian tutup kuali dan biarkan sampai semua ketam masak . Buka penutup kuali dan kacau dan kalau nak kuah lebih tambah la air . Boleh juga ditambah daun sup atau daun bawang untuk xtra citarasa dan bau . Bila ketam dah masak boleh la ditutup api dapur..

* Sila la ubah atau tambah apa saja bahan ikut pada citarasa sendiri..

Ketam sweet sour yang baru masak..

Ketam dari Labuan


Ketam ni sama je macam ketam yang ada dijual kat rumah saya ni tapi yang specialnya ketam ni suami saya beli di Pulau Labuan dan ketam ni sama naik kapal terbang untuk sampai ke dapur saya ni . Dah banyak kali suami saya out station atas urusan kerja ke Labuan cuma kali ni baru dia dapat beli macam-macam jenis ikan , udang dan juga ketam yang fresh dari laut China Selatan . Seawal pukul 5.30 pagi suami saya dah ke jeti nelayan dengan kawan . Suami saya beli ikan tenggiri , ikan nyok-nyok, udang galah , ketam , ikan merah yang semuanya baru naik dari bot nelayan dan sangat fresh .

Selalunya pelancong yang ke Labuan akan beli kain batik atau parfume dan coklat sebab harganya yang agak murah di sana sebab Labuan kan Pulau bebas cukai tapi suami saya pergi sana beli makanan laut macam ketam ni hehehe .

Suami saya bagi tahu ikan kat jeti nelayan di sana sangat la fresh dan ada ikan yang masih hidup masa dia shopping kat jeti nelayan tu . Paling best semestinya harga yang sangat murah . Semua makanan laut ni suami saya simpan dulu di peti sejuk dan bila nak balik baru semua makanan laut yang dah beku ni dibungkus dalam kotak . Bila sampai ke rumah saya semua makanan laut ni masih fresh .

Sekilo ketam saiz besar ni baru RM12 di Labuan kalau kat pasar rumah saya ni ketam yang besar macam ni harganya dalam RM20-RM25 .


Saiz ketam yang sebesar tapak tangan saya ni , isinya padat dan sangat manis sedap sangat . Kalau nak merasa ketam Labuan lagi kami sekeluarga kena tunggu tahun depan la pula bila suami saya dapat out station ke sana lagi..

Sarapan pagi ni

Nasi goreng simple..

BAHAN-BAHAN:

5 cawan nasi
2 biji telur ayam
Serbuk lada sulah/lada putih secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DITUMBUK HALUS:

3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1-2 genggam ikan bilis
2cm belacan-dipanggang

CARA MEMASAK :

1) Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai terbit bau harum.

2) Masukkan semua telur dan bila telur hampir masak baru la dikacau kemudian dimasukkan nasi dan di kacau rata . Masukkan , lada sulah , garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga semua bahan menjadi mesra dan nasi goreng dah masak serta boleh la ditutup api dapur.

Sabtu, 13 November 2010

Daging salai @ pekan Pedas

Kalau lalu pekan Pedas mesti jumpa gerai makcik ni yang jual daging salai, puyoh salai dan ikan keli salai . Kadang-kadang kalau kami balik kampung suami dan lalu pekan Pedas suami saya mesti singgah gerai ni dan beli daging salai yang makcik ni buat sendiri . Daging salainya fresh dan disalai atas bara memang tak ada langsung kesan rentung hitam so bila nak masak senang je . Ikan keli salainya pun fresh serta semua ikan keli ni makcik bela di kolam sendiri dan harga jualan pun berpatutan .
Jom singgah beli sekilo dua...

Daging tengah disalai.., beli la dan bila balik rumah boleh dimasak lemak cili api hmmm sedapnye dan dimakan dengan nasi bersama ikan masin tenggiri , sambal tempoyak dan pucuk ubi rebus hmmm sedapnya...

Ikan keli yang tengah disalai ni kalau dimasak lemak cili api lotak daun asam gelugur atau belimbing buluh sodap ni...

Pucuk ubi, daun tangkis dan pucuk daun asam gelugur....

Jumaat, 12 November 2010

PUDING ROTI

Hmm sedapnya puding roti ni...
Petang ni saya cuba masak puding roti ni yang sangat mudah nak dimasak . Hasilnya memang la sedap sangat resepi puding roti ni saya dapat dari Myresipi.com , anak-anak saya suka sangat makan puding roti ni so lepas ni boleh la buat lagi...
Saya tak buat sos kastard dan makan macam tu saja pun dah sedap sangat hmmm yummy . Saya memang biarkan pemukaan atas puding roti ni garing sikit .

Bahan A:

500 ml susu segar/fresh milk
9 keping roti putih

Bahan B:
4 sudu besar gula halus
4 sudu besar butter
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

Bahan C:
2 sudu besar kismis hitam

SOS KASTAD
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula

Cara memasak :

1. Susun roti dalam loyang atau bekas yang sesuai dan rendam dalam susu 1/2 jam
2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3. Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang.
4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.
5. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
6. Tuangkan sos diatas puding semasa men
ghidang.

GRILL SALMON n SALAD

Salam pagi Jumaat yang nyaman..
Semalam untuk dinner saya grill kepingan salmon dan dimakan dengan mix salad .Sedap betul isi ikan salmon kalau ikan salmon dari Norway lagi sedap dan tinggi kandungan omega-3 tapi disebabkan harganya yang mahal sekali-sekala je la dapat makan ikan salmon dari Norway tu . Saya beli ikan salmon yang jenis murah kat Tesco tapi still sedap hmm yummy... dulu saya selalu buatkan sekali sos herba dill bercream lemon tapi kali ni saya hanya grill biasa dan di perahkan sedikit lemon pada isi ikan salmon ni sementara saladnya saya curahkan dengan dressing balsamic vinegar bermadu...
Ikan salmon ni saya gaulkan dengan sedikit garam dan balck pepper dan saya grill lebih kurang dalam 10-15 minit saja atau sehingga masak . jangan digrill terlalu lama nanti isi ikan salmon jadi kering dan tak sedap..

SALAD DRESSING :

1 biji bawang merah-dicincang halus
1 ulas bawang putih-dicincang
5 sudu balsamic vinegar
5 sudu olive oil
Sedikit madu
Sedikit garam dan serbuk lada hitam

* Campurkan semua bahan dalam bekas bertutup dan goncang bagi sebati . Tuang atas salad ikut pada selera masing-masing nak banyak mana . Salad dressing yang lebih boleh disimpan nanti kalau nak makan salad lagi boleh diguna . Salad dressing ni tak perlu disimpan dalam fridge dan boleh tahan 1 bulan .


Salmon grill dengan lemon kombinasi rasa yang sangat sedap hmm yummy

Khamis, 11 November 2010

Mee kuah utara

Selalunya mee kuah utara ni guna daging lembu tapi kali ni saya guna isi dada ayam saja so saya tambah kiub perasa daging . Saya memang dah biasa makan mee kuah ni dari kecil lagi dulu mak saya selalu masak menu mee kuah ni sebab ni adalah menu favorite arwah abah saya . Kalau tak ada ubi keledek dan kacang tanah mak saya akan ganti dengan telur supaya kuah mee ni jadi pekat . Menu mee ni memang sedap dan jadi favorite kami sekeluarga...
Kalau nak letak tulang lembu pun boleh juga tapi make sure tulang tu direbus dulu dan air rebusan tulang diambil campur sekali dalam kuah mee ni . Specialnya mee kuah ni sebab ada guna kacang tanah yang bagi kauh ni rasa nutty dan kalu suka pedas masukkan lebih cili kering memang terangkat sedap mee ni...

BAHAN-BAHAN:

300grm udang sederhana besar
300 gm ayam atau daging
1-2 peket mee
4 sudu besar sos cili
4 sudu sos besar sos tomato
1 liter air - boleh tambah jika nak lebih kuah
500grm ubi keledek-direbus sampai empuk dan dilenyek
1 cawan kacang tanah -digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit , kisar sampai halus.
1 kiub perasa daging
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS:

7 biji cili kering-kalau suka pedas tambah la lagi
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN:

10 biji telur direbus
1 peket bawang goreng
1 pokok daun bawang
taugeh dan sayur sawi dicelur
3 biji tauhu - dipotong nipis dan digoreng garing
4 biji cili merah ( kalau tak mau pun boleh)


CARA-CARA MEMASAK:

- Isi ayam dipotong kecil-kecil kemudian udang dibuang kulit dan kepala . Semua kepala dan kulit udang tadi direbus bersama 2 cawan air . Kisar semua kepala dan kulit udang tadi dengan air rebusan kemudian ditapis ambil air rebusan tadi dan buang semua hampas kepala udang ni.

- Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak kemudian masukkan isi ayam dan kacau sampai isi ayam hampir masak kemudian masukkan air rebusan udang tadi dan 1 liter air . Masukkan semua udang , kiub daging , sos cili dan sos tomato serta kacau kuah ni .

- Masukkan semua ubi keledek yang dah dilenyek lumat dan kacang tanah tadi . Kacau kuah dan masukkan garam secukup rasa . Jika kuah agak pekat boleh la ditambah air lagi ikut pada citarasa sendiri .
-Celur mee , taugeh dan toskan. Potong daun sup dan cili merah , kupas kulit telur dan belah telur menjadi 2 bahagian.

CARA MENGHIDANG MEE:
Ambil mangkuk letakkan dulu taugeh kemudian mee , sayur sawi , tauhu goreng dan kemudian tuang kuah serta tabur la daun sup . bawang goreng dan cili .

Rabu, 10 November 2010

KEK PELANGI

Semenjak dua menjak ni saya dah seronok nak baking pula dan kali ni saya masak kek pelangi a.k.a kek warna-warni . Actually adunan kek ni sama macam kek butter cuma di tambah warna ikut citarasa sendiri so lagi meriah rupa kek ni baru anak-anak seronok dan teringin nak makan . Kek ni sedap , lembab dan manisnya sesuai dengan selera anak-anak saya...
Saya bukan la pakar dalam bidang baking cakes tapi saya suka mencuba banyak kali sampai jadi kek ikut pada selera sendiri kiranya saya belajar dari trial & error la . Alhamdulillah kek yang saya masak tak pernah bantat atau tak jadi yang penting saya ikut betul-betul adunan dan cara resepi yang saya cuba tu dan insyallah menjadi kek yang dimasak...


BAHAN-BAHAN :

250 gm butter
200 gm gula castor
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
6 sudu besar fresh milk
210 gm tepung naik sendiri-diayak

Cara Membuatnya:

-Panaskan oven kepada suhu 180C .Pukul butter dan gula hingga sebati dan adunan jadi kembang serta bertukar warna jadi cerah sikit . Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan sambil dipukul sebati diantaranya.

- Masukkan esen vanila dan dipukul hingga adunan sebati dan gebu. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit-sedikit berselang seli dengan susu , sambil dikaup balikkan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati ( saya pukul balik adunan sehingga adunan menjadi sebati )

6. Bahagikan adunan kek kepada 3 bahagian dan masukkan pewarna ikut pada selera kita . Kemudian kacau bagi warna sama rata . Sendukkan adunan masuk ke bahagian tengah acuan yang telah dilenserkan tadi berselang seli , mula-mula masukkan warna oren lepas tu warna merah lepas tu warna purple ,ulang sampai habis semua adunan kek ni kemudian goyang goyangkan sikit acuan kek supaya adunan kek sama rata . Bakar kek selama 50 - 45 minit mengikut kepanasan oven masing-masing . Saya masak kek ni selama 45 minit suhu 180'C dan saya cucuk dulu bahagian tengah dgn lidi bila ditarik keluar lidi tu bersih saja maknanya dah masak la..

7. Setelah kek masak,sejukkan seketika kemudian keluarkan dari acuan dan biar kek sejuk sepenuhnya.
Semerbak bau harum kek yang tengah masak dalam oven dah buat Adam tak sabar nak makan kek dan bila saya bawa keluar je kek ni dari oven Adam dah minta nak makan tapi saya biar kejap sampai sejuk sikit baru saya bagi dia makan . Hmmmmm sedapnyer berselera Adam makan kek ni..

Sedapnya kek pelangi ni , seronok dan puas hati saya tengok Adam berselera makan kek..

Besok nak masak kek apa pula ya saya ingat nak buat cheese cake pula la anak gadis saya yang 2 orang tu selalu juga minta saya buat cheese cake hmm yummy..

Selasa, 9 November 2010

Kek butter

Kek butter ni memang favorite anak-anak dan hubby . Resepi kek ni yang saya dapat dari blog Sweet Cuppies memang mudah nak dibuat dan sedap . Saya c&p resepi ni untuk dikongsi dengan sesiapa yang nak cuba masak kek butter ni ya..

BAHAN-BAHAN :

250 gm butter
200 gm gula castor
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
6 sudu fresh milk
210 gm tepung gandum -diayak
1 sudu kecil serbuk penaik-diayak dgn tepung

*Saya masukkan sedikit pewarna coklat.

Cara Membuatnya:

-Panaskan oven kepada suhu 180C .Pukul butter dan gula hingga sebati.Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan sambil dipukul sebati diantaranya.

- Masukkan esen vanila dan dipukul hingga adunan sebati dan gebu. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit-sedikit berselang seli dengan susu , sambil dikaup balikkan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati.

6. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah dilenserkan tadi dan dibakar selama 50 - 60 minit mengikut kepanasan oven masing-masing.

7. Setelah kek masak,sejukkan seketika kemudian keluarkan dari acuan dan biar kek sejuk sepenuhnya.

Khamis, 4 November 2010

Singgang ikan tongkol

Hari ni saya masak menu tradisi dari pantai timur iaitu singgang ikan tongkol . Menu ni memang favourite hubby kalau menu yang masam dan pedas memang hubby saya suka sangat makan.
Saya belajar masak menu ni dari kawan yang asal dari Terengganu dan cara masaknya senang la sangat tapi memang sedap . Menu ni lagi sedap kalau diguna ikan tongkol, ikan tenggiri dan ikan kembung .
BAHAN-BAHAN :

3 ekor ikan tongkol yang sederhana besar
2 biji bawang besar-potong 2
2 ulas bawang putih
8 biji cili api-kalu nak pedas titik separuhnya
1 cm kunyit hidup-dipotong nipis
2 inci lengkuas- dipotong nipis
2 keping asam keping yang besar - boleh ditambah ikut selera sendiri
Air secukupnya untuk kuah
Garam dan gula secukup rasa

Saya kehabisan kunyit hidup sebab tu ikan singgang ni kuahnya tak kuning tapi kalau dibiar kuahnya jernih pun tak apa.

Singgang ikan ni mesti dimasukkan sedikit gula untuk dapat rasa seimbang masam , manis dan masin . Selalunya tak pedas tapi saya cara saya masak ada rasa pedas sikit sebab cik abang suka..

* Boleh juga dimasukkan kacang bendi dalam resepi ini.

CARA MEMASAK :

- Masukkan semua bawang yang telah dimayang nipis-nipis , lengkuas , kunyit hidup , air dan asam keping ke dalam periuk serta biar sampai kuah mendidih . Masukkan semua ikan tongkol , gula dan garam serta kacau sekejap . Biarkan kuah memdidih dan ikan masak baru la ditutup api dapur.