MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Isnin, 3 Mei 2010

KEK BIRTHDAY AISYAH


Hari Sabtu lepas saya buat majlis birthday Aisyah yang ke 12 tahun . Kek birthday untuk Aisyah pun saya buat sendiri tapi hiasannya simple saja sebab nak cepat siap , pagi-pagi Sabtu tu saya hias kek ni dulu dan lepas tu baru la saya mula masak juadah yang lain pula .

Resepi kek ini saya dapat dari My Resipi dan agak mudah nak masak kek ni cuba la ye..



BAHAN A (diayak) :

2 cawan tepung gandum
2 cawan gula halus
3/4 cawan koko
1/2 sudu kecil soda bicarbonat
1/2 sudu kecil baking powder

BAHAN B (dipukul) :

3 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1 cawan minyak sayur

BAHAN C :

1 cawan air panas

CARA MEMASAK :

Ayak semua bahan A dan digaul rata.

Pukul semua telur dengan gula anggaran dalam 3-5 minit . Masukkan susu pekat pukul lagi dalam 1 minit kemudian masukkan semua minyak sayur dan kacau sebentar.

Satukan bahan A dengan bahan B diselang dengan air panas dan dikacau perlahan-lahan sehingga semua adunan sebati . Adunan ini akan jadi pekat dan berkilat.

Bakar adunan ini dalam suhu 180 darjah celcius selama 30 minit atau sehingga kek ni masak . Adunan kek ini boleh dikukus juga selama 40-60 minit.



Aisyah suka sangat dengan kek ni sebab dia pun tolong hiaskan M&M keliling kek ni .

6 ulasan:

  1. pagi2 lg dah tengok kek meriah ni.. sgtt meriahh...

    BalasPadam
  2. meriahnye.. suke.. Budak2 mesti lagik excited kan..huhu

    BalasPadam
  3. salam.... kak nani! akak wat la entry cmn nk wat kek ni.. plisssssss... hehehehe.. ayue wat selalu xjadi kak..
    tgok kek ni wah... sgt sedap! hehehe.

    BalasPadam
  4. to ain,
    meriah ya hehehe penuh dgn M&M

    BalasPadam
  5. to ayu aishah ,
    wlksalam ain ehh nama dia sama nama dgn anak akak aka birthday girl . ok blh-blh nanti akak bagi resepi kek ni ya

    BalasPadam
  6. to aini,
    semua tetamu yang kecil2 kategori budak2 suka sgt kek ni sebab ada M&M hehehe

    BalasPadam