MY DEAR FOLLOWERS

Pages

Khamis, 4 November 2010

Cendawan raja tumis sos tiram

Saya memang suka dengan cendawan tak kira apa jenis cendawan tiram atau cendawan butang yang mahal sikit harga tu tapi lagi sedap kalau dibuat button mushroom creamy soup tu hmm yummy . Baru-baru ni saya beli cendawan king yang saya baru first time nak cuba makan ni . Suka betul dengan size cendawan ni yang memang besar..
Masa jalan-jalan kat CS ada demo masak cendawan giant ni bila rasa waaa sedap cara masak pun senang sangat dan ada harga promosi so apa lagi akak ni pun beli la 2 peket sebab anak-anak akak yang 3 orang ni cakap sedap rasa cendawan ni..
Balik rumah saya masak resepi tumis sos tiram dan memang sedap yum yum..


BAHAN-BAHAN :

1 peket cendawan giant
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
2-3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
Sedikit serbuk lada sulah atau lada hitam secukup rasa

Jangan guna air nanti cendawan jadi terlebih kuah dan lembek , tambah la garam kalu tak cukup masin.

CARA MEMASAK :

- Bersihkan cendawan dan potong , kupas semua bawang , halia dan dimayang halus .

- Panaskan minyak secukupnya dalam kuali ( resepi ni maska stail stirf fry api kena besar dan proses masak cepat saja) lepas tu tumis semua bawang dan kacau biar sampai layu kemudian masukkan sos tiram , minyak bijan , serbuk lada sulah dan terus masukkan semua cendawan . Kacau semua bahan dan bila cendawan layu baru la ditutup api dapur.

Ni la rupa cendawan giant yang bersih senang je nak bersihkannya..

Cendawan giant dalam plastik..

Rabu, 3 November 2010

Happy birthday sayang

Sabtu lepas saya buat birthday party untuk Adam dan untuk saya juga la . Birthday Adam pada 6/10 dan birthday saya 29/10 so saya buat majlis makan ni pada hujung bulan lepas . Majlis kali ni simple je tapi meriah sebab seperti biasa saya hanya ajak adik-beradik dan kenalan rapat je..kiranya macam family gathering la juga meriah gitu happening dan best sebab saya dapat kumpul dengan family kakak-kakak saya...
Kali ni saya tak masak sendiri birthday cake tapi kakak saya kak Amy dah siap tempah durian cheese cake dari Secret Recipe untuk Adam . Sedap betul kek ni memang berbaloi la dengan harganya so thank you kak Amy , love u muah muah kiss and hugs..

Ni la rupa durian cheese special untuk Adam , rupa cake ni simple je tapi yum yum sangat la sedap . Kombinasi yang hmmmmm memang pelik macam mana ya cream cheese dicampur dengan durian tapi bila rasa baru tau macam mana sedapnyerr kek ni hmmm yummy !!

Anak lelaki tunggal saya Adam yang dah makin pandai dan spoting bergambar dan happy sangat hero kecil saya ni masa birthday party dia hair Sabtu yang lepas..


Kami sekeluarga..

Adam tunggu abah nyalakan lilin...

Birthday Adam

Sambung lagi n3 ni dengan gambar-gambar masa birthday Adam..
Masa kami nyanyikan lagu birthday Adam senyap je pandai dia lepas tu bila kami semua dah habis nyanyi je dan tepuk tangan , Adam terus tiup lilin kat kek birthday dia . Saya tak payah ajar pun hehehe mungkin sebab Adam dah selalu tengok sebelum ni masa birthday kakak , cousin dia dulu clever boy anak mama ni. Lepas dah potong kek Adam cepat-cepat nak makan kek birthday dia ni selalunya Adam tak berapa suka kek tapi maybe dia tahu yang kek ni special dia punya so Adam pun excited nak rasa..


Menu yang simple-simple je saya masak untuk majlis birthday Adam kali ni , saya masak kari laksa , spaghetti black pepper, sago gula melaka , keropok lekor dan sedikit chicken ball /sosej dan cake birthday..syukur alhamdulillah..



Lepas dah semua kawan-kawan dan jiran saya balik , saya dan family lepak dan releks tengok cd konsert tadika Adlina pulak sambil cerita itu dan ini la . Bila berkumpul macam ni la best macam-macam yang nak di kabarkan selain kami buat plan untuk gathering yang akan datang . Cuti sekolah pun tak lama lagi kalau gi holiday sama-sama pun best juga..

KARI LAKSA

Kari laksa ni saya masak untuk birthday Adam hari Sabtu yang lepas .
BAHAN-BAHAN :
1 - 2 peket mee kuning
2 batang serai - di titik
5 cawan santan
1-2 cawan air
3 sudu rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk ketumbar
5 tangkai daun kesum

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :
500 grm ayam / isi ayam
500 grm udang
2 peket fish ball
1 peket tauhu puff
5 biji telur - direbus
200 grm taugeh-dicelur
Kacang panjang secukupnya - dicelur
Garam secukup rasa
BAHAN DIKISAR HALUS :
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
5 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
3 cm halia
10 biji cili kering
1 sudu besar belacan
CARA MEMASAK :
1) Tumis semua bahan yang dikisar sampai timbul bau wangi , masukkan rempah kari , serbuk ketumbar , serai , daun kesum dan terus kacau sampai rempah masak kemudian masukkan santan serta air . Kacau semua bahan-bahan supaya menjadi mesra dan biarkan kuah mendidih.
2) Bila kuah dah mendidih masukkan ayam dan biarkan sampai ayam masak. Masukkan fish ball dan garam . Kemudian masukkan udang dan masukkan juga tauhu puff dan terus kacau , biarkan kuah mendidih seketika sahaja jika lama sangat nanti udang jadi terlalu masak . Jika kuah masih terlalu pekat boleh di tambah sedikit sahaja air.
3) Celur mee , taugeh dan kacang panjang serta , rebus semua telur .

* Isi ayam boleh di masak sekali dengan kuah atau isi ayam ini di rebus berasingan dan di siat- siat kecil , bila nak makan baru di letak sekali dengan mee. Bahan terakhir dimasukkan sekali kerang di dalam kuah dan tauhu pop /puf , kacau dan biar mendidih sekejap saja.

Mee dan juga rencah penyedap kari laksa atau mee kari ni..

SAGO GULA MELAKA

Kuih tradisional yang sangat digemari oleh kami sekeluarga ni dan saya masak kuih sago gula melaka ni masa birthday party Adam last Saturday . Resepinya sangat senang nak dimasak dan kuih sago gula melaka ni memang sedap kalau dimakan sejuk..

Bahan A

200 gm biji sago
5 cawan air

Cara Memasak :

Rendam biji sago dalam air selama 5 minit . Masak air dalam periuk dan bila air dah panas masukkan sago dan kacau hingga kembang atau tak nampak biji2 putih . Lepas tu, tapiskan dan biarkan biji sago ni dibawah air paip sehingga biji sago ni kurang berkanji ( utk buang kanji) . Kemudian masukkan dalam bekas/acuan atau mangkuk dan sejukkan .

Bahan B :

Gula melaka 2 ketul
air 1/2 cawan
daun pandan

Cara memasak :

masak gula melaka dgn air hingga mendidih. (letakkan daun pandan)

Bahan C:

2 cawan santan
secubit garam
sedikit air (ikut suka utk dptkan kepekatan yg dikehendaki)

Cara memasak :

Masakkan semua hingga mendidih. sejukkan.


Biji sago ni boleh diletak sedikit pewarna bagi nampak berseri sikit..

Selasa, 2 November 2010

PASTA GORENG BLACK PEPPER


BAHAN-BAHAN :

1 peket spaghetti
1 peket daging kisar-boleh tambah ikut pada selera sendiri
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3-4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar lada hitam-ditumbuk lumat boleh tambah ikut selera sendiri
1 kiub perasa daging
Garam secukup rasa

* tambah lagi bahan ikut pada selera sendiri ya..

CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan dimayang halus . Rebus speghetti sampai empuk dan ditos.

Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang kacau sampai terbit bau wangi . Masukkan daging kisar dan kacau semua bahan dan hancur-hancur daging kisar kemudian masukkan sos tiram dan kiub daging . Masukkan semua spaghetti tadi dan kacau mesra semua bahan kemudian masukkan serbuk lada hitam . Jika kurang masin baru la ditambah garam dan bila spaghetti dah masak boleh la ditutup api.