MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Khamis, 2 Julai 2009

BROKOLI SOS TIRAM



BAHAN-BAHAN :

1 biji brokoli
1 peket cendawan
1 ketul dada ayam
1 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil minyak bijan
1/2 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa

*Kalau nak kuah pekat masukkan bancuhan 1 sudu kecil tepung jagung dengan sedikit air. Masukkan bancuhan ini pada saat akhir , kacau sayur sehingga kuah menjadi pekat dan boleh la ditutup api dapur.

CARA MEMASAK :

1.Bersihkan brokoli dan potong , cendawan di siat-siat.

2.Kupas semua bawang dan dimayang halus , dada ayam dipotong nipis-nipis.

3.Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang sampai layu kemudian masukkan isi ayam dan kacau biar sampai isi ayam masak.

4.Masukkan sos tiram dan minyak bijan dan kacau kemudian masukkan sedikit air sahaja dahulu , kemudian masukkan brokoli dan kacau .

5.Bila brokoli kelihatan separuh masak terus masukkan cendawan dan sedikit lada sulah dan kacau rata , terus tutup api bila cendawan masak.

4 ulasan:

  1. menawan hati sungguh brokoli nih.. segar jer..:)

    BalasPadam
  2. hye cikin ,
    akak kalau masak sayur memang tak suka lama-lama sgt sebab kalau terlampau masak nanti brokoli ni akan jadi over cook dan lembik color brokoli pun mcm hijau kusam , brokoli sedap dimakan kalau separuh masak ranggup saja.

    BalasPadam
  3. salam...akk,nak tnyelah..minyak bijan tu mmg wajib ade ke?klu xnak letak,bole ganti dgn ape eh? tq

    BalasPadam
  4. Saya dah buat!!! Sedap sungguh... mekasih kak...

    BalasPadam